Daun sup sering ditambah dalam masakan sebagai penambah aroma menyedapkan makanan.Boleh dikatakan salah satu kemestianlah bagi mak-mak setiap kali beli bahan basah di pasar. Namun, seikat kecil daun sup boleh tahan juga harganya, nak digunakan sedikit sahaja. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun sup ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.
Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati, boleh cuba antara tiga kaedah sebenar untuk semai daun sup ini.
Berikut perkongsian daripada Pyan Sempoi sebagai panduan;
“Ada lagi ka yang belum berjaya tanam pokok daun sup ni? Ok nak habaq mai ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup ni..hangpa dah pernah cuba ka tiga-tiga cara ni? jom kongsikan pengalaman dan pendapat masing-masing.”
Kaedah Pertama : Semai Biji Benih
Cara saya semai:
1. Siapkan media tanaman. Saya guna *campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Lepas dah isi ke bekas (cup) saya siram siap-siap.
2. Tabur biji benih sikit je. Jangan banyak-banyak. Cukup secubit jer tau, tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. Lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media banyak yang gagal sebab ni lah, benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya.
3. Spray dengan air, cukup 1-2 kali tembak je.
4. Letak tempat teduh..nak tutup boleh tak nak tutup pon boleh. Dalam kes saya, dibiar jer tak tutup pun.
5. Spray 2x sehari pagi dan petang. InsyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari.Kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh jugak bererti gagal..kena cuba lagi.
Ads
*Cocoapeat saya campur sendiri dengan nisbah 1:1:1, boleh juga beli yang dah siap contoh 6in1 dan lain-lain. Lebih bagus lagi jika guna peatmoss. Kebanyakan peladang-peladang komersial guna peatmoss untuk semai benih.
Kaedah Kedua: Tanam Semula Akar Pokok Matang
Cara saya semai :
1. Pilih pokok sup yang masih segar + ada banyak akar yang masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2. Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil.
3. Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4. Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar.
Ads
5. Siram sikit-sikit je jangan terlebih air, yang ni pon jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu becek.
6. Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Kaedah Ketiga: Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2.
Cara saya semai :
1. Pokok induk mesti sihat + subur + ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau.
2. Korek atau cabut perlahan-lahan.Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu..kalau cabut pastu takde akar baik campur dalam sup ja. Kena hati-hati cabut.
Ads
3. Tanam dan letak dekat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4. Siram sikit-sikit ja, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air.
So boleh pilih nak guna cara mana sekali tanam ja pokok sup ni. Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah nombor 3.
Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri daun sup di rumah cuba kaedah-kaedah dan tip yang dikongsikan ini.
Jika mak-mak berminat nak tanam pokok anggur kena ada ilmu. Jika ikut tip dan teknik yang lengkap, barulah pokok anggur yang ditanam elok hidup subur menjadi, berbuah lebat dan cantik. Puas hati bila dapat hasil daripada tanaman sendiri, memang berbaloi berbanding beli.
Ikut cara dan ilmu tanam anggur seperti yang dikongsikan oleh Hafiz Husin ini sebagai panduan.
Saje belanja tip penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya takde la tau sangat teknik yang betul. Tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Penerangan ada di setiap gambar. Harap bermanfaat.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Anak pokok anggur
*Boleh Beli anak pokok anggur di sini:
1 Bekas Tinja Kambing yang dah reput/lama
Tanah Kompos
Pasir
Sekam Bakar
Sekam Mentah
Top Soil
Kapur Pertanian
Cara-Caranya:
1. Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Kemudian, campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang tadi.
3.Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian tu agak-agak je banyak tu. Tujuan kapur tu untuk neutralkan keasidan tanah.
4.Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5.Ginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’.Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.
6.Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang/bawah polybag anak pokok anggur.
7.Masukkan anak pokok sekali dengan polybag ke dalam lubang.
8.Kambus tanah dicelah-celah luar polybag tu yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram.Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
Selamat Mencuba, Semoga Bermanfaat!
Info Ekstra!
Sebaiknya guna campuran tanah seperti di atas. Jika guna topsoil sahaja bimbang nanti lama-lama tanah jadi keras.Aliran air jadi tak sempurna. Bila akar terlalu lembab, boleh busuk akar. Pasir tu penting supaya air leh meresap cantik turun ke bawah tanah.
Semua orang pasti berasa sedih dengan kehilangan seseorang yang tersayang, lebih-lebih lagi kehilangan suami tercinta. Apatah lagi bila semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa disangka dan diduga. Belum puas hidup bersama, terpaksa melalui hari-hari mendatang tanpa teman hidup. Hilang sudah tempat bermanja, mengadu nasib dan bergantung harap. Rasa rindu yang membara tetapi hanya mampu dipendam. Kehilangan yang sangat besar sehingga dunia rasa begitu sepi tanpa kehadirannya. Begitulah yang ingin disampaikan oleh Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora menerusi single terbarunya ‘Ada Dalam Tiada’. Semangat yang ada pada Nora ini begitu saya kagumi.
Lagu ‘Ada Dalam Tiada’ merupakan dedikasi teristimewa Nora untuk arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, seorang komposer dan penerbit terkenal yang meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu akibat serangan jantung. Sesuai dengan lagu luahan hatinya sendiri yang menceritakan keperitan dan kesedihannya sebagai seorang isteri yang sentiasa merindui dan mendoakan insan yang pernah berkongsi hidup dengannya selama 25 tahun, Nora menyatakan,“Ini adalah lagu yang paling peribadi saya pernah nyanyikan sepanjang karier seni saya. Saya mencurahkan sepenuh jiwa dan raga ketika merakamkan lagu ini. Lebih menyedihkan lagi, ini merupakan pertama kali juga saya masuk ke studio rakaman tanpa kehadiran arwah suami”. Umum mengetahui bahawa selain bergelar suami, Johan juga merupakan antara insan pertama dalam industri muzik yang membimbing Nora dalam merencana karier seninya sejak awal kemunculannya pada tahun 1994.
Menangis Pertama Kali Baca Lirik Lagu
‘Ada Dalam Tiada’ merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala senikatanya ditulis oleh penulis lirik tersohor iaitu Habsah Hassan. Cukup terkesan dengan lirik sentuhan Habsah Hassan, Nora menyatakan,“Sebenarnya saya sendiri sukar untuk menjelaskan dengan kata-kata apa yang saya rasa selama ini. Tetapi Habsah Hassan bukan sahaja dapat menterjemahkan perasaan saya dengan begitu baik sekali malah ianya dilakukan dalam bentuk senikata yang indah. Saya turut menangis bila pertama kali saya membaca lirik tersebut”. Pemilihan Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen yang sinonim dengan penciptaan melodi mendayu-dayu digandingkan dengan senikata bermadah Habsah Hassan, dan nyanyian penuh jiwa Nora berjaya menghasilkan karya yang dijangka mampu mengusik hati pendengar.
Bagi album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini pula, idea untuk menerbitkan album ini lahir dari Allahyarham Johan Nawawi sendiri pada tahun 2016. Perbincangan santai di antara suami dan isteri ini tidak sempat direalisasikan oleh Allahyarham Johan Nawawi. Oleh itu, Nora terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi melunaskan impian Allahyarham yang tidak kesampaian. Johan Nawawi adalah antara komposer tersohor di tanah air, di mana ramai artis ternama tidak kira sama ada di Malaysia atau Indonesia pernah bekerjasama dengan beliau. Antaranya adalah Dato Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Kris Dayanti, Liza Hanim, Aisyah, Anita Sarawak, Dayang Nurfaizah dan Nora sendiri. Lagu pertama yang telah diciptakan oleh beliau pada tahun 1985 adalah nyanyian rakan karibnya, Azman Abu Hassan yang bertajuk ‘Perasaanku’.
Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini sangat dekat di hati Nora kerana Lagu ‘Bidadari’ adalah lagu terakhir ciptaan dan nyanyian solo Allahyarham sendiri, iaitu dua bulan sebelum beliau pergi. Bidadari juga tidak pernah diperdengarkan di khalayak sebelum ini. Selain itu, Allahyarham berhasrat supaya Nora merakamkan semula lagu Hanya Satu yang juga dimuatkan di dalam album ini dengan susunan muzik yang baru oleh Mac Chew, namun Allahyarham tidak sempat untuk mendengar “final mixing” bagi lagu ini.
Album ini merupakan impian Allahyarham sendiri untuk menjadikan sebuah naskhah kompilasi lagu-lagu ciptaan beliau. Paling istimewa, lagu Perasaanku yang dinyanyikan oleh Azman Abu Hassan digubah semula dan diberi tajuk baru iaitu Perasaanku 2017 yang dinyanyikan semula oleh rakan-rakan serta adik beradik Allahyarham Johan sendiri. Buat pertama kalinya di dalam sejarah, Nora sebagai anak seni ingin menyempurnakan dan merealisasikan impian Allahyarham dengan menerbitkan naskhah yang paling istimewa iaitu Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi dengan sebaik-baiknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perempuan yang bergelar mak-mak biasanya akan teruja kalau tahu pasal gajet dapur yang mudahkan kerja, nak-nak pula harganya murah!
Haaa.. pernah masuk Daiso tak? Kalau belum, bolehlah simpan nota yang Puan Hani Myniskongsikan ini siap-siap dalam senarai ‘bahagiakan hati’ hujung minggu ini. Dan, seraaangg…!
7 Gajet Dapur Wajib Beli Di Daiso
Selain Eco dan Mr Diy, Daiso ni ialah kedai saka ketiga bagi hani. Jaranglah Hani kalau berjaya keluar dari Daiso tu tangan kosong.
Kalau masuk Daiso ni hani suka tengok “gajet” dapur dia sebab kebanyakan barang dari Jepun ni genius. Kadang tak tahu pun wujud rupanya benda alah mcm ni semata-mata nak mudahkan kerja.
Dan ini ialah senarai 7 gajet dapur yang hani rasa patut ada untuk memudahkan lagi kerja kat dapur! Esok cuti kan, pergi cari.
Tengok satu-satu gambar untuk penerangan yang lebih ya.
1. Botol
Serius hani rasa benda ni genius. Masukkan minyak dalam botol silikon ni, lepas tu nak guna picit je dalam kuali. Sapu dengan berus kat atas tu. Sesuai sangat untak masak roti canai, roti jala dan macam-macam yang tak gunakan minyak banyak tapi minyak rata di permukaan kuali. Nak wangi, potong kecil-kecil (bukan hiris) daun pandan, masukkan dalam botol ni.
Bijak sangat aih benda ni, senang kerja.
2. Timer!
Benda wajib ada utk memasak (especially mengukus) dan membersih/ mengemas. Hani kalau xde ni time mengemas rasa mcm tak boleh nak kemas laju2. Hani x guna alarm hp sbb nanti tangan rajin check notifications kerja rumah tak gerak
3. Timer” untuk masak telur
Dulu-dulu petua mummy hani ajar nak rebus telur letak sikit beras (dua tiga cubit). Beras dah masak jadi nasi maknanya telur dah masak. Ada benda alah ni mudah nya! “Masakkan” sekali telur dengan egg timer ni nanti senang nak tahu telur dah masak atau separuh masak.
4. Pengukur spaghetti
Rumah hani sebulan dua kali masak spaghetti. Pernah tak berlaku kadang tu nak masak banyak mana tak sure. Takut tersikit atau terlebih banyak. Guna je pengukur spaghetti ni. InsyaAllah mencukupi, tapi kalau jenis kuat makan macam hani. Kalau untuk dua orang hani ukur dalam lubang ketiga.
Masukkan dalam lubang pengukur
5. Silica gel
Ni untuk Hani letakkan dalam balang-balang makanan kering macam bekas spaghetti, rempah-rempah, milo, kopi sebab tak nak makanan kering jadi lembap, berkulat dan keras. Masukkan dalam balang atau tampal kat bahagian dalam penutup balang.
6. Pengeras minyak
Ni ramai dah tahu kot haha tbh, rumah hani jarang guna benda alah ni. Tp good to have at home.
Ni untuk keras lebihan minyak yang kita nak buang. Dah keras boleh lah buang dalam plastik sampah.
7. Mini frother
Ni bukan utk kopi je, Hani buat telur dadar pun guna benda alah ni. So telur dadar jadi extra fluffy.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...