Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota bomba, apatah lagi rela menggadai nyawa demi menyelamatkan mangsa. Golongan wanita turut tidak terkecuali, memilih kerjaya sebagai anggota bomba ini yang ternyata mempunyai cabarannya tersendiri.
Menyelami kehidupan perjalanan sebagai anggota bomba wanita nyata bukan satu kerja yang mudah. Tugasan ini diberikan kepada salah seorang Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow, Miasara Ahmad Sobari, 28 tahun yang berasal dari Puchong, Selangor.
Miasara berpeluang menimba pengalaman dan tugasan selama 2 hari bersama anggota-anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Kuala Terengganu, baru-baru ini.
“Di Balai Bomba & Penyelamat Kuala Terengganu ini, hanya ada 3 orang wanita daripada 108 anggota bomba. Namun istimewanya, Ketua Balai disini merupakan seorang wanita yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun, mengemudi pasukan penyelamat disini,”
“Tugas sebagai anggota bomba wanita ini, ia sangat menakjubkan dan tak ramai yang menjadi anggota bomba wanita.Perlu melalui pelbagai ujian untuk benar-benar fit dan layak sebagai anggota bomba”
“Pengalaman Mia sendiri, memakai baju kalis api bomba seberat 25 Kilogram beserta tong oksigen cukup mencabar. Bayangkan ia sangat berat apatah lagi anggota bomba perlu tangkas menyelamatkan mangsa ketika dalam kebakaran,” jelas Mia.
Selami Perasaan Jadi Mangsa Kebakaran
Menurut gadis ini lagi, pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika melakukan tugasan ini ialah ketika dirinya dimasukkan didalam kotak kecil dengan api yang sedang marak terbakar dengan kepanasan pada suhu 400 hingga 600 darjah Selsius. Dimana dah pakai pakaian lengkap kalis api, masih terasa haba dan hangat didalam badan.
Tambah Mia lagi, dia bukan sahaja menyelami perasaan sebagai menjadi anggota bomba, malah perasaan sebagai mangsa ketika menghadapi situasi kebakaran sebenar. Dengan keadaan yang sukar untuk bergerak keluar daripada keadaan tersebut, rasa kepanasan haba api tersebut apatah lagi untuk menyelamatkan mangsa.
Adakah Miasara memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI