Menjadi kebiasaan buat mak ayah setiap kali anak lepas mandi, akan disapukan dengan bedak talkum pada muka agar berbedak wangi. Namun demikian, tabiat ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anak rupanya, lebih-lebih jika anak yang masih bayi. Ia boleh mengakibatkan masalah pernafasan.

Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari ini.

Kalau korang jenis yang suka sapukan bedak talkum kat muka anak lepas mandi, tolong hentikan terus tabiat tu lepas baca apa yang saya tulis ni.

Dulu saya pun ada jugak perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu, terus saya stop serta merta.

Akibatkan Masalah Pernafasan

Rupanya doktor pakar kanak-kanak dah bagitau lama dah pasal benda ni. Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi.

Partikel bedak talcum tu kan halus sangat-sangat.

Ads

Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan.

Akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning)!

Menurut American Academy of Paediatric jugak, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil.

Ads

BAHAYA Sapu Bedak Talkum Dekat Muka Anak, Boleh Akibatkan Masalah Pernafasan!

Mintak tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil. Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.

Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu.

Ads

Tolong sebarkan #info ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Saya ni sampai sekarang masih duk rasa bersalah kat anak saya sebab saya pernah terbuat benda yang bahayakan kesihatan dia ni.

Baca Lagi Di Sini: Anak Bawah 2 Tahun BAHAYA Guna Ubatan Ini, Boleh Sebabkan SAWAN

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak ayah, ubah kebiasaan ini, tak perlu sapu bedak talkum dekat muka anak selepas mandi ia boleh merosakkan salur pernafasan dan membahayakan kesihatan anak.Sebaiknya elakkan iya.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI