Solat adalah ibadah yang menduduki tempat tertinggi. Namun, ramai yang tidak menyedari adakah kita solat itu sah atau tak sah. Mungkin ada daripada kita melakukan kesalahan ‘basic’ ketika solat tanpa kita sedari.
Solat juga sepatutnya meninggalkan impak positif dalam mendidik kita sentiasa fokus terhadap tugasan harian. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2).
Tanpa kita sedar juga, solat yang kita lakukan itu mungkin tak sah atas sebab-sebab tertentu. Inilah yang diterangkan oleh Muharrik Daie dalam perkongsiannya. Ingatan buat pasangan dan lelaki di luar sana untuk jaga aurat semasa solat.
Sebenarnya banyak kali dah berlaku di depan mata aku terutamanya di hari jumaat. Banyak sangat aku jumpa kes begini. Lebih lebih lagi zaman sekarang ni fesyen seluar ketat dan baju ketat dan pendek. Akan berlakulah perkara ini dan tak boleh dielakkan.
Kalau sempat aku tegur, aku akan tegur dan perbetulkan. Walau ada masa masanya aku kena sergah dan kena marah juga.
“Sibuk jer, macam pandai sangat. Mana dalilnya tak boleh pakai seluar solat begini. Kau asyik nak perhati salah orang jer. Tak der kerja lain ke?”
Ada masa aku dihargai. “Terima kasih bang, saya memang tak tahu. Ingatkan okey. Kalau Abang tak bagi tahu naya saya.”
Ads
Tapi aku tetap akan terus tegur kerana aku rasa itu tanggungjawab aku yang tahu dan ada ilmu sikit sebanyak ini. Kalau tak tegur, aku pulak yang jatuh berdosa kerana membiarkan. Mahu tak mahu kalau aku nampak dan jika tidak mengaibkan, aku akan tegur.
Tegur Untuk Kebaikan
Isya’ tadi aku ditemukan balik dengan perkara yang sama. Seorang grab rider. Usai adik grab tu solat dan berdoa, aku hampiri dia. Aku bagi salam. Dia jawab salam aku.
“Dik abang nak tegur sikit. Maaf ya.” Kata aku.
Aku lihat wajah dia blur. Yerlah tiba tiba saja aku nak tegur dia. Tentulah dia gabra. Tapi dia mengangguk.
“Macam ni dik, tadi waktu adik solat, baju adik pakai ni ternaik ke atas, jadi seluar adik yang ketat tadi tertarik ke bawah, nampak aurat alur punggung tu. Tak sah solat gitu dik. Kena solat balik.”
Aku lihat muka dia berubah. Aku hanya tunggu masa saja nak kena sembur. Sama ada kena sembur atau sebalikhya. Akhirnya …
Ads
“Ye ke bang. Aduh. Saya tak perasan tadi.” Ujarnya pada aku sambil senyum di buat buat.
Aku tahu, dia bukan saja tak perasan tapi tak ada ilmu. Tak tahu apa itu aurat dan batas aurat dalam solat. Tapi aku cover line supaya dia tak terasa malu dan tak terasa aib sangat pada aku atas kejahilan nya.
“Memang tak nampak dik. Abang pun dulu masa tak belajar pasal aurat kadang kadang orang belakang tegur abang. Terpaksalah abang ulang solat balik. Biasalah tu pakai seluar ketat dan baju senting ni kena hati hati waktu solat. Boleh nampak aurat.” Ujar aku.
Aku lihat dia serba salah. Tak tahu nak teruskan kata kata. Dia jemn.
“Nah ambik kain ni, solat balik. Nanti lepas pakai adik letak tepi tiang tu ya. Abang nak pergi toilet kejab.” Ujarku sambil hulurkan kain pelikat yang memang sengaja aku bawa lebih kemana kemana dalam beg sandang aku supaya mudah nak solat bila seluar bernajis.
Aku pura pura nak ke toilet supaya dia tenang dan khusyuk untuk solat kali kedua. Kalau aku ada ditepi sudah pasti kacau jiwanya.
Dari jauh aku lihat dia sarung kain pelikat aku dan solat. Selepas solat dia letakkan kembali kain aku seperti yang aku suruh.
Ads
Jangan Solat Sia-Sia
Memang sekarang ni kita lihat ramai budak budak muda dan remaja solat. Seronok kita tengok mereka dan bangga tapi masalahnya mereka sekadar solat ikut ikut saja dan tiada kesedaran untuk belajar fardhu ain terutama bab istinja’, wuduk mahu pun bab aurat ni. Jadilah solat mereka sia sia.
Bukan itu saja. Pakaian mereka pun ngeri kita tengok. Dahlah jeans dipakai seketat ketatnya. Ditambah cawat yang pendek. T Shirt dan baju pun ketat dan senting. Memang tak sahlah dibawa solat.
Nak berfashion tu tak mengapa tapi sedialah kain pelikat untuk solat supaya solat kita diterima Allah. Itu belum lagi bab istinja’ mencuci najis. Entahlah. Aku hanya mampu berdoa saja agar generasi ini berusaha untuk menuntut ilmu. Kerana beramal tanpa ilmu itu tertolak.
Sebab itu mak ayah, sejak kecik jangan hanya hantar anak belajar al Quran saja. Dan bangga anak boleh baca al Quran. Al Quran tu tak wajib belajar. Yang wajib belajar adalah ilmu fardhu ain. Ilmu Tauhid. Feqah dan tasauf.
Sepatutnya ilmu fardhu ain didahulukan sebelum anak anak itu mencapai usia baligh. Tapi itulah. Silap silap mak ayah dah tua pun tak khatam ilmu fardu ain lagi. Lagi lah parah!
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah hal-hal begini. Panduan untuk kita dan keluarga kita. Moga solatt kita diterima.
Doa ibu cukup mustajab. Bukan saja doa tapi kata-katanya orang tua cakap ‘mulut masin’. Sebab itu, mak-mak kena cakap yang elok untuk anak-anak. Kata-kata itulah juga satu doa.
Sebenarnya, kuasa seorang ibu itu sangat sangat luar biasa. Apa jua keberkatan seorang anak itu terletak pada doanya. Sebagai anak, kita janganlah sesekali ingkar kerana doanya itulah diangkat dan mustajab.
Pernah kita dengar, apabila meninggalnya seorang ibu atau mak, maka terhentilah doa ibu untuk anak-anaknya. Cuma yang tinggal, anak-anak pula jangan berhenti untuk berdoa pada ibu yang telah meninggal. Sangat sedih.
Jadi, sebagai ibu yang dikurniakan anak, doalah yang baik-baik demi kebahagiaan anak kelak. Jangan kerana anak terlalu nakal, kita sebagai mak pula berkata bukan-bukan. Ingat, itu pun satu doa. Sentiasalah berdoa yang baik-baik untuk kesenangan dan kebahagiaan anak kelak. Jangan pernah berhenti untuk untuk berdoa yang baik pada anak-anak.
Ikuti perkongsian daripada Cikgu Zahran ini tentang apa yang dikatakan dengan doa ibu. Ketahuilah, dengan doa ini ia menjadi jalan tersingkat untuk kebahagiaan anak-anak.
Benar. Doa seorang ibu sangat mustajab. Kami yang tiada ibu kehilangan satu keajaiban.
Aku jadi cikgu pun kerana doa emak walaupun mulanya aku tak berminat. Emak memberitahu dia berdoa di depan Kaabah di bawah pancur emas supaya aku dan kakakku menjadi seorang guru.
Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psiklogi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu. Jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknyan dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
“Aku bersumpah demi Allah. Wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya. Aku bersumpah demi Allah agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
“Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing.”
Begini doanya: (Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)… dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.*
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat In Shaa’ Allah
رضيت بالله رباًّ وبلإ سلام دينا وبمحمد نبيا و رسولاً ربي زدني علما ورزقني فهما رب اشرح لي صدري ويسرلي واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
Subhanallah.
Jangan pernah LETIH untuk berdoa.
MW: Doalah yang baik-baik untuk anak-anak yang kita sayangi.
Tinggalkan kebaikan supaya diingati. Media sosial umpama satu tempat yang wajib kita memerhati, luah dan komen kepada sesiapa saja, baik kita kenali mahupun tak. I umpama ‘medan’ untuk mengetahui apa saja perkembangan.
Malah, media sosial juga tempat kita mengetahui, bertanya khabar kawan-kawan yang tak pernah jumpa. Jangan terkejut, kalau suatu hari nanti, kita meninggal, pasti diwar-warkan dalam media sosial ini.
Baik yang kenal atau tidak, sedikit sebanyak mesti orang perkatakan tentang diri kita. Jadi, perangai macam mana sekali pun kita, tinggalkan kebaikan untuk dikenang orang.
Sejahil dan buruk macam mana pun kita, sekurang-kurangnya tinggalkanlah nama yang baik atau sesuatu yang indah untuk dikenang.
Tak kaya tak apa, tak cantik tak apa. Asalkan kaya budi dan cantik bahasanya.
Tidaklah nanti jika kita dah tiada, asal sebut ja nama. Orang terus ingat,
“Ohhh dia tu ka? Yang selalu suka cari pasai tu kan? Hurmmm… ”
“Ohhh dia tu. Kenai-kenai. Tapi takla kenai mana sangat cuma tau la selalu nampak keluaq nama dia sana-sini. Serba serbi tak kena.”
Dunia hari ni, dunia teknologi. Semua di hujung jari. Selagi mana kita boleh behave jari kita, behave lah.
Tak rugi pun, kalau kita tak ambik tahu atau tak campur tangan hal yang tidak berkaitan dan bukan hal kita.
Betul, aku pernah baca ada yang kata jangan menilai seseorang melalui tulisannya.
Tak boleh katanya, sebab dunia hari ni dunia tipu-tipu. Ramai orang yang pura-pura menulis kebaikan sedang diri sendiri tidak melakukannya. Itu salah katanya.
Jadi tidak adil kita judge seseorang itu buruk semata-mata menilai melalui penulisannya. Sedangkan in real hati mereka ini baik, kata mereka lah. Allahualam. Nak kata pun tak kena.
Orang Akan Menilai
Ada juga terbaca, lisan/tulisan itu selalunya gambaran hati seseorang. Terpulang pada penilaian masing-masing. Apa-apa pun satu perkara yang kita kena ingat.
Ingat sungguh-sungguh,
Kita takkan mampu kawal jari orang. Tapi kita boleh kawal jari kita kan? Itu sebabnya behave dari awal.
Elaklah selagi boleh. Dunia hari ini dunia tanpa batasan. Terlajak perahu boleh undur. Terlajak perbuatan/penulisan, jauh perginya uii. Kadang tu tak tercapai dek akal. Kadang pula melangkaui batasan kemanusiaan.
Masa tu, kemurungan yang teruk bagi yang tak bersedia dan tak kuat nak hadap. Tapi bergumbiralah bagi yang memang mengharapkan nak ‘pergi jauh’ sebegitu. Pesta lah apa lagi, viral kan? Yesss!
Dalam keseronokan berpesta tu, hati-hatilah menaip setiap bait-bait huruf.
Bukan apa, risau kita menjerumuskan aib suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, adik beradik mahupun ahli keluarga yang lain. Lainlah kita ni sebatang kera, ehh sebatang kara ja di dunia ni.
Pesanan untuk diri aku jugak.
Aku pun kadang tak lari dari sifat pelupa dan lalai.
Sama-sama kita beringat.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak tunjuk kita hebat, kita bagus dan terbaik, hakikatnya orang menilai kita. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Hidup sederhana dan biasa-biasa saja.
Ada orang direzekikan menjaga orang tuanya sehingga ke akhir hayat, ada orang pula diuji jauh dan susah nak jenguk kedua ibu bapanya. Apa pun ujian yang tuhan beri, janganlah pernah berhenti buat baik, memberi bakti seorang anak kepada kedua orang tuanya.
Dan ingatlah pesanan yang dikongsikan Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak ini, tentang ganjaran akan kebaikan yang anak peroleh apabila berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Pesan Da’i Hamidah,
“Buatlah baik dengan ibu bapa kerana banyak dah terbukti orang yang baik dengan ibu bapa jalan hidupnya selalu dipermudahkan bahkan doanya dimakbulkan oleh Allah Taala asbab kebaikanya berbakti kepada kedua ibu bapa.
Ajaib bukan ? Itulah betapa berharganya ibu bapa kita. Jagalah, sayangilah mereka jangan sesekali biarkan mereka kecewa dan menitiskan air mata kerana kelakuan kita.
Sebab itulah, walau pun anak jauh dari kedua orang tua, masih ada kemudahan teknologi untuk hubungi mak ayah. Boleh saja buat video call, atau whatsApp voice note atau apa saja caralah asalkan hubungi mereka sekerapnya.”
Tanya perkembangan mak ayah, sihat kah atau sebaliknya. Jika keputusan makanan, boleh buatkan belian barang basah online untuknya. Macam-macam cara mudah boleh dibuat sekarang untuk anak terus berbakti dengan orang tuanya. Kadang perkara simple-simple macam inilah yang buat hati mak ayah bahagia.
Sayu Tengok Mak Makin Tua..
Kata Da’i Hamidah yang berkongsi gambar dengan ibu sebelum PKP,
“Ini mak saya, di saat abah saya pergi buat selama- lamanya ketika habis sahaja program Dai, mak la tempat saya rujuk untuk dapatkan mutiara kata. Sayu plak tengok mak semakin tua, selalu bangun malam untuk doakan saya , baca yassin utk setiap urusan saya. Ya Allah rahmatilah ibu bapa kita semua.”
Begitulah seorang ibu, sama ada anak sedari atau tidak sedari ibu tetap mendoakan anak-anaknya. Bangun malam bermunajat pada Ilahi agar dipelihara anak-anaknya dan dimurahkan rezeki sentiasan. Selagi ibu masih ada, teruslah sayangi mereka.
MW : Jangan nanti bila mak ayah dah tiada, baru hati nak rasa menyesal. Waktu itu kerinduan tak berbalas itulah yang paling sakit sekali.