Berapa ramai suami yang faham akan konsep ini ‘bateri isteri perlu dicas’. Isteri juga ada ketikanya akan ada rasa penat, letih lagi-lagi dalam menguruskan pekerjaannya seharian.
Alangkah beruntung, andai suami dapat faham sebagaimana BroOhsem, Akhtar Syamir ini faham akan keperluan isterinya.
Dengan memberikan ruang untuk isteri mendapatkan rehat secukupnya, sementara isteri rehat Bro Ohsem ambil alih kerja dan keperluan rumah untuk seketika. Nanti bila bateri isteri sudah penuh, dia akan buat kerja dengan tenang tanpa kelam kabut mahupun marah-marah.
Bateri Isteri Perlu Dicas
Perkara yang sengaja saya lakukan pagi-pagi.
Kalau isteri saya belum bangun, saya takkan bising. Saya akan tutupkan langsir supaya bilik jadi lebih gelap.
Saya akan keluar dengan senyap, buatkan sarapan untuk anak sebab diorang memang kaki bangun awal untuk porak perandakan rumah.
Ada masanya saya buat kerja di luar terus kalau ada meeting yang akan ganggu tidur dia. Anak-anak tak dibenarkan ganggu atau masuk bilik.
Dia hanya akan bangun bila dia rasa nak bangun. Bermakna masa tu ialah masa dia sudah puas tidur dan tenaganya di tahap yang maksimum.
Ada kalanya saya siapkan sarapan sekali untuk dia.
Isteri Pula Ambil Alih Urus Rumah Dan Anak-anak
Lepas selesai semua, saya dapat fokus kerja tanpa gangguan. Dia akan mula buat kerja rumah, uruskan anak, sampailah waktu makan tengahari.
Kalau dalam jam 3 tu saya mengantuk nak rehat sekejap pun tidak akan diganggu sebab anak-anak pun dah buat hal masing-masing dan dia pun dah selesai apa yang dia nak buat.
Jadi, saya dapat rehat dengan cukup dalam sejam dua sebelum sambung bekerja atau buat benda lain.
Begitulah rutin kami setiap hari. Bateri isteri perlu dicas. Isteri perlu rehat secukupnya. Suami pun sama. Bezanya ikut masa dan kesesuaian.
Nikmat Bila Bagi Masa Isteri Rehat Tanpa Gangguan
Jika korang tak boleh buat begini waktu pagi, buatlah waktu petang sikit. Bagi masa untuk rehat tanpa gangguan. Kesan dia, satu keluarga akan dapat.
Jangan kita harap isteri buat semua benda tapi kita tak cakna pasal masa rehat dia. Rehat yang tak cukup akan buat dia tertekan, penat, kecewa dan marah.
Kadang-kadang suami pelik kenapa isteri cepat marah. Cuba periksa sama ada dia dapat tidur yang cukup atau tidak.
Jom baca penulisan saya yang lain di t.me/broohsem .
Sumber/Foto : BroOhsem
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI