Bad Indigo segan terima bantuan zakat, walaupun kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) namun penyanyi yang juga anggota Indigo ini berasa malu dan segan.
Pemilik nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, selepas jatuh sakit dia kini bergelar OKU namun suami kepada Ashira Aziz ini tidak sanggup untuk menerima bantuan kerana memikirkan terdapat ramai lagi golongan asnaf atau orang lain yang lebih memerlukan.
Bad Indigo Segan Terima Bantuan Zakat
“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor ada memaklumkan kepada saya dan mahu membantu. Tetapi buat masa ini, saya tak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba.
“Saya segan nak ambil duit yang tentunya ada asnaf lain lebih memerlukan. Saya ada luahkan perkara ini pada pegawai yang bertugas. Tetapi mereka ada kata, saya ini layak terima.
“Katanya, zakat bukan hanya kepada fakir miskin sahaja, ada banyak kategori. Dia beritahu supaya saya jangan risau, tetapi tak mengapalah. Jika saya sudah bersedia atau tiada langsung cara lain untuk hidup, mungkin saya akan hubungi mereka. InsyaAllah,” kata Bad seperti mana dipetik menerusi portal Utusan Malaysia.
Rawatan Berkala Di Hospital Selepas Pembedahan Buang Kesemua Lima Jari Kaki Kiri
Berasa bersyukur kerana sentiasa ditemani isteri tercinta, Bad kini masih perlu mendapatkan rawatan di hospital secara berkala bagi membersihkan luka di kaki kiri selepas menjalani pembedahan membuang kesemua lima jari kakinya akibat diabetes.
Ads
“Lima jari kaki kiri telah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan September lalu. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
Tak Nak Susahkan Isteri
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Saya juga uruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan isteri.
“Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala itu, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” sambungnya yang turut tidak mahu bergantung hidup dengan orang lain.
Bad juga akui walaupun sedang sakit namun dia masih boleh menguruskan diri sendiri kecuali memasak. Enggan duduk diam saja tanpa berbuat apa-apa, Bad akui dia juga perlu kuat semangat.
“Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya,” luah Bad lagi.
Ads
Sumber : Utusan Malaysia
Sumber Foto: Instagram Ashira & Instagram Bad Indigo
Kebahagiaan suatu perasaan yang subjektif. Salah satu bentuk kebahagiaan sebenar yang boleh dirasai adalah apabila kita boleh tengok KEBAHAGIAAN pada orang yang kita dapat tolong. Tak kiralah apa jua jenis bentuk bantuan yang diberikan baik kecil mahupun besar. Pertolongan kita pasti amat bermakna dan akan lebih dihargai lebih-lebih lagi diwaktu yang mereka amat memerlukan.
Bahkan bila kita mampu buat orang lain tersenyum bahagia, dari situlah sebenarnya pintu-pintu rezeki kita sendiri akan terbuka. Dilimpahkan rezeki dalam pelbagai perkara.
Baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan buat kita;
Tadi sorang pakcik penjual ikan ni lalu depan rumah saya. Kebetulan isteri nak makan udang jadi saya pun pergi lah keluar.
Saya tengok dalam bekas yang ada di motor pakcik ni. Ada sekor ikan tenggiri, sebekas ikan selar, selonggok sotong dan udang.
Dalam hati saya je tengok pakcik ni. Perlahan sangat pergerakan tangan dia. Diambilnya udang satu persatu, timbang. Eh belum cukup ni. Dia ambil lagi dan timbang. Semuanya cukup perlahan. Yelah, kudrat orang tua yang masih terpaksa bekerja kan.
Bayangkan umur dah berusia tapi terpaksa keras lagi. Nak ambil stok ikan bukannya dekat. Kena ambil di jeti yang terletak berpuluh kilometer dari situ. Dah la motor pun uzur sangat dah tu. Seat terkoyak sana sini. Karat pun penuh satu body.
Aduh.Macam mana la saya nak bantu pakcik ni. Tiba tiba dapat ilham ” Pakcik. Saya borong semua ikan tenggiri yang 2.5 kilo ni dan bagi saya udang dan ikan ni banyak banyak ya ”
” Ada tempat air paip tak? Saya nak potong ikan tenggiri ni kat sini “
Punyalah suka pakcik ni bila saya beli ikan tenggiri dia sampai dia nak potongkan ikan tu disitu juga!
Kebahagiaan Sebenar
Inilah kebahagiaan teman-teman. Kebahagiaan sebenar adalah bila kita boleh tengok kebahagiaan orang yang kita tolong.
Kebahagiaan sebenar adalah bila orang lain boleh bahagia disebabkan oleh bantuan kita. Tak semestinya bantuan tu kena banyak dan besar.
Kadangkala benda semudah senyuman di awal pagi, halalkan baki ketika membeli dan bantu peniaga kecil dengan memborong lebih sedikit ketika kita diberikan lebihan rezeki pun dah cukup membuatkan hati manusia lain berbunga bunga dah.
Dan percayalah, ketika kita membuatkan hati manusia lain berbunga dan bahagia. Disitulah mulanya pintu rezeki kita sendiri pun akan mula terbuka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersama-samalah kita berusaha membantu dan membahagiakan orang lain semampu kita. Percayalah apabila membuat hati orang lain bahagia, kita turut mendapat ‘tempiasnya’ yang sama, malah dibukakan pintu rezeki seluas lautan.
Intan Najwa kongsi jantina bayi dalam kandungan, “Kami bakal menimang seorang… anak perempuan. Intan meraikan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman serta meluahkan rasa syukur atas hadiah terbaik ini.
Intan Najwa Kongsi Jantina Bayi Dalam Kandungan, “Kami Bakal Menimang Seorang… Anak Perempuan”
“Kami bakal menimang seorang… anak perempuan.”
“Selamat meraikan 27 dan 365 hari penuh impian, tawa dan kasih sayang. Inilah tahun pertama dari selamanya kita bersama. Syukur. Ini adalah hadiah terbaik,” tulis Intan.
Demikian tulis pelakon, Datin Intan Najuwa yang berkongsi berita gembira mengenai jantina bayinya.
Dalam hantaran di Instagram, Intan memuat naik video dia dan suami yang sedang menekap kek dengan gelas untuk melihat warna isi kek itu. Video itu memaparkan Intan sedang mengusap perutnya.
Isi kek berbentuk hati berwarna merah dalam video tersebut menandakan jantina bayi mereka adalah bayi perempuan.
Hantaran Intan dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Ramai yang begitu teruja dengan berita gembira itu.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sekadar info, Intan dan Ahmad Azraf berumah tangga pada 18 Ogos tahun lalu.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ni dah call mak ayah ke? Jalankan tanggung jawab kita sebagai anak. Pantau kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Bagi yang masih ada datuk dan nenek, jangan lupakan mereka juga.
Kita wajib ambil tahu status kesihatan mereka, laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (setakat 24 Mac 2020) menunjukkan warga emas antara kes kematian Covid-19 paling tinggi.
Daripada 16 kes kematian Covid-19, 8 kes melibatkan golongan berusia antara 60 tahun hingga 75 tahun. Empat daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik.
Bukan setakat tanya khabar tapi sediakan juga barang keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan bagi mak ayah yang sakit . Jauh bukan alasan untuk kita lepas tangan. Ambil peluang masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk fokus kepada mak ayah.
Allah bagi peluang untuk kita tebus kesilapan kita dulu. Kalau tak kerana PKP, rutin harian kita sangat padat, sibuk memanjang sampai tak sedar kita sudah abaikan mak ayah.
Mak ayah tak harapkan duit kita. Dalam usia yang semakin senja, mereka hanya mahukan kasih sayang dan perhatian kita. Bagilah apa yang mak ayah nak, layanlah mereka dengan baik.
Sabar Layan Kerenah
Sementara mereka ada, jaga mereka. Memang ada mak ayah yang banyak kerenah. Biasanya bila dah tua jiwa mereka sensitif. Asyik merajuk dan ada yang kuat sentap.
Jangan marah mak ayah, sabar je layan je. Jangan kutuk mereka sebab nanti kita pun akan tua. Entah-entah nanti bila dah tua, perangai kita lagi teruk. Jadi sabar banyak-banyak.
Tunjuk teladan yang baik depan anak-anak kita. Doa lah agar esok kita tua anak-anak terbuka hati nak jaga kita. Hidup ni macam roda, apa yang kita beri kita akan dapat balik.
Maafkan, Jangan Dendam
Yang mana bergaduh dengan mak ayah, sudah-sudahlah . Buang ego tu, call mak ayah. Mereka rindu nak dengar suara anak-anak, mereka tak dendam pada anak-anak. Mereka tetap sayang walau anak-anak buat onar.
Mak ayah tetap doa yang baik-baik untuk anak-anak walau hati mereka luka. Jadi tak payahlah nak buat mak ayah musuh, maafkan. Mereka pun bukan manusia sempurna. Kita pun macam tu kan, banyak yang kurang. Berdamailah sebelum terlambat…
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!