Tentu ada segelintir besan yang kalau nak cari menantu, mestilah syaratnya bakal menantu itu ada kerjaya yang stabil. Apalah hendak diharap dengan mereka yang belajar tinggi tapi balik kampung tanam sayur.
Bayangkan lelaki ini, graduan universiti, elok dah makan gaji di agensi kerajaan. Tiba-tiba ambil keputusan balik kampung, bertani di kampung.
Tidak kah keputusan sebegitu buatkan ahli keluarga susah hati. Tentu ada yang cakap-cakap susah nak dibuat menantu.
Tapi itulah tekad lelaki ini, Azizul Julirn yang menjadikan bapa sebagai inspirasi. Itulah idola nya yang menguatkan tekadnya.
Bapa Ku Inspirasi Ku
Bapa saya seorang petani. Seluruh hidupnya sejak tamat sekolah darjah 6 adalah bertani sepenuh masa. Rezeki bertani inilah dibuat biaya kami 4 beranak dan belanja kami 2 beradik belajar sampai habis universiti.
Tahun 2015, Daerah Ranau dilanda gempa bumi. Bapa saya antara petani yang terjejas teruk. Sumber air utama ke kebun telah musnah dihanyutkan kepala air pasca gempa tadi.
Tahun yang sama, saya ambil keputusan berhenti kerja makan gaji di agensi kerajaan dan balik kampung mau jadi usahawan tani, bapa saya nda larang dan nda juga sokong. Diam saja.
Ads
Ya begitulah kebanyakan bapa-bapa pun. Kerisauan itu tetap ada sebab kerjaya petani pada 6 tahun lepas adalah sangat nda trendy bahkan dianggap pekerjaan kelas bawahan.
Pendapatan bertani ni nda tetap, main selut, pegang cangkul, berpanas berhujan dan lain-lain. Apatah lagi kalau graduan universiti. Belajar tinggi-tinggi, balik kampung tanam sayur. Siapa mau kasi jadi menantu kalau begitu? Huh!
Tapi saya tetap percaya, dengan usaha keras dan sikap yang betul, rezeki berbudi pada tanah itu sentiasa ada sebab depan mata saya ada bukti yang hidup, itulah bapa saya.
Tahun 2016 saya mulakan Kundasang Aquafarm. Daripada skala eksperimen di IPMB, UMS sehinggalah ke skala komersial di Mesilou, Kundasang. Ramai pihak yang terlibat dalam proses menjayakannya.
Agensi-agensi kerajaan, keluarga, para guru dan mentor, rakan-rakan seperjuangan dalam keusahawanan dan lain-lain.
Ads
Namun, penyokong No.1 saya tatap bapa saya.
Beliaulah yang jadi chief engineer, arkitek, kontraktor, quality control, big bos dan jadi partner sparring antara kami berdua. Soal kerja, berselisih pendapat itu soal biasa.
Balik rumah, beliau tetap bapa saya.
Selepas 6 Tahun, Ini Kejayaan Yang Dikecapi
Alhamdulillah selepas 6 tahun, sekarang bapa saya sudah boleh pencen dan buat apa yang beliau suka.
Dan saya pula, mewarisi kerjaya bertani tersebut secara sepenuh masa disamping beberapa bidang perniagaan lain yang sedang saya bangunkan.
Ads
Kawan saya pernah cakap, orang dulu-dulu mungkin nda berpeluang sekolah tinggi-tinggi macam kita sekarang.
Dari segi ilmu, pengalaman, IQ, kemahiran, sikap dan ketekunan yang diorang miliki, jauh lebih hebat. Itulah yang saya nampak ada pada bapa saya, Daddy Joe.
PKP 3.0 lepas, kampung kami 2 kali kena PKPD. Maknanya sebulan nda boleh keluar dari kawasan kampung. Saya membawa diri tinggal di rumah kebun. Bapa saya pula buat apa?
Nah! Dalam gambar inilah antara kerja bapa saya masa PKPD. Beliau buat kebun hidroponik vertical di kawasan sekangkang gajah di halaman rumah kami. A to Z beliau bikin sendiri.
Sejak Julai lepas, ini pusingan tanaman yang ke 4. Belakang rumah pun ada lagi. Belum masuk lagi projek-projek DIY beliau yang lain.
Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan tenang menjalani kehidupan.
Pernah tinggal rumah flat, lantai simen dan tiada perabot antara detik sukar yang pernah dihadapi Imam Muda Asyraf suatu ketika dahulu. Benarlah, pepatah ada mengatakan disebalik kejayaan seorang suami, pasti berdirinya seorang isteri yang hebat, memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang.
Kejayaan Imam Muda Asyraf pada hari ini rupanya adalah berkat kesabaran isterinya yang pernah mengharungi detik sukar bersama suatu ketika dahulu.
Kisah mereka ini wajar dijadikan contoh buat pasangan suami isteri yang sedang melalui detik sukar dalam kehidupan ketika ini. Percayalah, berkat usaha gigih dan saling menyokong diantara satu sama lain, akan memberikan kebahagiaan dan kesenangan di kemudian hari.
Melalui perkongsian di Facebook page IMAM MUDA Asyraf, beliau berkongsi luahan hati, pengalaman kehidupan susah senang bersama isteri tersayang.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba daif ini menjadi menantu.
“Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. Saya buat partime sebagai imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri.
“Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.
Pesanan Seorang Isteri
“Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri :
“Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah…”
“Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.
Bersyukurlah Apa Yang Ada
“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
“Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.”
MW: Semoga perkongsian ini menjadi panduan buat suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga, susah senang bersama.
Hidayah dedah disihir sejak kematian abam hingga kini, anak kecil turut jadi mangsa. Segalanya nampak sempurna namun rupanya dalam diam, Siti Nor Hidayah Mohd Ali menderita disihir sejak kematian suaminya, Abam Bocey.
Menyedihkan, hal disihir ini masih berlarutan hingga kini. Tidak hanya dirinya tapi anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, 4 tahun turut menjadi mangsa sihir tiada kesudahan ini.
Hidayah Dedah Disihir Sejak Kematian Abam Hingga Kini
Pendedahan berani ini dilakukan di akuan Instagram miliknya di mana kata Hidayah, dirinya mencari mana-mana pakar perubatan islam, ustaz atau ustazah atau sesiapa saja yang pandai untuk mengubatinya dan Hamzah.
“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang dayah & hamzah disihir & ganguan mistik sejak arwah suami meninggal. Bberlarutan sehingga kini.
Bahkan Dayah turut menyertakan nombor telefon abangnya sebagai hebahan untuk orang ramai menghubunginya.
Anak kecil turut menjadi mangsa
Tulisnya, mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abg dayah di talian 0133548178 En. Azmir.
Selepas pendedahannya, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa terkejut dan sama sekali tidak menyangka anak kecilnya menjadi mangsa. Bahkan mereka mendoakan agar ada perawat sudi membantu Hidayah dan anaknya, Hamzah segera pulih dari gangguan mistik dan sihir ini.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wahai anak lelaki mahupun perempuan, selagi mak dan ayah kamu masih ada, berdoalah untuk mereka. Sayangi mak ayah dengan sepenuh jiwa raga. Nasihat ini klise bunyinya, tapi takkan pernah bosan mendengarnya.
Kerana percayalah, apabila mak dan ayah sudah tiada, kenangan dengan mereka takkan dapat dibayar kembali dengan duit yang berkepuk-kepuk. Momen itu terlalu mahal.
Ekskusif.. yang tuhan beri cuma sekali. Takkan dua.. takkan tiga kali.
Betapa mak ayah yang telah tiada itu, akan begitu dirindui kehadirannya. Dan apabila mak dan ayah telah tiada, cuma doalah yang dapat anak-anak kirimkan. Tiada lagi pelukan kasih mahupun bakti secara fizikal.
Fail-fail Lama Yang Membuka Cerita..
“Tengah mengemas barang-barang dalam kotak untuk berpindah rumah, terjumpa fail-fail lama. Terselit satu-satunya surat yang pernah dikirim oleh bapak beserta dokumen yang berkaitan sepanjang saya menuntut di UiTM dahulu.”
“Tersimpan kemas oleh Allahyarham yang sifat OCD nya itu di warisi oleh saya. Walaupun beliau tidak begitu bersifat bapa yang manja dan boleh bergurau. Namun figuranya tetap kami hormati.”
Menyelak kembali fail ini, saya merasa amat bertuah kerana ibu dan bapa telah melaksanakan apa yang mereka termampu untuk membesarkan anak-anak selama 8 orang.
“Dan saya merupakan tugas terakhir mereka berdua.”
Dalam keadaan yang ‘cukup makan’ mereka gagahi juga menghantar saya serta memberi kebebasan penuh untuk saya melakar corak kehidupan saya.
Pernah suatu hari di cuti penggal semester, ketika saya membancuh warna membuat tugasan fakulti di rumah.
Emak pernah bertanya, “Hang isok nak kheja apa la kalu bancoh-bancoh warna ni Maman oi..?”
‘Rasa menyesalkah mereka pada keputusan aku ni? Atau mereka rasakan duit yang ada secupak itu dicubit oleh aku dengan sia-sia?
Dalam Bank Cuma Ada RM20
“Lihatlah bank akaun saya ketika itu.. RM20 je yang ada. Kadang-kadang lapar seharian, kadang-kadang dah tak tahan diangkat juga gagang telefon di fakulti meminta wang di masukkan kerana mahu terus hidup.”
Dari mana bapak dapatkan wang yang aku minta, aku tak pedulikan.
Di dalam fail ini ada tertera nama-nama individu yang terpaksa bapak pinjam sementara untuk melayan panggilan duit aku.
“Kini aku hidup senang, tapi mak bapak dah lama tak ada. Aku rasa menyesal memikirkan kalau antara masa aku makan sedap di UiTM hasil kiriman wang bapak sedangkan mereka berdua di rumah terpaksa berkongsi sekeping roti di rumah.”
“Aku kesal kalau ada masa aku gunakan wang itu untuk menonton wayang di KL sedangkan mereka bercatu beras.”
Doa Anak Lelaki Diangkat Terus Ke Langit – Dato’ Rizalman
Buat mak dan bapak, sebagai yang telah dijanjikan oleh Allah. Doa anak-anak lelaki itu diangkat terus ke langit.
Buat bapak sekali terima kasih kerana membesarkan aku dan buat emak pula, terima kasih juga kerana menerima Maman seadanya. Merdeka lah kamu dari sifat pentingkan diri sendiri.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...