Bergambar ‘sweet’ dengan pasangan bukan ukuran bahagia, persepsi orang tak penting. Seringkali pasangan suami isteri berkongsi saat manis bersama di media sosial sebagai gambaran dalam masyarakat ia adalah ‘ukuran bahagia’ dalam perhubungan. Namun seringkali hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Tidak berkongsi kebahagiaan dan saat romantis bersama pasangan di media sosial pula, bukanlah bermaksud tidak bahagia. Setiap individu pastinya mempunyai alasan yang tersendiri.
Ketika diajukan soalan, lama tidak berkongsi kebahagiaan dan perkara romantis bersama suami Mohd Izham Tarmizi,31 di media sosial ternyata pelakon Mia Ahmad, 34 ini mempunyai pandangan yang tersendiri.
Penerimaan Orang Tak Penting
Ujar Mia, persepsi dan penerimaan orang mengenai apa yang dikongsikan di media sosial adalah tidak penting. Tidak membuatkan dirinya rasa terbeban, berbanding dalam mencari keredhaan Allah dalam melakukan sesuatu perkara.
Terdahulu, Mia dan Izham mendirikan rumahtangga pada 2017, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4 dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Mingguan Wanita: Setuju dengan pandangan Mia ini. Apa pun yang dikongsikan di media sosial tak perlu mengharapkan penerimaan dan persepsi daripada orang lain. Paling penting adalah keredhaan Allah atas apa yang kita lakukan/ kongsikan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang mengumpul barang-barang koleksi tertentu dan menyimpan barang-barang antik dan sebagainya. Tapi berlainan dengan Rosmaniza Mohammad yang suka menghias rumah sewanya dengan menggunakan tema Hello Kitty.
Walaupun kediaman yang diduduki bersama suaminya itu hanyalah rumah sewa tetapi dia tidak kisah untuk menghias dengan karakter kucing yang berwarna putih dan merah jambu ini.
Dari segi sentuhan dekorasi, dia menggunakan hiasan Hello Kitty pada langsir, meja makan dan bahagian ruang tamu. Malahan, kebanyakan barangan itu dibeli melalui online. Ada juga barang-barang hadiah daripada kawan-kawan yang sememangnya tahu minatnya pada ‘Hello Kitty’.
“Mungkin orang akan ingat, hiasan ini seperti budak-budak, tetapi bagi saya, ia memberi kepuasan dan rasanya semua orang mempunyai minat yang berbeza-beza.
“Saya juga tidak kisah untuk mencantikkan rumah, walaupun sekadar rumah sewa. Pemilik rumah pun tidak kisah macam mana kita dekorasi rumah, asalkan kita menjaga rumah itu dengan baik dan elok. Yang penting sewa bulanan tetap bayar,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang terkesan akibat Covid-19, apabila kehilangan pekerjaan serta pendapatan. Terutamanya dalam bidang penerbangan cukup terjejas teruk. Kesedihan diberhentikan kerja yang dicintai pasti dirasai, namun perlu segera bangkit melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi pelbagai komitmen perlu dilangsaikan. Walaupun ‘kerjaya baru’ mungkin tidak setanding pekerjaan sebelum ini.
Maurice Maureen Avila, salah seorang bekas pramugari yang diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu selepas syarikat penerbangannya menanggung kerugian akibat COVID-19.
3 Tahun Jadi Pramugari
Avila mengakui merasa sedih selepas tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, hingga menyebabkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.
Akur dengan apa yang terjadi, Avila bangkit dan meneruskan kehidupan dengan menjual tong gas (LPG).
“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.
“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.
“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Meskipun rutin hidupnya kini berubah, beliau menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya kini dengan menjual tong gas.
MW:Jadi buat yang terkesan hilang pekerjaan akibat pandemik covid-19 ini, jangan berputus asa. Segeralah bangkit dan teruslah berusaha melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.Rezeki pasti ada di mana-mana.
Ini dinamakan rezeki terpijak. Sultan Johor yang terkenal dengan sikap pemurahnya, zahirkan penghargaan dengan mengurniakan kereta buat jururawat Wad Diraja HSA (Hospital Sultanah Aminah).
10 buah kereta Perodua Myvi berwarna biru diserahkan kepada 10 jururawat sebagai menghargai jasa dan khidmat mereka. Tahniah diucapkan kepada jururawat Wad Diraja HSA atas segala
10 Perodua Myvi Kepada Jururawat Bertugas
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini.
Dalam muat naik terbaharu di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat 10 jururawat terbabit kepada baginda dan keluarga diraja Johor.
Jururawat Berterima Kasih Atas Kurniaan
Penyelia Jururawat, Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.
“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.
“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda serta keluarga,” katanya.
Kenderaan berkenaan diserahkan dalam satu majlis di Larkin, Johor Bahru.
Turut berkongsi kesyukuran adalah Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.
“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini adalah satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja Johor,” katanya.
MW: Kegembiraan berganda apabila segala jasa dan khidmat dihargai apatah lagi oleh Sultan Johor sendiri. Tahniah.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...