Bukan mudah bagi seorang wanita untuk rela dan reda berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Apatah lagi dengan bekas kekasih suami suatu ketika dahulu. Namun,
bagaikan dalam drama sinetron di kaca tv, reda dalam keterpaksaan apabila satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia, lapor Suara.com, semalam.
Video yang dimuat naik oleh instagram PalembangTerkini itu memaparkan seorang wanita berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital.
Suami Kahwin Bekas Kekasih
Menurut keterangan video, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sakit tenat dan memerlukan penjaga.
“Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah.
“Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu.
Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.
Ada diantaranya beranggapan isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia menangis.
“Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen seorang pengguna media sosial.
Mingguan Wanita : Pengorbanan terbesar buat wanita ini, apabila reda berkongsi suami dan izinkan suami berkahwin dua dengan bekas kekasih yang sedang sakit tenat. Semoga dipermudahkan segala urusan buat wanita ini.
Kemelut hutang jika tak diurus dengan baik bukan saja merosakkan diri, malah orang terdekat pun akan merasainya. Gangguan emosi akibat hutang cukup menekan. Bila sudah tidak tahu ke mana lagi mahu mengadu, berbaliklah kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Perkongsian daripada status facebook Jaq Osman (Abang Jaq), usahawan AT Cupcakes & Bakeri simple saja tapi maksudnya sampai. Benarlah berhutang itu perkara biasa, yang luar biasa adalah lari daripada hutang.
Fasa Hutang Abang Jaq
Sepanjang lebih 10 tahun berniaga, Abang jaq dah melalui 3 fasa berhutang.
1. Hutang Dengan Keluarga
Masa mula – mula nak meniaga dulu, nak beli tray dan bahan mentah, abang jaq pinjam dengan ayah.
2. Hutang Dengan Kawan-kawan
Bila bisnes dah berjalan baik, Mai sesak-sesak, Abang jaq pinjam dengan kawan.
3. Hutang Dengan Supplier
Bila bisnes sudah ada nama sikit, supplier dah percaya dengan kita, order apa pun dia hantaq dulu. Cukup bulan dia hantaq bil. Ni pun dikira hutang juga. Sikit-sikit boleh la bayaq cash. Sekali dia mai berpuluh-puluh ribu Abang Jaq 2, 3 kali juga la nak bayaq tuh. Hutang juga.
Pesan Abang Jaq Lagi
Dalam perniagaan, hutang adalah perkara biasa. Yang luar biasa, hutang tak mau bayaq.
Kadang-kadang kawan bagi pinjam bukan kerana dia banyak duit. Dia bagi atas dasar simpati dan janji yang dicapati hampa tuh. Dia pun ada hari semput juga.
Jangan lari daripada hutang kerana hutang, boleh buat kita terkandas masuk ke syurga.
Abang Jaq Amalkan 2 Doa Inilah…
Doa masuk rumah, keluar rumah ni Abang Jaq dah amal lama.
Tips ni abang Jaq dapat masa Ustaz Ebit Lew baru-baru nak popular dulu. Ustaz cakap ini antara amalan yang boleh bantu menyelesaikan hutang.
Jadi pun tak pa, tak jadi pun takpa. Benda baik masuk rumah keluar rumah amal ja la. Cuba hampa cuba amal yang ni kot – kot boleh bayaq hutang abang Jaq.
Dibenarkan pulang, Maria terharu ramai mendoakannya pulih, bacaan Yasin, doa secara online. Begitulah terharunya pengacara Maria Tunku Sabri apabila orang ramai mendoakan dirinya pulih dari wabak jahat Covid-19.
Malah Maria yang dibenarkan pulang dari Pusat Kurantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) baru-baru ini juga sangat bersyukur apabila mendapat kebenaran untuk berehat di rumah.
Maria yang dijangkiti varian Delta itu berkata kesihatannya semakin baik walaupun masih ada kuman di dalam paru-paru.
Dibenarkan Pulang, Maria Terharu Ramai Mendoakannya Pulih, Bacaan Yasin, Doa Secara Online
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Maria mendapat kebenaran untuk pulang ke rumah daripada doktor yang bertugas selepas membuat rayuan dan meyakinkan keadaan kesihatannya semakin baik.
“Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, sahabat taulan dan pengikut saya yang tidak henti-henti mendoakan dari jauh sehingga saya pulih hari ini.
“Tidak kurang juga yang buat bacaan Yasin dan doa secara online. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa anda semua.
“Bila kita sakit, kita terharu dan hargai mesej daripada keluarga dan sahabat. Itu yang buatkan saya cepat sembuh. Saya lawan sebab saya tahu ramai yang sayang saya,” luahnya.
Walaupun dirinya mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta namun Maria mendedahkan, ketika berada di MAEPS ramai kenalan dan keluarga termasuk suami mencadangkan dia berpindah ke hospital swasta untuk meneruskan rawatan.
Namun personaliti tv yang pernah menjadi hos rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ini memilih terus berada di MAEPS untuk menimba pengalaman dan melihat sendiri keadaan di sana.
“Ramai juga yang mesej dan bertanya kenapa saya saya tidak masuk hospital swasta sahaja. Saya katakan pada mereka, ada sebab kenapa saya masuk Maeps.
“Selepas dijangkiti Covid-19, saya terus muhasabah diri. Saya yakin ada sebab kenapa Allah bagi saya ujian itu.
“Jadi saya memilih untuk terus berada di Maeps walaupun saya sebenarnya boleh saja berpindah ke hospital swasta. Selama sembilan hari di sana, banyak pengalaman yang cukup memberi pengajaran pada saya.
“Bukal Fasal Duit Atau Keselesaan”
“Ini semua bukan fasal duit atau keselesaan, tetapi saya ada sebab tersendiri,” jelasnya.
“Suara saya masih lagi serak kerana batuk masih lagi ada. Tapi alhamdulillah hari ini ok sedikit dan dada pun dah tak ada rasa mencucuk.
“Jadi saya rasa lega sikit berbanding sebelum ini di mana saya sering batuk-batuk apabila mula bercakap.
“Terima kasih kepada anda semua yang menghantar ubat, herba dan makanan kepada saya. Hanya Allah saja yang mampu membalas dan memberi pahala kepada anda,” luahnya.
Semoga Terus Kuat!
Menerusi komen di status Maria juga, rakan selebriti dan peminat mendoakan kesejahteraan kesihatan buat dirinya. Malah mereka juga memberikan kata-kata semangat agar Maria terus kuat melawan virus Covid-19.
Catrionabrianross – One of the most humble lady ive ever known. I miss u kakak! And Alhamdulilah, ur back. You’re inspiring.
farahdhiya_fd – Alhamdulillah ❤️
sheilarazlan – Alhamdulillah.. syukur.. rest well kak.. 😍
zoeyrahman – Alhamdulillah 🤲🏼❤️
elisyasandhaofficial – Alhamdulillah ❤️
sharifahzarina_official – Alhamdulillah
adelinetsen – Syukur 🙌❤️
aididmarcello – Alhamdulillah akak ku sudah pulang… amin Ya Rabb 🙏🙏 sesungguhnya pengalaman yang x boleh dijual beli. Mmg deep Allah nak bagi kita rasa kan kak? Staysafe ya
cikyatt – Yes. You. Can Twinny.. you can fight this! I believe in you ♥️ You’re a strong woman 💪
Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.
Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.
Kongsinya, “Tak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.”
“Jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.”
“Alhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.” Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Hikmah PKP Untuk Anak-anak – Nora Ariffin
Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.
“Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.”
Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.