badrol-shah-isteri-nazak

Sampai hari ini, pelakon Badrol Shah atau Bad trauma, hingga menggeletar. Bila mana timbul salah faham berkenaan status isterinya, Farah Shila Mazlan yang dimaklumkan kepadanya sebelum ini sudah meninggal dunia kerana positif Covid-19.

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh doktor yang menghubunginya petang semalam. Lalu, berita itu dikongsikan Bad di media sosialnya. Sebagai salah satu cara untuk memaklumkan kepada kenalan.

Jika ada sesiapa yang mengenalinya atau berhutang pituang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita itu.”

Namun, pada sebelah malamnya, sekali lagi Bad dihubungi oleh pihak hospital tetapi oleh doktor yang berlainan memaklumkan isterinya sedang nazak.

Badrol Shah Takut Sampai Menggeletar

Bad, 39 yang popular dengan filem Busut Bonang ini akui dirinya jadi trauma. Ini kerana, ada yang menuduhnya menipu kerana mahu meraih simpati.

Saya jadi takut sampai sekarang pun masih menggeletar.” Walhal suami ini cuma menyampaikan apa yang diberitahu oleh pihak hospital kepadanya. Malah, setiap kali mendapat panggilan, doktor berbeza yang akan bercakap dengannya.

Ustazah Farah Tidak Hamil

Bad juga sama terkesan dengan salah tanggapan orang ramai berkenaan ‘anak kami di syurga’. Bukanlah bermakna Farah sedang hamil.

Sebaliknya tulisannya itu menjelaskan keadaan anak mereka yang keguguran ketika berusia lima bulan dalam kandungan pada tahun 2018.

Ads

Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat dijangkiti virus Covid-19. Malah, ibu ini sudah 9 hari dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Sebelum ini, keluarga Bad dan anak-anak disahkan positif Covid-19. Bagaimana pun mereka sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.

Badrol Shah Menggeletar, ‘Mula Dimaklum Isteri Meninggal, Kemudian Dikatakan Nazak’

Doa Jasmin Hamid Untuk Ustazah Farah

Pelakon Jasmin Hamid turut berkongsi berita tentang keadaan isteri rakan artisnya itu. Doanya semoga Ustazah Farah diberikan kesembuhan dan kembali ke pangkuan suami dan anak-anak serta keluarganya.

Ads

MOHON JAGA LISAN!

ALHAMDULILLAH..
ALLAH MAHA KUASA..

Ada KEKELIRUAN yang terjadi berita tentang Ustazah Farah,Isteri kepada Seniman @badrolshahmanan di mana kita telah dimaklumkan oleh beliau yang isterinya SUDAH MENINGGAL DUNIA SEMALAM jam 1pm di HKL kerana +ve COVID.

Alhamdulillah Ustazah Farah MASIH PANJANG UMURNYA tapi masih ada di ICU HKL kerana WABAK COVID.

Ads

Di harap @badrolshahmanan dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini. Teruskan berdoa supaya Ustazah Farah kembali sihat seperti sediakala.

Kita teruskan berdoa supaya ALLAH sembuhkan Ustazah Farah dan kembali ke pangkuan suami, anak-anak dan family.

Mingguan Wanita : Semoga Allah memberi kesembuhan untuk Farah. Kembali sedar dan dapat mendakap kembali suami dan anak-anak.

Sumber/Foto : Harian Metro

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI