Rupanya antara tip nak pokok bendi berbuah banyak pada setiap celahan cabangnya, penting sewaktu petik bendi buang sekali daun yang berhampirannya. Tip tanam bendi subur, berbuah banyak ini dikongsikan sendiri oleh Puan Liyana Mohd Poad.

Boleh ikut untuk dijadikan panduan;

Yang suka tanam bendi saya bagi tip supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah/cabang.Rujuk gambar untuk tip-tip tersebut.

  • Bendi perlu dua perkara yang sangat-sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.
  • Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah.Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras.
  • Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal kerana bendi senang berbuah dan senang dijaga.

1. Ni namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau.Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu. Ini saya tanam dalam polibag saiz 14″.

BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!

2.Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.Saya guna media tanaman tanah organik + cocopeat + pasir.

BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!

3.Selepas petik buah, buang sekali daunnya.

BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!

4.Ini paling penting. Selepas petik bendi,buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya. Boleh guna pisau atau gunting atau putar dengan tangan.

BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!

Ads

Selamat Mencuba, semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:
Abang Ini Kongsi Tip Goreng Bendi, Jangan Masak Guna Bawang Besar, Elak ‘Berlendir’

Petua Mudah Turunkan Kolestrol Dengan Air Rendaman Kacang Bendi

“Ambil, Tak Perlu Bayar”, Jejaka Ini Tanam Sayur, Kongsi Rezeki Sedekah Pada Jiran

Mingguan Wanita : Jadi selepas ini, jika tanam bendi ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting, bila petik bendi, buang sekali daunnya. Barulah setiap celahan cabang tumbuh bendi baru yang lebih subur, banyak dan gemuk-gemuk.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Ads

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Ads

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI