matang

Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai semata-mata dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi.Sebenarnya ada 9 tanda-tanda yang boleh dilihat apabila seseorang itu telah mencapai peringkat kematangan dalam kehidupan.

Berikut antara 9 tanda-tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan sebagai panduan;

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

Ads

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

Berbahagialah.. Wanita Benar-Benar Telah Matang Dalam Kehidupan Bila Ada Ciri-Ciri Ini

Ads

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

Ads

8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.

Jadi cuba semak kembali, adakah kita telah memenuhi dan mencapai 9 tanda-tanda ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan buat orang lain, sekaligus merubah diri menjadi individu yang lebih baik.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI