Bapa rayu padam video anak 5 tahun jatuh flat, jiran sangka orang buang sampah dari atas. Tragedi menimpa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dari tingkat 9 Perumahan Awam Sri Sabah ( Block 62) menggemparkan masyarakat yang tinggal di perumahan tersebut.
Difahamkan kanak-kanak ini berada di ruang belakang balkoni rumahnya dan ketika itu ibu dan adiknya berada di rumah.
Bapa Rayu Padam Video
Berikutan tragedi menyayat hati yang mula tersebar luas ini, bapa kepada arwah atas nama Bob Hazrik (di fbnya) merayu agar semua pihak memadamkan video-video tragedi ini kerana keluarga masih trauma dan bersedih dengan tragedi yang berlaku pagi tadi.
Dalam hantaran di fb dan grup perumahanya,dirinya menulis :-
Assalammulaikum semua minta jasa baik semua mohon delete, padam gambar-gambar video arwah anak saya yang jatuh pagi tadi. Saya merayu minta tolong semua.
Ads
Dalam pada itu, tinjauan orang awam turut berkongsi tragedi menyayat hati ini kerana menyangka ada barang yang dibuang dari tingkat atas bangunan sebaliknya apa yang berlaku adalah tubuh kanak-kanak ini terhempas.
Bahkan dari rakaman video tersebar menunjukkan ada seorang wanita yang cuba mengangkat tubuh anak ini (seolah cuba mendirikannya) sebelum mengetahui kanak-kanak ini sudah meninggal dunia.
Semoga syurga buatmu anak kecil. Tiada dosa dan perginya di hari Jumaat yang mulia.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesetengah pekebun, tanam pokok rama-rama buat hiasan kediaman. Ada juga yang sengaja tanam untuk jadikan penawar sakit gout, kencing manis dan sebagainya. Rupanya bukan semua pokok rama-rama itu boleh jadi penawar. Malah ada petua tepat untuk membolehkan pokok rama-rama ini sampai jadi penawar.
Pokok rama-rama ini ada yang warna merah dan ada yang warna hijau. Yang boleh dijadikan penawar penyakit tu hijau warnanya. Perkongsian dari Roseli Zin memberi cara-cara memilih pokok rama-rama yang boleh dijadikan penawar penyakit…
“Dua hari lepas saya ada terbaca tentang pokok Rerama hijau yang rakan post dalam grup ini (Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri).
“Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya, yang mula tanam pokok ini hampir 2 tahun lalu semasa pokok ini mula-mula dikenali. (Harga sepokok anak pokok pada masa itu paling kurang RM100 baka dari Thai).”
Cara Betul Minum Teh Rama-rama
Melalui pengalaman saya ianya mampu merawat sakit gout,kencing manis, buasir dan lain-lain penyakit bila minum air rebusan daun pokok ini mengikut panduan berikut:
1. Pokok rama-rama mesti matang (selepas 4 bulan ditanam)
2. Rebus daun kering mengikut sukatan. 5 gm daun kering + 500 ml air.
3. Minum 2 kali sehari teh dari pokok rama-rama ini. (Pagi dan malam).
~ Walau bagaimana sekali pun kita hanya berusaha, ketentuan kesembuhan atas kehendak-NYA jua.
Sumber / Foto: Facebook Roseli Zin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cuba perhatikan dalam rumah, cuba mak-mak tengok keadaan kipas siling. Nampak masih ok atau dah nampak buruk dan berkarat? Hah, ini lah waktunya untuk bagi cantik sikit kipas siling tu.
Sebenarnya, ia boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar ataupun nak kena tukar kipas yang lain. Dengan hanya menggunakan semburan ‘Spray Paint’ sahaja.
Cara nak buatnya pun mudah sangat. Hasilnya nanti, kipas siling lama nampak baru dan cantik.
Ikut cara ini.
Bahan Diperlukan:
Cat Semburan ‘Spray Paint’ (Ikut Suka Pilihan warna)
Kipas Siling Lama
Scrapper (pengikis)
Kain pengelap
Cara-Caranya:
Langkah 1: Buka dan bersihkan bilah kipas dengan kain lap, kikis sisa karat yang ada pada bilah kipas.
Langkah 2: Semburkan dengan spray paint warna pilihan anda.
Langkah 3: Biarkan semalaman atau tunggu sehingga ia benar-benar kering dan pasang semula kipas tersebut.
Siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan viral video, ini wajib kita buat kalau terserempak kemalangan kebakaran di lebuh raya, banyak nyawa boleh diselamatkan. Sejak dua hari viral video raungan seorang suami Muhamad Redzuan yang menyaksikan isteri kesayangannya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang meninggal akibat kenderaan dijilat api dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kulai.
Urusan pengkebumian arwah Nurul Nazihah sudah disempurnakan semalam dan alhamdulilah menurut ahli keluarganya jasadnya ditemui sempurna, seakan-akan sedang duduk di antara dua sujud selain tidak terkupas walau dijilat api marak.
Bukan viral video, Ini WAJIB KITA BUAT Kalau Terserempak Kemalangan Kebakaran Di Lebuh Raya
Dalam pada kejadian menyayat hati ini, pasti ada sesuatu yang sama-sama boleh kita belajar iaitu bersedia dengan pemadam api di dalam kenderaan masing-masing. Walau tidak meminta kejadian sebegini berulang dan menimpa ahli keluarga kita tetapi sekurangnya kita boleh menolong orang lain kalau terserempak kemalangan begini, bukan meviralkan video kejadian.
Dikongsi dari FB Harima Abdul Rahman yang pernah disyer beberapa tahun lalu, wanita ini pernah kongsikan 3 tindakan pantas kalau terserempak kemalangan melibatkan kebakaran di lebuhraya. Moga ianya bermanfaat buat semua.
Baca perkongsiannya :-
Pada 25 Disember 2015, sebuah Land Rover hilang kawalan dan merempuh papan tanda jalan Jambatan Sungai Dohol sebelum melanggar sebiji Toyota Corolla di arah bertentangan. Selepas itu kedua dua kereta itu terbakar.
Orang Kota Tinggi Johor pasti ingat kejadian ini. Ini adalah antara kemalangan yang paling menyanyat hati. Pemandu wanita Toyota Corolla itu meninggal. Manakala yang lagi dasyat pasangan suami isteri dalam Land Rover bersama seorang anak perempuannya rentung.
Kemalangan ini sangat menyentuh hati kerana sebelum meninggal, ibu di dalam Land Rover itu sempat memecahkan cermin dengan kudrat yang ada untuk mencampakkan seorang lagi anaknya ke atas jalan raya. Anak lelakinya selamat dan dihantar ke hospital, walaupun selepas itu ibu bapa bersama kakaknya hangus dijilat api.
Ramai orang melihat detik detik itu secara live. Tetapi tak ada satu video pun yang sempat dirakam. Bukan sebab tak ada telefon atau kamera. Tapi difahamkan, semua yang berdiri di tempat kejadian tak sanggup untuk merakam video apabila melihat mangsa yang meraung raung dijilat api di dalam kereta. Betapa dasyatnya kejadian tersebut, tak ada seorang berani untuk jadi juara viral. Tapi sedihnya, walaupun ramai yang berhenti melihat kejadian tersebut, tak seorang pun yang mampu atau berani untuk menolong keluarga malang itu. Hanya air mata yang mampu dikeluarkan melihat betapa seksanya mangsa dijilat api.
Bukan orang kita tak ada hari perut, tapi kita tak tahu macam mana nak kendalikan jika kita melihat kecelakaan semacam itu berlaku. Sekarang musim perayaan datang lagi, kemalangan kereta sehingga terbakar tak mustahil akan berlaku lagi. Peristiwa anak yang akan kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata tak mustahil berulang kembali. Tapi adakah kita mengambil pengajaran?
Maafkan saya jika terlewat. Tapi saya baru sahaja semalam hadir ke satu kursus kebakaran. Atas kesedaran ini, saya ingin berkongsi sedikit macam mana kita patut lakukan jika kita melihat kebakaran yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Nauzubillah. Tapi saya berharap sangat kalau awak sudi baca semoga lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
Moga lebih banyak nyawa diselamatkan kalau cepat buat 3 tindakan ini
PERTAMA:-
Tolong hubungi segera Bomba dan Penyelamat. Boleh dail 999 atau 112 terus jika awak melihat kemalangan macam ni. Tolong la jangan gaduh nak jadi raja viral. Tak payah la bila tengok eksiden tak sabar nak ambik video. Simpati la dekat orang lain. Telefon bomba dahulu sekurang kurangnya.
KEDUA :-
Bomba tak terus sampai ke tempat kejadian. Paling laju pun mungkin 10 minit hingga 15 minit. Terlalu lama bagi makhluk seperti api untuk menjilat mangsa. Jadi orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa dan padam kebakaran ialah orang di sekitar kejadian yang berlaku.
Macam mana nak tolong?
Padamkan api yang membakar dengan alat pemadam api. Alat pemadam api ialah cara paling berkesan untuk memadamkan api api yang tak berapa besar ni. Jika ada simpat alat pemadam api dalam kereta, ambik dan gunakan dahulu. Itulah kepentingan bila kita simpan alat pemadam api dalam kereta kita.
Jika tak simpan alat pemadam api?
Yang ni ramai yang tak tahu. Sebenarnya undang undang negara kita mewajibkan tiga jenis kenderaan ini menyimpan alat pemadam api.
Lori, Bas, Teksi.
Jika awak melihat ketiga tiga kenderaan ini, tolong tahan dan pinjam alat pemadam api mereka. Cukup lima pemadam api, insyaallah boleh padamkan kebakaran tersebut.
Tapi disebabkan tak tahu, kita boleh biarkan bas atau lori lalu je dari tempat kejadian. Entah entah, drebar bas atau lori sendiri pun tak ingat dia ada alat pemadam api. Kalau kereta polis atau ambulans, lagilah ada alat pemadam api.
Jika tak ada juga pemadam api?
Gunakan dulu air. Tapi kalau boleh jangan bagi air tu kena dekat mangsa. Sebab mangsa lagi seksa kalau air terkena badan dia. Pernah curahkan air ke atas ekzos motor yang panas? Berasap kan? Lebih kurang macam tu la mangsa akan rasa.
Alternatif lain, kalau tak jumpa jugak air. Jika ada air berkabonat macam air tin atau air botol boleh guna. Buka dulu penutup botol. Tutup dengan ibu jari, lepas tu goncang. Dah elok berbuih, lepas kan ibu jari dan halakan ke arah api. Insyaallah boleh. Kalau goncang sebelum buka penutup botol, air tu tak memancut macam air bomba tu.
KETIGA
Semasa sedang memadamkan api, orang lain boleh cuba untuk keluarkan mangsa dari kenderaan. Kalau macam bahaya sangat, padamkan la dulu api.
Kalau la cermin tu tak pecah lagi, boleh pecahkan cermin kereta itu guna alat pemadam api, kunci stering, tukul, atau apa apa sahaja benda keras. Untuk lebih mudah nak pecahkan cermin kereta, ketuk pada bucu bucu cermin. Kat situ lebih mudah untuk pecah berbanding ketuk dekat tengah.
Jika mangsa telah keluar dari kenderaan, dan badan masih terbakar, jangan biarkan dia berlari. Berlari boleh buatkan dia lagi terbakar. Suruh dia bergolek di atas tanah atau tar sehingga api padam.
Setakat ni, itu sahaja yang saya tahu. Kalau ada lagi cara yang lebih efektif boleh la kongsi.
Saya tak pernah mengharapkan orang share status saya. Tapi untuk kesedaran ini, saya mohon sangat kalau awak sudi kongsi status ini kepada orang lain. Nak copy paste tak bagi kredit pun saya tak kisah. Apa yang saya harapkan, lebih ramai nyawa diselamatkan. Sumber : FB Harima Abdul Karim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...