Pelakon Balkisyh Semundur Khan seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun Instagramnya menyatakan ramai yang datang kepadanya untuk meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka ketika ini.
Sememangnya Pandemik Covid-19 dan PKP memberi impak kepada semua masyarakat. Ramai yang terjejas terutamanya mereka yang kehilangan sumber pendapatan.
Balkisyh Bersyukur Ada Antara Mereka Yang Telah Dibantu
Balkisyh menerangkan dirinya dan pertubuhan badan kerajaan (NGO) tidak mampu untuk membekalkan lampin itu secukupnya kerana terlalu banyak permintaan dari yang memerlukan bantuan.
“Saya dapat maklumat terlalu ramai yang perlukan pampers untuk anak-anak mereka sejak saya upload di IG baru-baru ini. Saya dah berbincang dan berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO. Alhamdulillah ada diantara mereka yang telah dibantu.
“Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan pampers ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yg memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yang dah terputus bekalan makanan dan barangan asas. Jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas dan makanan.
Cadangkan Kembali Ke Zaman Dulu Atau Backtonature Gunakan Kain Lampin
Sumber Foto: Instagram Balkisyh Semundur Khan
“Bagi menjamin keperluan anak-anak, saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan kain lampin atau napkin. Memang zaman sekarang ianya dianggap remeh dan kotor tapi masa kecil saya pun guna napkin ni.
“Saya berasal daripada keluarga yang susah dan adik-beradik saya hingga yang bongsu pun guna napkin ni. Kalau saya ada baby pun, saya sendiri akan buat kaedah ini supaya dapat saving memandangkan saya pun dah hilang pendapatan.
Ads
“Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan saya boleh terus melangsungkan kehidupan yang tak tahu sampai bila boleh bertahan. Pitih dah makin surut bohh..kijee takdokk.
Gunakan Sementara Kaedah Ini
“Pada saya kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih, pendapatan dah stabil nanti boleh guna pampers balik. Kalau tanya pada En. Google pelbagai teknik yang ada diajar dalam tu.
“Orang zaman dulu atau tahun 90-an ke bawah termasok sy nie masa kecik mmg guna kaedah nie dan alhamdulillah kami helok jekk. Semua orang tengah tenat sekarang. Buat masa nie kita kena ubah cara hidup kita yg tak sama dengan khidupan sebelom ini..
“Semoga kaedah #backtonature ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yang telah kehabisan pampers. Saya doakan supaya dipermudahkan urusan kita semua dan pandemik COVID-19 ini cepat berakhir,” kongsinya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Anak dibaham buaya, sanggup berenang mencari walau bahaya menanti. Demi menyelamat anaknya seorang ayah sanggup berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti.
Ramai yang simpati dengan kejadian yang menimpa seorang lelaki. Untuk pengetahuan baru-baru ini seekor buaya besar telah membaham kanak-kanak di Lahad Datu. Bapa keturunan Bajau Laut itu telah alami kecederaan parah di kepala dan badan selepas berusaha menyelamatkan anaknya.
Paling sedih anaknya yang baru berusia 2 tahun itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya.
Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang mencari Walau Bahaya Menanti
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terbaru Ustaz Ebit sempat berkunjung ke kediaman lelaki tersebut.
Ternyata ayah kepada kanak-kanak itu begitu sedih dengan insiden yang berlaku.
Ketika kunjungan, Ustaz Ebit telah menghadiahkan sebuah bot dan enjin kepada lelaki tersebut.
“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya.
Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur 2 tahun. Teringat-ingat.
Berulang abang tu cakap “Anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik”
Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti. Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya.
Sabar ya abang. Berat ujian abang. InsyaAllah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.
Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa.
Hargailah Apa Yang Kita Miliki
Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.
Terima kasih NH Travel Sabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” kongsi Ustaz Ebit Lew.
Ramadan ini hidupkanlah hari-hari dengan bacaan Al-Quran. Sebagaimana tahun sebelumnya, Mengaji Marathon 12 jam tanpa henti anjuran MCPLUS diteruskan lagi tahun ini.
Kali ini lebih istimewa lagi, kerana tetamu jemputannya adalah pelakon terkenal, Saharul Ridzwan yang baru saja pulang dari menunaikan umrah bersama isteri tercinta.
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir juga akan turut serta sebagai tetamu jemputan dalam program berkenaan.
Mengaji Marathon yang bersiaran langsung selama 12 jam ini, dijayakan pada Selasa, 19 April 2022 ini, bersamaan bersempena sambutan Nuzul al-Quran.
Kali ini, program yang mendapat sambutan ramai dari tahun lalu turut disokong oleh Deep Faith.
Apa Itu Program Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti
Menurut MCPLUS, program sebegini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum bermula atau tertinggal bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan.
Inilah masanya untuk mereka mengejar kembali dengan ‘memancing’ 1 hari 1 juzuk. Seterusnya, membolehkan mereka berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan.
“Mengikut pengalaman, peserta program ini akan mampu membaca sebanyak 10 hingga 12 juzuk selama 12 jam.” Ujar jurucakap MCPLUS lagi.
Menariknya program ini, setiap bacaan al-Quran akan dibaca oleh pelbagai ustaz bertauliah. Dan kali ini, tetamu jemputan Saharul Ridzwan dan Anas Tahir juga akan bersama-sama membaca al-Quran.
Program ini merupakan anjuran kali kedua. Sebelumnya, iaitu pada tahun 2021, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya menerusi saluran YouTube MCPLUS.
Di mana, mengaji marathon berlangsung dari jam 6 pagi dan berakhir sehingga 6 petang.
Sambutan Luar Biasa Daripada Pelajar
Untuk pengetahuan, MCPLUS merupakan institusi pendidikan dalam talian yang cukup terkenal yang memberi bimbingan kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Tenaga pengajarnya amat menitikberatkan perkembangan pelajar di luar silibus.
Idea awal tercetusnya program sebegini bila mana MCPLUS mengadakan bacaan al-Quran sebanyak satu juzuk setiap hari.
Ternyata, sambutan yang luar biasa diterima daripada para pelajar pusat tusyen online terbesar di Malaysia ini.
Idea itu kemudiannya dikembangkan menjadi Mengaji Marathon dan terbuka kepada umum. Konsep sebegini juga membolehkan MCPLUS membantu lebih ramai peserta untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan.
Tentunya ini satu program yang sangat bagus untuk anak-anak remaja mahupun mak ayah bersama di dalam satu majlis ilmu. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini yang cuma berlangsung di bulan Ramadan ini.
Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan event ini, boleh layari dan follow Instagram MCPLUS.
Khas buat peminat telur masin, jika selalu hanya beli telur masin, kali ni cuba buat sendiri secara homemade, tapi guna telur ayam pula.Dengan bajet kurang daripada RM10 boleh dapat 30 biji! Sangatlah menjimatkan dan berbaloi-baloi.
Berikut perkongsian resipi telur masin ini oleh Are Peace sebagai panduan;
“Setelah 2 minggu rendam dengan air garam.Guna telur ayam je.Zaman sekarang ni semua kena jimat.Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg RM0.80.Total rm10+ je, dapat 30 biji telur masin.”
Bahan-Bahan:
30 biji Telur Ayam
1kg garam kasar
Air secukupnya (agak-agak telur tu tenggelam)
Cara Membuat:
1.Masukan garam kasar dan air dalam periuk.
2.Masak atas api sehingga garam larut.
3.Sejukan dulu baru masukkan telur.
4.Rendam ditempat yang gelap selama 14 hari.
5.Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa.Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan baru rebus.
Tip Ekstra!
Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren, masa peram pastikan simpan ditempat yang gelap.Lagi gelap lagi bagus.Saya simpan dalam kabinet dapur.