Bahagialah dengan cara sendiri, jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang. Hiduplah mengikut acuan sendiri tanpa mengukur kehidupan orang lain.
Bahagia orang berbeza. Mungkin pada mak ayah bahagia bila dapat melancong ke luar negara. Tapi mungkin orang lain bahagia jika dapat balik ke kampung luangkan masa bersama orang tua.
Bahagialah Dengan Cara Sendiri
Kongsi Puan Salwa Mohd Salleh, bahagialah dengan cara tersendiri.
Ada orang penat jaga lapan anak, dan ada orang penat jaga seorang anak.
Dua-dua penat sebenarnya.
Ada orang stres kerja ikut office hour. Tetapi ada juga orang stres kerja freelance sebab income tak tetap.
Dua-dua pun stres sebenarnya.
Ada orang ujian pada pasangan. Ada orang ujian pada anak-anak.
Ads
Dua-dua pun diuji sebenarnya.
Ada orang sakit pada fizikalnya . Manakala ada orang sakit pada mentalnya.
Sekali pun sibuk dengan kerjaya, kehadiran anak-anak dan kerja-kerja rumah menjadi alasan utama ramai wanita mengabaikan hubungan intim. Tapi yang ada yang memenuhi keperluan ini bagai melepaskan ‘batuk di tangga’.
Tambah pula hidup zaman IT yang dijamu dengan pelbagai kemudahan teknologi siber sehingga waktu senggang sebelum tidur dipenuhi dengan aktiviti WhatApps atau Facebook. Tanpa disedari kebiasaan ini boleh menghancurkan rutin ‘bermanja’ anda bersama pasangan.
Percaya atau tidak, ini antara kebiasaan yang sering para isteri lakukan:
1. Sibuk dengan gajet
Taksub sangat dengan kemudahan gajet boleh ganggu hubungan manja dengan pasangan. Kalau dah setiap jam sibuk dengan media sosial seperti Facebook, WhatApps, Instagram mahupun You Tube, memanglah pasangan boleh hilang mood.
Ya, mungkin juga anda berdua-dua mempunyai tabiat sama tapi alangkah ruginya. Rugi kesempatan bersama itu tidak digunakan untuk menikmati hubungan intim.
2. Lewat atau banyak makan
Ramai isteri mengatakan stres dan jadual padat menyebabkan mereka makan makan lambat waktu malam. Bukan hanya tidak sihat malah boleh buat anda tidak selesa masuk ke bilik tidur, sedangkan suami sudah menunggu di kamar. Ubah tabiat ini dan tukar persepsi dengan menjadikan ‘hubungan manja’ sebagai hidangan akhir anda nikmati sebelum tidur. Jangan terlalu banyak makan dan makan lebih awal agar anda ada lebih tenaga untuk melayani pasangan.
3. Baju tidur ikut selesa
Jangan tutup selera suami anda dengan pakaian besar. Pakaian tidur sangat mempengaruhi keinginan anda dan pasangan. Baju tidur yang seksi boleh bangkitkan sensual yang lebih hangat sehingga sang suami tak sabar menunggu anda memberikan reaksi.
4. Tak hargai tubuh sendiri
Selalu mengeluh depan cermin? Jangan, buangkan prasangka negatif dan banggalah dengan susuk tubuh. Semua ini bukan penentu kepuasan tapi bergantung kepada keyakinan dan kreativiti anda berkomunikasi dan layanan sepanjang aktiviti seksual bersama pasangan.’bermanja’.
5. Masa ‘bersama’ selalu berubah
Cuba tetapkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk anda dan pasangan menikmati hubungan ‘manja’ dan keintiman sebagai pasangan suami isteri. Curi masa atau tetapkan rutin seks sebagai salah satu kerja yang perlu anda lakukan seperti mana pekerjaan lain. Manusia perlukan perhatian, kerelaan, dan keikhlasan kerana hanya anda dan pasangan sahaja dapat tafsirkan kenikmatan batin pasangan yang bergelar suami isteri.
Mudahkan nak bahagia? Bukan pada harta saja, tapi kalau lima perkara ini terjaga anda dan pasangan pasti lebih harmoni sekali gus boleh tepis tekanan hidup setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam kita juga anak-anak pun ada mood. Ada masa happy tapi ada ketikanya buat perangai. Kalau setakat merajuk tak pa lah tapi ni bila sampai anak-anak mengamuk menjerit dan membaling barang. Memang menguji kesabaran mak. Nak-nak time tu mak dah lambat ke pejabat. Adoi! Memang meroyan dibuatnya.
Aku pun pernah juga alami perangai anak yang tiba-tiba bad mood. Van sekolah dah 15 minit menunggu, anak aku masih melalak tak nak ke sekolah. Habis semua barang dibalingnya. Ya Allah, malu betul dengan jiran dan pemandu van. Sakit hati tuhan je yang tahu tapi aku sabar je. Pujuk punya pujuk tak jalan juga, aku pun terus jadi komander. Bila anak aku tengok muka aku dah macam singa, tahu pula dia kecut perut. Memang aku tegas dan tak bagi can untuk dia ponteng sekolah.
Lepas itu, aku call cikgu elok je mood anak di sekolah. Tak ada pula meragam. Situasi macam ini memang tegang dan boleh buat mak hilang pertimbangan. Nasihat aku, jangan naik tangan. Anak tak faham pun, dia dapat sakit sahaja. Jangan biasakan memukul mereka kerana ia sikap yang tidak baik.
Kita mesti tegas, kena kental tapi bukan dengan kekerasan. Jangan bagi anak pijak kepala, memang dia melalak naik van tapi kita kuatkan hati. Kalau sekali kita bagi muka, percayalah lepas tu mesti anak akan buat taktik yang sama.
Sebenarnya anak depan kita je beriya mengamuk bila dengan orang dia pun tahu malu. Sebab itu anak di rumah pengasuh, sekolah atau nurseri boleh disiplin sebab dia tahu kena jaga diri mak dia tak ada. Tapi di rumah mengada semacam sebab mak ada.
Tapi memang tak best kalau anak meragam dan kita asyik marah. Kita pun akan stres bila kerap berdepan dengan situasi begini. Aku pun akui ada juga terlepas pandang, sebagai mak kita kena siasat punca anak mengamuk. Anak tak cukup tidur, letih atau tak siap homework antara punca anak mengamuk. Bila dah tahu punca, kita atasinya. Insya-Allah mood anak akan okay.
TIP ELAK ANAK MENGAMUK
1. Pastikan anak cukup rehat dan cukup tidur. Jangan bagi anak tidur lewat. Bila anak cukup tidur, dia bangun pagi dengan minda dan tubuh yang segar.
2. Bagi anak sarapan walaupun segelas susu. Anak yang ke sekolah dalam keadaan lapar, produktivitinya akan menurun.
3. Buat persiapan barang-barang anak awal supaya tidak kelam kabut. Mood anak akan berubah jika kelengkapan mereka tidak mencukupi misalnya tie hilang. Memang hal kecil tapi boleh buat anak mengamuk.
4. Pastikan anak siap homework. Kalau ada homework tak siap anak akan meragam sebab dia takut nak mengadap cikgu.
5. Ketika anak tidur malam, baca La Latif dan cium ubun-ubunnya. Bisikkan pada anak supaya bangun pagi dengan mood yang ceria dan jadi anak yang soleh. Mesej ini akan masuk dalam minda luar sedar anak.
6. Jangan bagi anak pijak kepala, sebagai mak kita kena tegas tapi bukan dengan kekerasan. Biar anak tahu kita ada pendirian dan dia akan hormati kita.
Penulis: Intan Rohaizat Zakariya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya punya tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Anak Lelaki, Anak Perempuan
Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun wanita itu sudah berkahwin. Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Lepas Kahwin Sama-sama Kena Jaga Ibu Bapa
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Ia menunjukkan keadilan Islam termasuk kepada ibu bapa yang tidak mempunyai anak lelaki. Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana ia tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
Suami yang menghalang isteri menjaga ibu bapanya apatah lagi dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, ia bermakna golongan itu memerintahkan pasangannya berbuat maksiat.
Maksud berbuat maksiat di sini adalah perbuatan suami memutuskan hubungan ibu bapa dan anak yang hukumnya jelas haram. Malah suami itu sendiri sudah pun berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik kepada kedua-dua mentuanya.
DOSA BESAR DERHAKA TERHADAP KEDUA ORANG TUA
Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Oleh itu masyarakat supaya tidak sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing. Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar.
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa yang lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka
Sumber kredit: Hijabista via Berita Harian Online (Rencana)
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...