Berbanggalah jadi surirumah kerana ramai wanita yang bekerjaya juga mahu duduk di rumah besarkan anak sendiri jika bersempatan. Masing-masing ada peranan dalam meneruskan hidup. Jika sudah tersurat, mak-mak bergelar seorang surirumah, pasti sahaja ada hikmahnya.
Begitu juga dengan mak-mak yang bekerjaya, sudah tentu mereka juga mempunyai peranan di syarikat atau kepada masyarakat. Hidup mengikut ketentuan yang Allah telah tentukan.
Ikuti perkongsian Syahirah Omar dan hadam baik-baik ya. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang.
Pernah juga,
Rasa teruknya jadi surirumah ini.
Waktu tengah struggle dulu, dengan anak-anak masih membesar dan menuntut perhatian, tiba-meniba aku rasa nak sambung belajar. Tengok kawan-kawan sudah bergelar Dr falsafah, aku?
Ada kat rumah tengah lap kencing berak anak.
Rasa loser sangat! Pressure satu macam. Tak ada life duduk rumah!
Ads
Ramai Wanita Juga Teringin Duduk Di Rumah
Aku pun hendak berjaya. Aku hendak jadi seperti mereka. Tetapi hendak berjaya juga perlu pengorbanan bukan? Pengorbanan masa. Pengorbanan bersama keluarga. Mungkin mereka sendiri tak pernah meluah rasa dengan kita. Hakikatnya, kita cuma lihat luaran saja.
Makin tua ni barulah dapat berfikir.
Kita semua boleh berjaya dalam bidang masing-masing. Dan jika ditakdirkan kita duduk di rumah jaga anak sekalipun, kita juga boleh berjaya mendidik anak-anak kita.
Kalian tahu berapa ramai yang nak sangat mahu saja duduk di tempat kita besarkan anak anak dengan sendirinya? Cuma mereka terpaksa bekerja.
Kita berbisnes dari rumah bantu kewangan keluarga, kita juga patut berbangga dengan diri kita. Kita hebat sebenarnya. Bukan senang tau duduk rumah, kerja lagi dari rumah. Semua sudah merasa musim PKP hari itu kan?
Ads
Biarpun pendapatan kita bukan mencecah angka 1 juta. Tak mengapa. Lagipun kita bukan warganegara Indonesia. Duit juta-juta sekelip mata. Tidak kaya bukan bermakna kita sambil lewa, kita ada komitmen luar biasa, support system kita semua tak sama.
Hari ini,
kita tengok diri kita. Masih survive. Masih hidup biar ujian yang datang kita menangis terduduk bagai nak gila. Kita masih lagi survive. Ada saja Tuhan beri kita jalan keluar.
Persetankan saja mereka yang bercakap itu ini.
Biar saja mereka!
Hidup ini kau boleh mati kalau dengar cakap cakap manusia.
Pesan orang tua,
Gembira jangan sampai terlupa.
Bahagia jangan sampai alpa.
Hidup ini ujian.
Bila susah itu ujian.
Bila senang itu juga satu ujian.
Saat kau menggunung atau melangit,
Jangan sesekali lupa untuk terus tunduk ke bumi.
Esok lusa kita tak tahu apa ujian Tuhan nak beri.
MW: Bersyukurlah dengan takdir hidup yang telah Allah tentukan. Pasti ada hikmah di sebalik setiap satu kejadiannya. Tak kisahlah anda seorang suru rumah atau bekerjaya, anda tetap berkorban dan memberi sumbangan pada keluarga dan orang lain.
“Nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika Cina, mula dari umur 5 tahun” begitulah luahan dari saudara Danial Arif menerusi coretan di akaun Facebooknya.
Mak ayah yang mempunyai anak yang bakal melangkah ke alam persekolahan dan terfikir untuk memilik sekolah jenis kebangsaan Cina sebenarnya perlu membuat penyelidikan.
Perkara ini penting untuk ibu bapa membuat penyelidikan mengenai sekolah jenis ini kerana dikhuatiri tidak akan disukai oleh anak-anak.
“Nak Hantar Anak Masuk Ke SJKC, Sila Ke Tadika Cina, Mula Dari Umur 5 Tahun”‘
Disini saudara Danial Arif ada berkongsi beberapa tip untuk menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Buat anda yang berminat, diharapkan perkongsian ini dapat membantu.
“Saya sekolah SJKC (cina) dari Darjah 1 -6…. sebenarnya mula dari 5 tahun lagi, saya belajar dekat tadika cina.
Ini cerita pengalaman sebenar saya, apa kesusahan dan cabaran yang saya lalui masa belajar.
Saya kongsi ni,tujuannya hanya nak kongsi pengalaman. Kalau anda ada anak yang sedang belajar di SJKC, post ini untuk anda.
Kalau anda bercadang nak hantar anak belajar di SJKC, post ini juga untuk anda.
Sekolah cina ni susah. Sebab bahasa cina tu sendiri susah. Tapi, saya berjaya kuasai bahasa cina (percakapan) sebelum masuk darjah 1.
Saya sendiri tengok ada anak-anak melayu yang tertinggal dalam pelajaran masa di SJKC. Punca? Sebab tak dapat kuasai mandarin.
Kenapa tak dapat memahami bahasa ini? Sebab takde “FOUNDATION”, mereka tak mula dari tadika. Tadika melayu, tapi darjah 1 tiba-tiba masuk SJKC.
Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika cina, mula dari umur 5 tahun.
Selain percakapan, cabaran kedua adalah membaca. Tulisan cina ni adalah rumit. Sebab bahasa ni takde sistem abjad “ABCD”.
Bahasa cina guna sistem tulis simbol. Setiap perkataan ada “simbol” teresndiri. 们 (pintu) 人 (orang) 头(kepala).
Dalam bahasa cina ada 50,000 perkataan. Anak anda perlu ingat 2000-3000 perkataan kalau nak dapat baca dengan lancar.
Result UPSR saya dapat C untuk subjek Bahsa Cina (Pemahaman). Sampai hari ni saya tak pandai baca sangat. Tapi, boleh bercakap dengan lancar.
Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (matematik & sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam bahasa cina.
Mudah cerita, pandai macam mana pun sains dan math, tapi tak pandai baca, memang boleh ke laut la.
Sekolah cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah.
Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca?
Sesi pembelajaran sekolah cina ni biasanya 3 sesi. Maksudnya akan ada 2 kali rehat, balik jam 2.30 macam tu.
Maksudnya? Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect, petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit.
Ringkasan?
Kalau plan nak anak masuk SJKC, kena mula dengan masuk tadika cina seawal 5 tahun.
Kalau dah terskip tadika cina & sekarang ni dah masuk SJKC?
Cuba confront anak anda, tanya dia jujur, dia ada masalah nak faham masa belajar tak?
Kalau dia cakap ya… keputusan terbaik adalah, keluar dari SJKC dan masuk ke SK.
Pengalaman keluarga saya, adik saya pun tak habis, belajar di SJKC sampai darjah 4.
Darjah 5-6 dah masuk SK, ayah saya terpaksa keluarkan dari SJKC, sebab adik saya tertinggal kebelakang dalam pelajaran.
Kalau anak anda sedang belajr di SJKC dan selalu mengadu tak seronok dan susah… percayalah, the truggle IS REAL!” tulis Danial Arif.
“Takut Juga Anak-Anak tak Mampu Beri Perhatian Pada Pelajaran Kerana Diri Sendiri Tiada Asas Bahasa Cina” Komen Warganet
Meneruso ruangan komen pelbagai pendapat dilontarkan oleh warganet.
Mingguan Wanita : Diharap tip ini dapat membantu sedikit sebanyak terutama kepada ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
Anak asyik nak tukar pampers walau baru kencing sekali? Haaa… itulah tanda besar anak nak BEBAS PAMPERS! Tapi macam mana kalau terbabas?
Ya, bukan mudah sebenarnya mahu latih anak tak pakai pampers lebih-lebih lagi kalau anak masih kecil dan ragamnya ‘luar biasa’. Tapi perkara jadi senang kalau ibu tahu trik dan langkah yang betul. Apa yang best kalau anak lepas pampers, mestilah lebih JIMAT! Tapi nak dapat yang result itu, kena ada usahalah. Ok jom ikut apa tip yang mudahkan anak bebas pampers…
1. Buang karpet sekejap
Bagi hint sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal kepada anak yang kita nak melatih dia ke toilet. Kalau boleh semasa mereka dalam fasa tidur-tidur ayam. Waktu ini minda separa sedar mereka lebih mudah menerima arahan.
Ketepikan semua kapet atau apa sahaja yang berada di atas lantai.
2. Beli seluar selesa dipakai anak
Kadang anak tak suka pakai seluar dalam. Jadi ikut keselesaan anak. Sediakan juga toilet bowl yang sesuai dengan usia mereka.
3. Ajar bahasa dan perkataan mudah
Gunakan bahasa yang mudah mereka fahami contohnya ‘shee’ untuk buang air kecil atau ‘poop’ / ‘uk uk’ untuk buang air besar.
4. Kerap tanya
Bawa manak ke toilet sekerap mungkin. Anda boleh mulakan dengan setiap setengah jam pada hari pertama. Tapi biasanya orang buat dua jam sekali, tengok sekerap dan banyak mana anak minum susu.
5. Jangan lupa puji!
Berikan pujian kepada anak setiap kali mereka berjaya buang air dalam toilet dan jangan sesekali tunjukkan yang anda kecewa dan marah mereka setiap kali anak terbabas. Katakan kepada mereka, ”Tak apa sayang, kita cuba lagi, ok? Sayang ibu terlupa nak pergi toilet, ea?”
6. Pastikan ada ganjaran
Apa salahnya berikan sedikit ganjaran apabila anak kita berjaya. Tak perlu mahal, sediakan Sticker setiap kali anak berjaya buang air dalam toilet pun dah cukup. Serius anak akan happy sangat!
7. Letak pelapik
Peringkat awal, ibu boleh letakkan pelapik atau alas pada tempat tidur mereka. Gunakan alas yang kalis air.
8. Kalau berjalan kena rajin singgah
Jangan kelirukan anak ya, waktu berjalan ibu tak confident… jadi terus pakaikan anak pampers. Itu salah! Ibu kena rajin menyinggah dan pastikan anak betul-betul boleh ingat yang dia dah bebas pampers.
9. Wajib ajak ke tandas sebelum tidur
Ini part penting. Kalau skip, insyaAllah anda terpaksa angkat tilam dan jemur diluar.
Sebelum anak masuk bilik untuk tidur, pastikan anak tersebut sudah buang air terlebih dahulu. Kalau mereka tertidur, tolong kejutkan supaya pergi kencing dahulu dan kemudian barulah tidur.
Selalunya ramai ibu yang mengalah bab ini kerana tak sabar bila latih anak. Tak sanggup kena lap dan mop air kencing anak merata. Tetapi sebenarnya anda perlulah bersabar semasa melatih anak-anak untuk tidak memakai pampers. Hasilnya anda pasti rasa puas, selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Solat merupakan satu kewajipan dalam kehidupan. Amat penting setiap pasangan suami isteri agar menjaga solat setiap hari, jika ingin perkahwinan yang dibina berkat dan bahagia serta dimurahkan rezeki. Banyak kes perceraian yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat tak jaga solat dan mengabaikan solat. Pasangan sering bergaduh, mudah ‘panas’ dan saling menegakkan ego masing-masing.
Perkongsian pengalaman peribadi daripada Syariee Fadli ini mungkin boleh dijadikan panduan buat kita.
Ini kisah rumah tangga. Truly from my experience.
Kahwin umur 25 tahun. Masing-masing langsung tak matang. Hari-hari bergaduh. Bergaduh sebab family masing-masing . Yang isteri lebihkan keluarga dia. Yang suami lebihkan keluarga dia. Aku rase most of pasangan yang baru-baru kahwin mesti hadap perkara ni. Bende ni nampak simple je tapi kalau kita tak sedar tak mustahil akan membawa kepada perceraian dan kemusnahan hidup.
Aku dan isteri langsung tak warak. Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan? Aku lagho. Bini pun apatah lagi. Sedangkan keluarga kami, mak ayah kami bagi didikan agama cukup. Selalu pesan jangan tinggal solat. Solat tiang agama. Tapi degil.bongkak. Teruk sungguh perangai. Pernah kami suami isteri straight tak solat. Mengaji apatah lagi.Memang kelaut dalam. Dari sini lah sebenarnya punca utama kegagalan dalam kehidupan. Syukur kami sedar sebelum terlambat.
Selalu Bergaduh Sampai Nak Bercerai Berai
Awal kawin selalu bergaduh sampai nak bercerai berai. Pelik sangat bila fikir. Bergaduh bende kecik je tapi dia punya penyelesaian mesti nak kena libatkan mak ayah aku. Mak ayah mertua. Sampai hampir bercerai berai. Macam tak logik langsung. Rasa bodoh bila ingat balik. Macam-macam masalah timpa. Rasa susah nyee nak handle isteri degil. Keras kepala. Padahal diri sendiri pun sama. Degil keras kepala pada pencipta. Langsung tak nak sujud. Tunggang langgang rasa hidup. Lepas satu satu masalah datang. Yang paling pelik duit tak pernah nak cukup. Sampai masing-masing banyak bergantung harap kat mak ayah masing-masing.
Ajak Isteri Solat Bersama
Ada satu masa tu aku balik dari kerja setelah 2 bulan tak jumpa isteri. Makan hati woi, langsung tak contact isteri sepanjang kat laut. Rasa kosong sangat hidup. Bila balik. Jumpa isteri. Aku konon nak jadi suami yang cool rendahkan ego ajak isteri solat sama-sama. Nak tau tak apa reaksi isteri? Tak nak lah. Tiba-tiba je ajak solat siap jeling lagi kat aku.
Masa tu aku rasa tertampar gila. Rasa macam kena hempap balak. Selama ni kalau isteri melawan memang rasa bengang dan mula lah start berperang. Tapi time tu lain macam. Rasa macam sentap gilee. Sebab aku tau nape dia cakap camtu. Sebab dia tak yakin aku boleh jadi imam yang baik.
Perlahan-Lahan Berubah
Dari situ. Aku slow-slow berubah. Jaga solat 5 waktu. Mengaji walaupun merangkak. Dan alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Isteri jadi seorang yang sangat taat. Dengar kata aku. Apa-apa keputusan mesti dia dahulukan aku. Kalau dulu hampeh. Semua ikut kepala dia je..
Solat tak tinggal dah macam sebelum ni. Rasa beruntung sangat ada isteri macam ni. Sampai kan duit belanja mak ayah aku dan mak ayah dia pun, dia selalu ingat kat aku untuk bagi setiap bulan. Tu belum kira keperluan lain lagi. Memang langsung tak kontrol duit aku untuk diri dia sendiri je.
Semakin Murah Rezeki
Paling aku bersyukur. Daripada takde pape sekarang aku dan isteri dah ada company sendiri yang makin hari makin berkembang walaupun hanya bermodal kan RM150 je awal permulaan. Dulu duit RM 1000 rasa macam dunia ini ana yang punya.. Tapi sekarang rasa mudahnya nak dapat rezeki. Semuanya Allah permudahkan.
Jaga solat. Jangan tinggal solat. Bahagiakan isteri. Semua beban hilang sekelip mata. Syukur ya Allah. Bukan nak riak. Tapi aku dambakan pahala kalau-kalau ada yang terdetik hati nak jaga solat asbab baca karangan aku ni. Percayalah. Bukan cerita kosong. Sebab hari ni. Aku sangat bersyukur dengan nikmat yang aku dan isteri terima. 2020 ni InshaAllah nak susun langkah bawak anak bini ke Mekah pulak.. Wish me luck. Sekian.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya ingin bahagia dalam kehidupan, dimurahkan rezeki dan hilang segala kesusahan jaga solat setiap hari. Sebagai suami, amat penting menjadi imam dan pemimpin dalam rumahtangga dalam membentuk keluarga.Semoga kita dan keturunan kita dikalangan mereka yang menjaga solat.