Mak-mak boleh belajar dan buat sendiri lempeng legend yang lembut gebu dan sedap, malah cantik bila guna ‘pan’ saiz 18 ni.Lempeng memang kesukaan ramai apatah lagi bila dicicah dengan sambal sardin atau kuah kari.
Nak sediakan untuk keluarga atau nak buat berniaga pun boleh sangat. Ikut resipi ni mesti jadi.
Nak buat lempeng yang sedap dan cantik, boleh cuba resipi dan tip buat lempeng lembut gebu daripada Puan Suzana Othmanini.
Lempeng Legend Lembut Gebu Airtangan Mak Buyong.
Setiap kali up gamba lempeng mesti ramai yang cakap lempeng kita cantik. Alahai.. Rasa macam nak belanja lempeng je kat semua yang komen tu tau. Tapi apekan daya, dok dalam fesbuk dapat jamu mata aje.
Harini kita belanja resepi dan tutorial buat lempeng supaya semua orang boleh buat sendiri kat rumah. Kira belanja jugak la tu kan.
Yang ini kita buat jual. 1set 6 keping rm5. Kalau nak jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing.
Ads
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat lempeng legend yang cantik, lembut gebu dan sedap. Boleh cuba buat nanti di rumah. Nak buat jual untuk berniaga pun boleh sangat.
Macam-macam boleh buat dengan pemanggang ajaib ini. Berguna saat mak-mak teringin nak bakar kek, tart, biskut, puding roti mahu kuih tradisi tapi tak ada oven. Syaratnya kena ikut stepnya yang betul. Barulah kek menjadi dengan sedap malah cantik.
Puan Azureen Muffardi cuma menggunakan pemanggang ajaib saja untuk membakar segala jenis kek, tart, biskut, puding roti malah kuih akok yang dihasilkan. Jom! belajar cara betul menggunakan pemanggang bagi menjadi hasilnya.
Katanya, “Saya tak ada oven tapi selama tak ada oven saya bakar kek, tart, biskut, akok, puding roti dan semua yang berasaskan bakar menggunakan PEMANGGANG AJAIB/ KUALI AJAIB/ PERIUK KUKUS.
“JANGAN SEBAB TAK ADA OVEN KITA DOWN”
“Ni semua saya buat untuk befday anak saya bulan Februari hari tuh.. semua kek saya bakar dalam pemanggang ajaib.”
Panduan Semasa Membakar
√ Semasa membakar, pemanggang perlu ditutup.
√ Gunakan saiz loyang yang sesuai dengan pemanggang yang ada di rumah kita.
Loyang bulat
Loyang petak
√ Jenis pemanggang ajaib yang saya gunakan :
Tinggi pemanggang ajaib : 7cm
Saiz loyang untuk bulat : saiz 7
Saiz loyang untuk petak : 7×7
Tinggi loyang : 4.5cm
√ Jika adunan kek kita banyak, bahagikan kepada dua. Sebab pemanggang tak besar macam oven.
“Ni api yang saya guna untuk bakar. Masa bakar wajib tutup, tak tutup, tak masaklah.”
√ Gunakan api perlahan. Rujuk gambar di atas untuk tengok api besar mana.
Bakar Biskut
Gunakan kertas minyak kerana tak nak bagi mudah hangus kat dasar biskut. Lagipun, senang nak angkat masuk, angkat keluar biskut tu semua.
Biskut yang siap dibakar, kena rehatkan dulu di luar sampai sejuk. Bila dah sejuk baru masuk balang. Baru tahu tekstur dia macam mana, lembut atau keras.
Bakar Cupcake
Tak perlu letak air, sebab kita nak bakar. Bukan nak kukus.
Bekas aluminium tu boleh digunakan semula.
Masa diperlukan dalam 15 ke 20 minit. Tengok juga jenis keknya.
Bakar Tart Telur
Adunan dibakar sekali (shell + tart) sehingga masak untuk elak hangus.
Anggaran masa 15 minit, boleh check guna lidi.
Bakar Burn Cheese Cake
Guna loyang masukkan dalam pemanggang. Letak baking paper. Baking paper beli di kedai Eco RM2.10 untuk 5 meter.
Kejadiannya nanti, burnt tu duduk kat bawah bukan kat atas. Sebab kita tak ada api atas kan. Guna dapur gas api bawah je.
Check guna lidi nak tahu masak atau tak. Kalau belum sambung lagi bakar.
Untuk burn cheese cake saya ambil masa dalam sejam plus plus. Nak lagi burn lagi lama masa diambil.
Bakar Kek Minyak
Pemanggang kena tutup rapat. Tak rapat nanti berwap.
Api kena kecik (rujuk gambar api di atas).
Kejadian kek dalam loyang tak perlu dibalikkan.
Tak perlu pun nak panaskan dulu pemanggang ajaib. Boleh terus bakar.
Bakar sampai masak.
Kek bakar dalam pemanggang ajaib.
Bakar Kek Birthday
Untuk kek akan ambil masa 20 minit, saya akan bukak check guna lidi. Kalau belum masak, sambing masak. Bila dah masak terus angkat dan terbalikkan.
Laksa utara sedap dinikmati sememangnya bergantung pada kuah laksa yang sedap. Nak dapatkan kuah laksa utara sedap pun ada petuanya.
Chef Shukri atau nama sebenarnya, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi petua menyediakan kuah laksa yang sedap. Penting untuk mendapatkan pati kuah yang pekat dan membangkitkan aroma kuah laksa itu sendiri.
“Macam saya pernah bagitau dulu. Petua untuk masak Laksa yang sedap guna ikan Termenung jangan guna ikan kembung. Hari ni saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok.”
Kuah Laksa Utara Sedap Guna 10 Kilo Ikan
Cara nak dapatkan pati kuah laksa yang sedap lagi pekat.
Blend halus semua bahan.
Bahan-bahan yang tidak di blend halus akan menjadikan tekstur kuah yang tidak menarik.
Buka api yang perlahan selama 6 jam baru kuah laksa akan sebati.
Tulang ikan blend halus dan tapis masukkan air tulang ikan dalam kuah. Ini patinya.
Saya suka letak bunga kantan dan daun kesum yang banyak supaya aroma laksa memanggil dan “merasuk” kita untuk makan.
Petua Rebus Laksa Tak Melekat
Petua yang paling penting masukkan sedikit minyak semasa merebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan Laksa melekat.
Mana geng 02 ni? Masuklah. Esok p merket ( pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang Utara ni cukup pantang sebut laksa. Layoq kat depa esok depa p carilah laksa.
Petua ni last sekali Chef bagi untuk laksa yang paling sedap adalah “Laksa yang orang belanja…”
Mingguan Wanita : Haa.. dah tau cara buah kuah laksa sedap kan. Bolehlah cuba ya.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.
Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Puan Dhia Azlinda ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Puding 3 bahan je..dalam rumah nih biskut cracker tak laku..dulu-dulu biskut nih yang laku kalau hujan cicah kopi mesti licin. Budak-budak sekarang tak nak makan.Bila balik rumah mak tok, Bukan main depa makan.Nak bagi habis cepat ibu depa wat puding crackers.”
Ini resepinya:
Puding Biskut Cream Crackers
Bahan-Bahan:
20-24 keping biskut cream cracker (tak kesah guna brand apa)
4 biji telur gred A atau B
1/2 Cawan susu pekat ( Nak manis lebihkan sikit)
* Loyang saiz 6
Cara Membuat:
1.Panaskan pengukus dahulu.
2.Rendamkan biskut ke dalam air tapis sehingga kembang. Selepas itu tos kan.
3.Blendkan telor, susu pekat dan biskut sampai halus.
4.Bahagikan adunan kepada 2 letakkan warna. Macam linda 1 bahagian letak serbuk koko.
5.Kukus selapis demi selapis sehingga habis.Lapis pertama 5 minit yang akhir sekali 10 minit.
Siap! Selamat Mencuba.
MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...