Dapur selesa, itulah impian dan bahagia seorang isteri. Tak kisahlah masak simple pun, asalkan suasana dapur itu cantik dan berseri.
Boleh dikatakan hampir seharian, isteri akan fokus pada bahagian dapur. Masa untuk menyediakan makanan, membuat kerja dapur seperti membasuh, membersih, mandi dan sebagainya.
Malah, boleh dikatakan, perkara pertama yang isteri pandang bukanlah meas permata tapi bahagian dapur selesa untuk dia masak buat keluarga tercinta.
Sebab itulah, masak ‘campak-campak’ pun boleh jadi sedap, kalau dapat dapur yang selesa dan cantik. Namun, tak semestinya dapur ‘kayangan’ yang perlu suami buat, cukuplah untuk keselesaan dan bajet yang ada. Itu pun sudah memadai.
Ada beberapa tip yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad tentang dapaur selesa untuk isteri. Inilah bahagia bla dapat dapur yang selesa. Tengok dapur, rasa malas terus jadi rajin ye!
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resipi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
Ads
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar. Nyaman dan selesa waktu potong bawang.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah. Mudah dicuci bila ada yang tumpah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur kita.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan jiwa isteri kita.
Ads
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk. Semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku di atas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.
Ads
Kawan kawan,
Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita.
Kebahagian seorang isteri bila masuk ke dapurnya yang selesa dan cantik berseri.
Tahun baru 2022 ini, siapkan sebuah dapur buat keluarga tercinta.
Mingguan Wanita : Dapurlah tempat yang paling banyak mak-mak habiskan masa sehari-hari di rumah.
Mak-mak biasanya akan risau kalau bayi susah tidur malam. Terus fikir anak tak sihat atau tak selesa. Sebenarnya jarang bayi yang sihat susah nak tidur. Cuma hanya pola tidur setiap bayi berbeza. Ada bayi yang mudah tidur nyenyak dan mudah bangun, tidak kurang juga yang sukar tidur. Biasanya bayi akan terbangun jika lapar, lampin basah atau suhu ruang yang terlalu panas atau sejuk. Tapi mungkin juga ada sebab lain!
Jadi matanya tidak mahu terpejam, sedangkan bayi anda harus tidur. Ok jom kenali penyebab bayi sukar tidur. Ingat… bayi anda perlu mendapatkan tidur yang berkualiti untuk menyokong pertumbuhannya.
1. Demam
Demam yang teruk boleh ganggu tidur disebabkan dengan adanya jangkitan telinga mahupun radang di kerongkong. Jika bayi sering menggosok atau menarik telinga, itu petanda dia mengalami jangkitan di telinga. Jika bayi enggan menyusu, mungkin dia mengalami radang pada rongga mulutnya. Berikan ubat yang telah dibekalkan doktor.
2. Tumbuh gigi
Biasanya bayi tidak selesa apabila tumbuh gigi. Merengek dan tak nak makan tetiba itu biasa dan rasa sakit pada gusi boleh mengganggu tidur bayi. Mak ayah boleh bantu melegakan kesakitannya dengan memicit lembut gusinya. Jangan lupa cuci bersih tangan anda sebelum masukkan tangan dalam mulut bayi.
3. Perut Kembung Atau Kolik
Ini biasa, malah boleh buat mak ayah tak tidur malam! Gejala perut kembung dan keras menyebabkan bayi asyik menangis sepanjang malam dan mengganggu tidurnya. Jangan risau, ibu boleh mendukung bayi dengan posisi meniarap dan letakkan tangan anda pada perutnya. Atau cuba memangku bayi, goyang perlahan kaki anda sehingga bayi tertidur.
4. Terlalu banyak rangsangan
Bermain sepanjang hari, mendengar muzik, lampu bilik yang terang dan suara televisyen yang kuat merupakan rangsangan yang berlebihan hingga menyukarkan bayi untuk tidur. Ibu boleh dodoi dan urut ringan pada tubuh bayi untuk melancarkan peredaran darah dan redupkan lampu bilik serta matikan televisyen / radio agar suasana lebih tenang.
5. Perubahan
Pernah tak bawa anak berjalan ke satu tempat tapi tetiba bayi payah nak tidur. Haaa… sebenarnya bayi sangat peka terhadap perubahan. Kalau bayi biasanya tidur bersama anda, kemudian berpindah ke tempat tidur lain ini akan menyebabkan sukar tidur. Itu belum lagi yang jenis tidur buai! Jadi, sila latih anak tidur di tempat tidurnya sendiri secara bertahap. Kalau dia terjaga dan menangis, tenangkan dengan menepuk-nepuk bayi agar dia tahu bahawa anda sentiasa berhampiran dengannya.
Pola Tidur Bayi
Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak, ibu perlu melakukannya secara berterusan agar ia menjadi satu kebiasaan. Pola tidur bayi boleh dipelajari dan anda boleh menyesuaikan mengikut kebiasaan si comel…
Ada bayi yang tidur nyenyak setelah mandi. Sebelum bayi tidur, lap tubuhnya dengan air hangat untuk membuatnya tidur lelap.
Bayi tidur nyenyak setelah perut kenyang. Bayi lapar biasanya tidur terputus-putus untuk minta menyusu.
Bayi tidur nyenyak bila mendengar bunyi-bunyian, seperti muzik yang lembut atau suara ibunya. Bacakan buku atau bercerita apa saja. Meski bayi belum memahami isi cerita, suara Anda bagaikan lagu yang boleh menidurkannya. Di usia selanjutnya, anak akan tahu bahawa sesi bercerita itu merupakan petanda dia harus tidur.
Ada bayi yang lebih suka didukung ketika tidur kerana ayunan dan bunyi detak jantung ibu membuatnya tidur lelap. Tidak perlu khuatir jika ia berlanjutan hingga besar. Seiring dengan perkembangannya, anak akan memilih sendiri cara tidurnya.
Tip Bayi Tidur Sendiri
Tak perlu terus mendukung, cuba dodoi atau menepuk-nepuk tubuhnya agar anak tertidur. Kena biasakan nanti lama-kelamaan bayi mampu selesa di tempat tidur dan dapat tertidur nyenyak tanpa ditemani dan dibantu ibunya. Ajarkan dia tentang jadual tidur agar boleh tidur sendiri.
Doa Untuk Bayi Tidur Lena Tanpa Gangguan
Cara terbaik yang ibu tak boleh terlepas pandang, jangan lupa amalkan doa tidur dan tiup diubun kepala bayi. In shaa Allah anak tidur lena tanpa gangguan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mengandung lagi! Aduhai nak pengsan dibuatnya. Terutama bagi golongan yang mengalami alahan teruk. Ada yang muntah seharian, lembik dan melepek. Macam-macam peel ketika hamil sehinggakan ada yang serik.
Paling tidak tahan, di awal kehamilan mual yang melampau. Buka saja mata mual sehingga muntah. Penat je makan belum sempat hadam dah muntah. Sebenarnya ada cara untuk kurangkan mual dan atasi alahan mengandung. Jom semak…
9 Cara Rawat Ibu Hamil Yang Alah Teruk
1. Set minda agar positif. Dengan cara ini otak menghantar mesej pada tubuh agar positif dan kuat.
2. Elakkan makan jeruk, ia tidak elok untuk kesihatan ibu dan bagi. Gantikan dengan buah-buahan segar.
3. Waktu pagi, jangan terus bangun. Tenangkan diri, mengiring kemudian baru bangun perlahan-lahan dari katil. Bangun secara mengejut akan buat anda pening dan sakit pinggang.
4. Jangan terus gosok gigi sebaik bangun pagi. Makan sedikit biskut untuk elak loya. Selepas 15 minit baru mandi dan gosok gigi.
5. Jangan biar perut lapar ia menyebabkan perut masuk angin. Akhirnya akan muntah.
6. Makan sikit tapi kerap. Makan sekaligus dalam kuantiti banyak akan buat kita muak dan muntah.
7. Elak makanan yang berminyak.
8. Boleh juga kulum gula-gula pudina untuk hilangkan loya tapi jangan ambil berlebihan.
9. Minum jus limau dapat bantu hilangkan loya dan elak muntah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya setiap kelahiran anak yang baru lahir mak ayah telah merancang untuk meletakkan nama yang baik dan mempunyai maksud yang elok. Ini kerana nama yang diberikan, diharap dapat ‘mendoakan kehidupan yang baik-baik buat anak tersebut. Elakkan memberi nama panggilan yang boleh memalukan anak kelak.
Nama Perkhidmatan Telco
Namun sebaliknya yang berlaku. Sepasang suami isteri dari Switzerland sanggup meletakkan nama Twifia kepada bayi perempuan mereka, semata-mata mahu menang langganan internet dan WiFi percuma selama 18 tahun.
Pada mulanya, pasangan itu melihat iklan di Facebook oleh syarikat penyedia perkhidmatan telco dan Internet di Switzerland, iaitu Twifia.
18 Tahun Internet & WiFi Percuma
Menurut iklan itu, sesiapa yang meletakkan nama Twifus atau Twifia kepada bayi baru lahir akan menang internet percuma selama 18 tahun.
Ekoran daripada itu, pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun ini sanggup menamakan anak mereka sebagai Twifia kerana memikirkan penjimatan yang boleh digunakan untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.
Menurut suaminya, nama unik pada tengah nama anaknya itu juga membawa maksud hubungan, jadi padanya ia tidaklah teruk mana, malah sedap juga disebut.
“Bagi saya, nama Twifi juga bermaksud hubungan dalam konteks ini.
“Terdapat banyak nama yang lebih buruk. Dan lebih kerap kita menyebut Twifia nama itu lebih sedap bunyinya,”
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...