Bayi 4 Bulan KOMA Didera Pengasuh, Kepala Dipukul, Badan Dihempas & Digoncang! Luluhnya hati mak ayah, apabila pengasuh bertindak kejam sanggup melakukan perkara sebegini kepada bayi yang baru berusia 4 bulan.
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai didera pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Burok di sini, pada Rabu lalu.
Darah Beku Dalam Kepala
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari bapa mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai perubatan ketika mengambil bayinya di pusat jagaan tersebut.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan lemah dan kesakitan lalu dibawa ke hospital.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Terengganu di sini pada Selasa.
Ads
CCTV Jadi ‘Saksi’
Susulan laporan itu kata Rohaimi, pihaknya telah memanggil pengasuh pusat jagaan terbabit untuk membantu siasatan, namun menafikan berlakunya penderaan selain memberikan keterangan meragukan.
Bagaimanapun katanya, siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Ads
Jelas beliau, mangsa baru sahaja didaftarkan di pusat jagaan kanak-kanak itu selama tiga hari sebelum kejadian berlaku.
“Susulan itu, polis telah menyerbu pusat jagaan kanak-kanak itu dan menahan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang bekerja sebagai pengasuh pada Isnin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu kesalahan menganiaya atau mencederakan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Mingguan Wanita: Aduhai kasihan sungguh pada bayi yang tidak berdosa ini. Tergamak sungguh bertindak kejam sehingga bayi koma sebegini. Ini yang membuatkan mak ayah cukup risau nak hantar anak dibawah jagaan pengasuh di pusat jagaan.
Pengalaman mengandung sembilan bulan dan saat bersalin pastinya mencipta kenangan manis yang tersendiri. Siapa sangka walaupun dah sampai hospital dan berada di depan wad kecemasan namun hanya sempat bersalin di dalam kereta.
Tindakan seorang wanita berkongsi pengalaman melahirkan bayi perempuan sambil ditemani oleh suami dan dua orang anak kecil ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital meraih perhatian netizen.
Menerusi perkongsian wanita yang dikenali sebagai Athirah Yusof menerusi laman Facebook memaklumkan kejadian itu berlaku pada Rabu lalu.
Bersalin Depan Wad Kecemasan
Menurut Athirah, dia terus melahirkan bayi tersebut sejurus tiba di hadapan wad kecemasan bersalin Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dibawa mendapatkan rawatan.
“Kira-kira pukul 12.45 tengah hari, suami mengajak saya pergi ke hospital ditemani dua anak lelaki kami selepas saya mengalami ‘contraction’ untuk bersalin.
“Sejurus tiba di hospital kira-kira pukul 1 petang di depan pintu kecemasan wad bersalin, suami turun mendapatkan bantuan kakitangan hospital.
“Ketika itu air ketuban saya pecah dan sejurus kemudian bayi terus menggelungsur keluar dan saya bersalin dalam kereta kira-kira pukul 1.11 petang,”katanya di laman Facebook hari ini.
Disaksikan Anak-Anak & Suami
Kata Athirah, dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dalam kereta dan kejadian itu disaksikan dua anak mereka yang dikenali sebagai Atiq dan Anas.
“Terpinga sekejap Atiq dan Anas tengok adik dia yang dah ada depan mata berlumuran darah tu.
“Siap je suami azan dan iqamatkan ‘baby’, datang dua orang ‘nurse’ potong tali pusat baby dan bawak aku terus ke wad bersalin. Alhamdulillah, Allah makbulkan semua doa aku termasuk kerajaan izinkan suami teman ‘wife’ bersalin ketika Covid-19 ini.
Sementara itu, rata-rata netizen kagum dengan ketabahan Athirah melahirkan bayi ditemani dua anaknya di dalam kereta ketika suaminya mendapatkan bantuan kakitangan hospital.
Selain itu, netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran yang dipermudahkan dan pada masa sama mereka mendoakan agar Athirah dan bayinya itu sentiasa dalam lindungan Allah serta kedua-duanya sihat.
Baca Lagi Di Sini:
Masak, Makan Uri Bayi Sendiri, Wanita ‘Rasa’ Sihat, Pulih Lebih Cepat Selepas Bersalin!
MW: Pastinya pengalaman yang mendebarkan dan tak dapat dilupakan apabila terpaksa bersalin sendiri dan tak sempat masuk ke dewan bersalin. Malah turun ditemani suami dan anak-anak. Buat wanita ini, tahniah atas kelahiran cahaya mata tersebut.
Siapa sangka tabiat buruk yang mungkin dianggap remeh dilakukan sebenarnya boleh membawa padah pada diri.Tabiat menggigit kuku berkaitan aspek kebersihan memberi kesan pada kesihatan diri dan rupanya boleh sebabkan kanser kulit!.
Seorang pelajar universiti terpaksa dipotong ibu jarinya setelah mengetahui kanser kulit yang jarang ditemui telah tersebar akibat daripada tabiat menggigit kuku sejak 4 tahun lalu.
Courtney Whithorn ,20, mula menggigit kuku selepas menjadi mangsa buli di sekolah. Bimbang selepas menyedari ibu jarinya mula berubah hitam, remaja ini mengambil keputusan untuk menyembunyikan hal tersebut daripada keluarga dan rakan-rakan.
Sepanjang 4 tahun, gadis ini sanggup memakai kuku palsu dan mengenggam kuku untuk mengelakkan orang ramai sedar akan kelainan kukunya daripada yang biasa.
Kanser Jarang Ditemui
Setelah membuat keputusan untuk berjumpa doktor, pelajar psikologi ini didapati telah dijangkiti kanser yang jarang ditemui, dikenali sebagai acral lentiginous subungual melanoma sejak Julai lalu.
Walaupun telah menjalani sebanyak 4 pembedahan, sel kanser tersebut masih ada sehingga doktor membuat keputusan untuk memotong ibu jari yang telah dijangkiti.
“Bila saya dapat tahu tabiat gigit jari ni adalah punca kepada kanser, ianya sangat mengejutkan saya.”
“Saya akan sentiasa menggenggam jari sebab tak nak orang lain nampak, walaupun ibu bapa sendiri.”
“Saya mula panik bila sedar kulit kuku mula berubah hitam, setelah 4 tahun simpan sendiri, tahun ni baru saya berani tunjukkan apa yang terjadi.”
“Saya dah jumpa doktor untuk merawatnya melalui perawatan kosmetik, tetapi akhirnya saya dirujuk kepada pakar bedah plastik yang mencadang kuku ini dibuang.”
“Sebelum melakukan pembedahan pertama, doktor yang merawat memberitahu seperti ada yang tak kena dan bercadang untuk buat biopsy.”
Acral Lentiginous Subungual Melanoma
Acral lentiginous subungual melanoma adalah sejenis melanoma yang sering mucul di tapak tangan, bawah kuku dan tapak kaki. Penyebab kanser ini tak diketahui tetapi beberapa kajian menunjukkan penjagaan kuku yang tak betul dikatikan dengan penyakit ini.
“Selepas mendapat tahu ia adalah kanser, saya terkejut dan tak percaya langsung. Ibu saya turut mengalirkan air mata kerana terlalu sedih.”
Jadi pada yang ada tabiat suka gigit kuku ni, hentikanlah. Selain aspek kebersihan diri, bimbang ia boleh mengundang penyakit lain pula.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, juga memberi limpahan rezeki yang tidak dijangka. Alhamdulillah, siapa sangka pada usia 60 tahun, penyanyi lagenda rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy (Search) bakal menimang cahaya mata yang keenam. Lebih istimewa ia merupakan antara doa yang dimakbulkan, apabila hasrat penyanyi ini untuk menambah seorang lagi cahaya mata tatkala berusia 60 tahun bakal menjadi kenyataan.
Menerusi posting terbaru dilaman instagram, Amy mengumumkan berita gembira isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan hamil dan kini sedang mengandung sebulan.
Amy juga meluahkan rasa kesyukuran apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun dimakbulkan tuhan.
“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.
“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” luahnya dalam entri berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, vokalis kumpulan Search yang memiliki seorang cucu ini memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor dan sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka bagi mengesahkan kandungan itu.
Sebelum itu, penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu ini juga turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagramnya.
Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Amy memilki dua anak iaitu Nabila Huda,32 dan Irisha Myra,21 serta seorang cucu Keisha Laila,8.
Tahniah buat Amy Search dan isteri yang bakal terima kehadiran ‘orang baru’. Semoga kandungan sihat sempurna dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...