Alangkah bahagianya hati anak-anak apabila mak ayah melengkapi segala keperluan mereka. Lagi-lagi nak masuk musim persekolahan yang baru tahun 2021 ini. Benar, ramai mak ayah terkesan dengan musibah Covid-19 ini.
Tapi mak ayah jangan susah hati. Sebab, ada caranya macam mana mak ayah boleh lengkapkan keperluan anak-anak dalam masa yang sama amalkan langkah penjimatan bijak.
Sepanjang Disember hingga Januari ini akan ada sesuatu yang hebat berlangsung di TESCO. Kempen ’Kembali ke Sekolah’ ini akan dilancarkan dari 7 Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021.
Untuk mak ayah menikmati belian barangan keperluan sekolah anak dengan harga yang berpatutan di TESCO ini, bolehlah rujuk tip yang dikongsikan di bawah.
Cara Lengkapkan Keperluan Anak, Dengan Bajet Minima
Pertama : Belanja Keperluan Barangan Sekolah Anak-anak
Memahami situasi kewangan isi rumah di negara ini, TESCO membawakan kempen ’Kembali ke Sekolah’ yang mana mak ayah boleh memenuhi keperluan anak-anaknya, berbelanja dengan selamat serta dengan harga berpatutan di TESCO.
Masa inilah nak belikan anak-anak baju sekolah atau kasut sekolah ikut saiz badan anak terkini. Tidaklah nanti, bila tiba hari persekolahan dibuka anak-anak terpaksa memakai baju yang sendat dan pakaian yang sempit.
Di pasaraya TESCO sendiri ada potongan harga hingga 30% untuk baju sekolah anak-anak. Itu belum lagi harga kasut sekolah sepasang yang jatuh pada harga RM8.90.
Begitu juga dengan keperluan stokin yang dijual dengan harga RM8 saja untuk satu set.
Ads
Kedua : Sama-sama Dengan Anak Beli Barang Sekolah Online
Berbelanja online pun boleh jadi seronok untuk anak-anak. Mak ayah boleh buka : https://bit.ly/3nnkgdS dan pilih keperluan anak-anak bersama-sama mereka.
Sekarang inikan segalanya di hujung jari. Kerja sekolah pun buat secara online. Kalau mak ayah nak tahu, harga set 12 batang pensil 2B cuma RM4. Berpatutan kan harganya untuk mak-mak lengkapkan keperluan sekolah anak-anak ini.
Bila dah lama duduk rumah, alatan mewarna anak-anak pun ada yang ditinggal merata. Hadiahkanlah yang baru untuk mereka. Cuma RM7.90 anak dapat kembali mewarna dengan set Luna mengandungi 24 batang pensil warna.
Jangan lupakan keperluan anak-anak kecil yang baru seronok nak belajar tu ya mak ayah. Hadiahkan mereka meja jepun comel ini. Ada macam-macam corak, tentu seronok belajar di rumah sambil tengok lukisan cantik depan mata.
Ketiga : Tak Semestinya Mewah, Asalkan Penuhi Apa Yang Anak Seronok Perolehi
Dalam keadaan semasa ini, mak ayah akan lebih berjaga-jaga bab aliran keluar masuk kewangan keluarga. Sebab itu mak ayah akan mencari mana yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tak semestinya kena membeli barang keperluan anak-anak yang mewah.
Ads
Setiap anak-anak akan ada keinginan mereka. Tanyakan lah apa yang anak-anak suka. Jika masih memenuhi bajet mak ayah, tak salah untuk mak ayah penuhi apa anak suka. Tentu mereka seronok bila memilikinya nanti.
Istimewanya 4 dalam 1 set backpack Frozen II, Spiderman, My Little Poney dan Boboiboy, mak ayah boleh hadiahkan baik untuk anak lelaki mahupun anak perempuan. Menariknya, dalam set itu lengkap dengan botol air, set alatan menulis dan beg yang cantik rekaannya.
Selain itu, anda juga boleh layari laman web Tesco untuk katalog Tesco Kembali Ke Sekolah di sini : https://bit.ly/TescoBTS2020
Tahun hadapan, anak tak boleh dah berkongsi botol air mahupun bekas makanan. Mak ayah boleh minta anak-anak pilih mana yang berkenan di hati. Beli dua barang ini; botol air dan bekas makanan, harganya pun tak sampai RM10. Jimatkan!
Ads
Keempat : Suami Dan Isteri Sama-sama Menyumbang Untuk Keperluan Anak-anak
Bahagia bila suami isteri dapat berkongsi membeli keperluan anak-anak bersama. Sebelum sekolah bermula, mak ayah boleh buat tabungan bersama. Bila sampai masa, boleh saja bawa anak berbelanja ke tempat yang menawarkan harga berpatutan.
Memahami keperluan mak ayah ini pun, TESCO menyediakan barangan keperluan isi rumah dengan harga mampu milik.
Perlu mak ayah ketahui, untuk mendapatkan harga istimewa TESCO bagi barangan di bawah kempen ’Kembali ke Sekolah’ ini, promosi hanya bermula dari 7 Disember 2020 hingga 6 Januari 2021.
Jadi mak ayah, cepat-cepatlah dapatkan semua kelengkapan sekolah sebelum tawaran kempen berakhir atau tamat.
Oh ya! Mak ayah yang berbelanja di TESCO juga berpeluang mengumpul hadiah istimewa. Setiap belian RM50 dan ke atas, mak ayah berpeluang mendapat satu Rolly Eggy secara percuma.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia apabila ia turut diraikan oleh insan tersayang, saudara mara mahupun rakan-rakan.Namun demikian atas rasa sedih dan berkecil hati, seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas kecewa kerana hanya seorang daripada 70 rakan sekerja menghadiri majlis perkahwinannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Rasa ‘Dimalukan’ Rakan Sekerja
Menurut laman berita ETtoday, wanita yang identitinya tidak dinyatakan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana dimalukan oleh rakan-rakan sekerja pada hari bahagianya.
Wanita berkenaan dikatakan bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun dan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan sekerjanya.
Hadir Majlis Kahwin Rakan Sekerja
Dia juga pernah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerjanya, justeru, apabila tiba gilirannya untuk berkahwin, dia yakin mereka akan turut serta.Selain itu, dia menjemput kesemua mereka kerana bimbang ada yang akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput.
Tidak dinyatakan sama ada tetamu perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum majlis berlangsung atau sebaliknya.
Pada hari perkahwinan tersebut, wanita berkenaan telah mengkhususkan enam meja khas buat semua rakan sekerjanya namun malangnya, hanya seorang yang hadir.
Rakan yang hadir itu merupakan seorang pekerja junior yang berada di bawah seliaannya, yang mungkin berasa bertanggungjawab untuk hadir ke acara itu.
Berdasarkan hantaran di laman sosial Weibo, wanita tersebut berkata, dia berasa dimalukan di hadapan tetamu lain terutamanya keluarga sebelah suaminya.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana enggan terus bekerja dengan orang yang telah memalukannya pada hari perkahwinan sendiri.
Mingguan Wanita:Kasihannya. Faham sangat perasaan sedih dan kecewa tu. Hari bahagia sepatutnya diraikan dengan kawan-kawan, dah dijemput namun tak datang. Sangat rasa tak dihargai. Bertabahlah ada kawan-kawan sebegini. Seeloknya cari persekitaran kerja yang lebih positif dan menghargai kawan.
Akhirnya terjawab sudah rakaman video penyanyi Nubhan Ahamad berkasar, tunjal kepala isteri di tempat umum, adalah sempena ‘surprise’ ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Walaupun Nubhan tersalah mengingati tarikh ulang tahun perkahwinan mereka, namun prank itu benar-benar membuatkan isterinya dalam kejutan yang teramat. Sehingga, menangislah dibuatnya.
Tapi, kesabaran isteri begitu tinggi. Hinggakan, Nubhan sendiri akui, yang dia terpaksa berkasar sedikit dengan menunjal kepala isterinya kerana mahu buat isterinya marah. Sayangnya, isteri tetap tidak marah.
Biarpun terpaksa berkasar begitu dengan isteri, Nubhan akui perasaan bersalahnya pada isteri tak habis lagi sampai ke sudah.
Ini Jawapan Nubhan Tunjal Kepala Isteri
Kongsi Nubhan,
Kisah sebenar “LELAKI DAYUS”
“Sorry sayang @drfietawfek sebab I tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah…tapi u tak marah-marah. I dah jam… sebab tu terpaksa berkasar sikit….sampai sekarang i rasa bersalah ni.
As u wish! U nak sangat hadiah ni… hope you happy! Sorry jugak sebab tersalah date anniversary. Mungkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni tak dapat dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan July.
Good luck for ur business @lantarabeauty i will support you love.
Full video di youtube channel saya “NUBHAN AHAMAD” Jangan lupa subscribe ok!
Nubhan Hadiahkan Isteri Kereta Idaman
Dalam channel YouTubenya itu, Nubhan jelaskan apa yang bakal dilakukan (berkasar) ke atas isterinya adalah dusta semata-mata.
“Kejap lagi kita nak prank. Saya dah sebak ni, saya minta maaf sayang kalau saya berkasar.” Kata Nubhan yang tak sanggup sebenarnya nak buat semua itu.
Tambahnya, dia sendiri lebih rasa takut untuk melakukan tugasan itu memandangkan dia sendiri tak reti nak gaduh. Dalam pada, Nubhan memujuk isteri yang masih dalam kejutan itu, sekali lagi Nubhan buat kejutan dengan menghadiahkan isteri kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Velfire berwarna hitam pada isterinya.
Itulah yang isterinya pernah hajatkan sebelum ini, katanya mahu bawa anak-anak.
Memang bukan calang-calang prank Nubhan suprisekan isteri ini. Apa pun semoga pasangan yang terkenal dengan sweet and loving couple ini kekal bahagia disamping anak-anak tercinta.
Bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini dan isteri mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
MW :Mujurlah cuma lakonan, tapi tetap berderau darah menyaksikannya. Bergurau suami isteri pun salah satu petua bahagia rumah tangga.
Mentor pertama Malaysia. Bukan calang-calang untuk mendapat pengiktirafan untuk membimbing danita dalam bidang angkasa. Banyak saringan dan cabaran sebelum bergelar mentor.
Satu yang cukup membanggakan buat Malaysia apabila beliau diangkat sebagai mentor pertama dalam program Mentor Space4Women Anjuran UNOOSA ini.
Mentor Pertama Malaysia Antara 100 Peserta Terpilih Seluruh Dunia
Dr. Norilmi Amilia Ismail, 41 tahun adalah pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau terpilih sebagai satu-satunya mentor Malaysia dalam program Space4Women.
Projek Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal-Ehwal Angkasa (United Nations Office for Outer Space Affairs – UNOOSA) itu ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan kerjaya angkasa dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kalangan wanita seluruh dunia.
Projek itu berusaha memastikan penglibatan dan penyertaan yang saksama dalam bidang penerokaan angkasa, sains dan teknologi dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Keempat – Pendidikan Berkualiti dan SDG Kelima – Kesaksamaan Gender.
.
Menurut Dr. Norilmi Amilia, beliau yang terpilih bersama kira-kira 100 peserta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan membimbing wanita muda (mentee) yang berminat dalam STEM untuk terus maju dalam bidang angkasa.
“Alhamdulillah, saya teruja untuk meluaskan jaringan dalam bidang angkasa setelah berusaha untuk meletakkan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun ini.
“Menjadi mentor ini adalah satu pengiktirafan kepada saya kerana untuk menjadi mentor perlu ada pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam bidang ini sekaligus membuktikan usaha saya berhasil,” katanya.
Pernah Ditaja Oleh UNOOSA
Menurut Dr Norilmi Amalia lagi, beliau sudah lama terlibat dalam ‘space education’ ini. Malah beliau ambil kesempatan untuk memohon sebagai mentor bila pihak UNOOSA menjemput mana-mana yang ‘expert’ dalam bidang angkasa.
“Alhamdulillah selepas disaring, akhirnya dipilih oleh pihak UNOOSA. Lagipun, sebelum ini saya pernah ditaja oleh UNOOSA untuk hadiri persidangan women4space di Korea pada bulan Ogos lalu,” katanya lagi.
Baru-baru ini, Dr. Norilmi Amilia turut terlibat membimbing 11 anak pelajar Kejuruteraan USM yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia dipilih untuk melancarkan roket dalam pertandingan Spaceport America Cup 2022 pada 21-25 Jun yang merupakan persidangan dan pertandingan pelancaran roket berkuasa tinggi antara universiti yang terbesar di dunia.
Latarbelakang Dr. Norilmi Amalia
Beliau berasal dari Kuala Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik. Ibunya seorang guru berpencen dan bapanya adalah bekas juruteknik.
Dr. Norilmi Amalia telah mendapat Ijazah Pertama dalam Kejuruteraan Aeroangkasa di USM. Selepas itu, beliau menyambung pengajian Master dalam bidang Space Mission Analysis anf Design di University of Glasgow, UK dan ijazah kedoktoran (PhD) di universiti yang sama.
Beliau mula mengajar di USM pada tahun 2012. Pada masa sama, beliau dan rakan-rakan turut menubuhkan NGO berkaitan dengan angkasa iaitu Malaysia Space Initiative (MiSi), lima tahun yang lalu, malah turut memgang jawatan Presiden pertama untuk NGO tersebut.
Pada November 202, beliau menubuhkan syarikat di bawah nama Spaceln yang merupakan spinoff company USM. Ia bermula dengan produk satelit untuk pembelajaran dan kini sedang membangunkan satelit loT bersaiz piko uang akan dilancarkan ke angkasa pada May 2023.
Lebih membanggakan, beliau turut memenangi zgeran Superb Teraju pada awal tahun lalu bagi projek loT atelit ini dan baru-baru ii memenangi MDEC IdeaKita.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr Norilmi Amilia, terus sukses dan berjaya harumkan nama negara dan membantu anak didik dalam dunia angkasa.