Kalau tengok kulit wanita Thailand ni, gebu je. Mulus dan cerah. Rupanya mereka amalkan petua cantik turun temurun yang menggunakan beras pulut susu sebagai lulur untuk merawat kulit kering, jeragat dan kulit kusam.
Tiga bahan je yang mereka gunakan, boleh sangat kita cuba ni. Dalam dua minggu dah nampak hasil, kulit akan jadi lebih cerah dan lembap. Jimat duit, tak payah nak berlulur bagai kat spa, buat sendiri je.
Cara Buat Masker Beras Pulut Susu
Bahan-bahan:
1 mangkuk beras pulut susu
1 sudu teh madu
Sedikit perahan lemon/ limau nipis
Cara membuat:
- Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan. Kalau nak hasil terbaik, guna beras pulut susu.
- Kemudian, kisar kering sehingga halus.
- Ambil bahan kisar dalam dua ke tiga sudu. Campurkan dengan madu dan air perahan limau nipis atau lemon.
- Gaul sebati dan sapukan pada seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 30-45 minit. Pastikan masker betul-betul kering.
- Kemudian, gosok perlahan-lahan dan bilas dengan air suam. Kulit akan menjadi bersih, lembut, cerah dan gebu dalam masa dua hingga ke tiga minggu.
- Amalkan petua ini dua kali semingu.
- Kalau nak kulit nampak fresh, lepas bersihkan muka tekap muka dengan ais ketul. Boleh fokus pada bawah mata untuk hilangkan eye bag.
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
https://www.mingguanwanita.my/lulur-kunyit-hidup-petua-bidan-orang-asli-hilangkan-lemah-badan/
Khasiat Untuk Kecantikan
1-Menanggalkan sel kulit mati pada wajah.
2-Mengatasi kulit kusam dan lesu.
3-Mencerahkan kulit secara semulajadi.
4-Membantu mengekang penuaan.
5-Memudarkan jeragat.
6-Melembapkan kulit.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI