Sungguh pandemik Covid-19, memberi kesan besar buat ramai orang. Ada yang diberhentikan kerja, diberikan cuti tanpa gaji mahupun tiada lagi sumber pendapatan. Ada yang memulakan inisiatif dengan menjadi penjaja, peniaga jalanan malah peniaga kecil di tepi jualan dengan menjual pelbagai aneka makanan dan minuman, demi kelangsungan hidup.
Jika kita daripada golongan yang kurang terjejas, masih ada makanan dan minuman diatas meja untuk disuap, masih ada menanti gaji tetap setiap bulan, inilah masalah untuk kita membantu golongan yang terkesan ini.
Bantulah peniaga jalanan, ikhlaskan hati untuk belajar ‘memberi’ kepada mereka walaupun sedikit. Semoga dengan cara ini dapat memberi kebahagiaan, harapan dan keazaman buat mereka untuk terus berniaga, mencari rezeki halal dan meneruskan kelangsungan hidup.
Jika kita adalah golongan yang tidak terjejas dalam pandemik ini, sesungguhnya tips ini untuk kita.
Tips ‘belajar’ membantu peniaga jalanan;
1. Jika makcik jual kuih RM2, 5 keping. Belilah RM4 dan bayar RM5. BELAJAR tak mahu menerima baki. Nampak kecil, tapi makcik gembira bukan kepalang.
2. Jika ada pakcik penjual nasi bajet, sebungkus RM4, manakala 3 bungkus RM10.
BELAJAR ambil 2 bungkus, dan bayar RM10. Pakcik ada tambahan RM2, juga lebihan sebungkus lagi untuk dapatkan RM4. Senyum bahagia pakcik, kita akan turut bahagia.
Ads
3. Jika pergi ke kawasan jualan, carilah gerai makan yang paling sikit pengunjung. Atau carilah penjual yang sedang termenung resah. Sila datang, berbual, bertanya khabar dan belilah daripadanya.
Selain membeli jualannya, kita BELAJAR empati, ambil berat dan mengurangkan gusar di hatinya. Melihat ada pengunjung yang hadir ke gerainya pun sudah cukup membahagiakan.
4. Jika datang ke gerai jualan yang tidak mahir beroperasi, jangan banyak komplen itu ini. Barangkali itu hari pertama dia berniaga dan tak mahir susun letak barang, tak bersedia dengan duit kecil dan pelbagai lagi.
BELAJAR maniskan muka, tak perlu marah dan herdik. Berakhlak baik kepada mereka adalah rezeki perasaan untuk mereka.
Ads
5. Jika kita lalu di satu gerai, yang jualannya tinggal satu atau dua bungkus, BELAJAR berhenti dan beli semuanya. Walaupun kita tak menginginkannya, kita boleh beri kepada orang lain.
Selain membeli barang jualannya, kita sedang menyedekahkan waktu untuk mereka. Supaya mereka dapat tutup gerai dengan lebih awal, pulang ke pangkuan keluarga dan melepaskan lelah seharian bekerja.
Begitulah rakan-rakan yang baik, belajar memberi walau sedikit.
Ikhlaskan hati, moga semuanya dalam perhatian dan perhitungan Allah.
Peniaga jalanan, mereka bukan golongan yang senang-senang mahu terima wang kita tanpa usaha.Lihat sajalah kecekalan mereka berpanas-panas sepanjang hari di gerai jualan.
Ads
Untuk semua yang sedang menerima ujian, Allah menguji kita dengan kasih sayang yang sarat. Sambutlah ujian ini dengan redha dan harungi bersama.
Fasa ini bukan kegelapan panjang, hanya gerhana. Kita mampu hadapinya!
MW: Ada benarnya. Belajarlah untuk lebih banyak ‘memberi’ kepada sesiapa sahaja. Walaupun nilainya tak banyak, namun besar ertinya pada yang menerima dan benar-benar memerlukan. Semoga setiap usaha kecil kita dapat memberi kebahagiaan pada orang lain.
Terpedaya dengan berikan bantuan permulaan modal dan dijanjikan berkahwin, seorang pengarah syarikat kerugian RM5.29 juta selepas diperdaya sindiket ‘Love Scam’ melalui perkenalan dengan seorang lelaki di sebuah laman sesawang.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang juga wanita tempatan berusia 64 tahun, hari ini.
“Mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat di Ipoh, Perak, memaklumkan dia berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai lelaki warga Amerika Syarikat.
Modal Permulaan Kontrak, Janji Kahwin
“Lelaki itu yang mendakwa bekerja sebagai paramedik di Hospital California kemudian memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta (RM9.7 juta).
“Suspek yang mendakwa memerlukan dana modal permulaan bagi kontrak terbabit turut berjanji akan mengahwini mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim
120 Transaksi Pindahan Wang
Azmi berkata, mangsa yang terpedaya dengan janji itu kemudian melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank diberikan suspek secara berperingkat berjumlah RM5.29 juta antara Januari hingga Jun lalu.
“Mangsa menggunakan semua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan pemberi pinjam wang berlesen untuk diserahkan kepada suspek berkenaan.
“Semakan awal dilakukan mendapati akaun bank terbabit juga mempunyai rekod berkaitan beberapa kes penipuan lain yang menggunakan modus operandi sama,” katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Mingguan Wanita:Macam-macam taktik yang digunakan untuk menipu dan mengambil duit. Pesanan buat para wanita, jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat cinta dan janji manis apatah lagi jika menjalin hubungan di alam maya. Ini kerana banyak kes yang berlaku wanita terjerat dengan cinta palsu, menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ sehingga mengakibatkan kerugian beratus ribu serta jutaan ringgit.
Akui tidak mudah tempuhi fasa sebagai ibu tunggal, Anim Ezati dedah sudah bercerai awal tahun. Pengacara TV3 yang terkenal dengan program kendaliannya MHI sebelum ini, Anim Ezati Rizki, 30, mengesahkan sudah bercerai sejak awal tahun ini, namun merahsiakan perkara itu atas permintaan bekas suaminya, Mohd Fadli Sahudin.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini mengecapi kehidupan berumahtangga lebih dua tahun namun terpaksa akur dengan jodoh ketentuan bersama bekas suami tidak lama.
Tidak Mudah Tempuhi Fasa Sebagai Ibu Tunggal
Walau sudah berpisah namun dia dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.
“Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik. Kami bersama-sama dalam membesarkan Khalsom,” katanya.
Berkongsi cerita pengalaman bergelar ibu tunggal, Anim mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa sebagai ibu tunggal.
“Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah.
“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini,” kongsinya.
Terpaksa Buka Cerita Perpisahan Elak Fitnah
Menerima dengan reda jodohnya hanya setakat itu, Anim mendedahkan terpaksa membuka cerita tentang perceraiannya untuk mengelakkan sebarang fitnah.
“Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga.
“Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami. Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama.
“Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda,” kongsinya.
Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi meninggalkan kita. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang sahaja yang akan faham perasaan itu. Begitulah yang dirasai hati mama ini.
Rindunya seorang mama apabila anak kesayangan pergi meninggalkan dunia fana ini. Malah pemergiaan anak kesayangan juga banyak mengajar penyanyi dan pelakon Linda Rafar erti sebuah reda dan kesabaran pada sebuah perpisahan.
“Rindunya Mama, Minta Semua Doakan Memen”
Kenangan bersama arwah Memen.
Pada tanggal 1 Disember 2020 genaplah usia anak syurga Linda 18 tahun.
Namun pada tanggal 5 Julai 2014 merupakan detik yang sukar dilupakan apabila anak keduanya, Rezaimen Keiflin atau panggilan manja Memen telah pergi meninggalkan mamanya kerana kanser Burkitt Lymphoma.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Linda menyatakan kerinduan terhadap anak syurganya itu.
“Al-fatihah memen tarikh lahir 1/12/2002-1/12/2020 !! Meninggalkan dunia pd 5/7/2014 puasa ke-7.
“Mesti Handsome & Tinggi.. Baby Boy Mama”
“Esok hari jadi memen 18 tahun…Eh dah besar baby boy mama rupanya.. mesti handsome dan tinggi kan?
“Ya Allah rindu sangat ma kat memen. Rindu yang tidak ada ubat. Patut la ma emo dua tiga hari ni. Rupanya birthday Memen dah dekat.
“Ma yakin memen dah cukup happy dan tenang kat sana.
“Insyaallah mama mintak semua followers ma doakan memen malam ni ok. Moga ada istana syurga di alam sana untuk Memen .. love you sayang
“Linda minta semua yang likes dan komen di sini boleh sedekahkan surah Al-Fatihah (dibaca) utk arwah Memen” tulis Linda.
Menerusi perkongsian Linda sebelum ini juga, pelakon ini mencurahkan rasa dan menyatakan dia hampir hilang arah kerana kehidupannya berubah selepas pemergian Memen.
“Pada mereka yang mengikuti perkembangan arwah anak linda sejak tahun 2014. Terima kasih masih follow cerita Memen yang sangat sukar dalam diri.
“UntukLlinda kongsi Memen yang mengidap cancer (lymphoma) secara tiba-tiba dalam masa sebulan terus ke Stage 4 memang mengubah hidup Linda sekelip mata.
“Linda hampir hilang arah seketika namun linda masih ingat wajah-wajah famili, kawan dan followers yang hadir pada malam Memen pergi. Itu la kekuatan linda
Sedih & Sebak Sangat
“Hari pertama Memen di dignose stage 4 jatuh pada hari pertama MH370 hilang dari radar. Namun Memen sempat lukis picture kapal terbang di sebelahnyaa. (mama mh370 tak hilang tp Allah ambil ke syurga) tangan Memen juga melambangkan yang Memen juga ke syurga. Allahukabar
“Linda tak boleh nak teruskan tulis sekarang ni. Sedih sebak sangat. Tunggu novel ke-2 ok. Banyak yang linda nak kongsikan #prayformemen #novelmenunggumudipintusyurga #memenahlisyurga” kongsinya yang terlalu terkesan di hati pemergian anak lelaki kesayangan.