Besar sungguh dugaan yang dilalui oleh penyanyi Ashira Aziz. Mana tidaknya suaminya, Bad Indigo bakal membuang ibu jari kaki kirinya selepas empat jari kaki sama dibuang sebelum ini akibat penyakit diabetis yang dihidapi.
Bad Indigo Cacat Kekal Kaki Kiri Bakal Dipotong, Ashira Sedih Hanya Mampu Berdoa
Sebagai isteri semestinya, Ashira berasa sedih, namun dia hanya mampu berdoa agar suaminya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan kesihatan.
“Saya pun dah tak tahu apa yang saya rasa sekarang. Saya hanya mampu berdoa semoga dia terus diberikan kesembuhan,” ungkap Ashira seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Mohon Status OKU
Sebelum ini difahamkan Bad menyatakan kaki kirinya bakal kudung sekali gus cacat kekal dan sudah memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tengah tunggu slot untuk ‘amputate’ ibu jari kaki, jadi kaki kiri saya memang akan kudung. Kemudian lagi sekurang-kurangnya enam bulan untuk rawatan ‘dressing’ pada bahagian dipotong itu.
“Lepas potong empat jari kaki sebelum ini, saya didatangi pekerja sosial dan bertanya sama ada mahu daftar sebagai OKU atau tidak kerana saya cacat kekal dan layak. Saya sudah mendaftar dengan JKM tapi belum dapat jawapan lagi.
Ads
“Ia juga akan dapat meringankan beban kos rawatan saya kerana tiada kerja buat masa ini. Doktor juga tolong isi borang OKU itu mengesahkan kecacatan kekal dan bantuan fizikal yang diperlukan,” ungkap Bad lagi.
Ashira Positif Covid-19
Pada masa yang sama, Ashira sedang menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19. Namun Bad, anak dan anak saudaranya yang tinggal serumah disahkan negatif selepas menjalani ujian calitan.
“Alhamdulillah, kedua-dua mereka negatif. Jadi, sekarang mereka kuarantin macam biasa di dalam rumah, cumanya tak boleh berjumpa dengan saya. Dalam masa 10 hingga 14 hari lagi, mereka akan menjalani ujian calitan kedua,” ungkap Ashira yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan kerana mengalami masalah pernafasan.
Ashira bersama anak lelakinya.
Untuk rekod, pada Mac lalu, Bad selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dia terpaksa menjalani pembedahan itu disebabkan jangkitan gangren.
Terbaru seperti yang dikongsi di akaun Instagramnya, Ashira baru saja kehilangan ibu tirinya yang dipanggil Mak Norma.
Ads
“Allah lebih sayangkan Mak Norma, 6.20pm Allah jemput Mak Norma balik. Allah nak Mak Norma rehat tanpa sakit lagi. Mak Norma, Terima kasih jagakan Abah selama ini,jaga makan minum abah,jaga pakai harian abah,jaga waktu abah sakit dan selalu ambik berat pada kami
“Oshin dah sayang Mak Norma macam Ibu sendiri. Mak Norma rehat lah ok. Selamat berehat Mak Norma Assalammualaikum,” tulis Ashira.
Suasana pilu apabila sebelum ini, pertemuan terakhir mereka penuh suka dan bahagia, kini hanya jasad isteri menanti kepulangan suami untuk penghormatan terakhir. Sudah begitu jalan ceritanya, walaupun berat sang suami akur dengan ketentuan Ilahi.
Dalam kesibukan tugas kepada negara, anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 ini sempat menghabiskan cuti bersama isterinya sekitar Julai, Ogos. Rupanya itulah kali terakhir dia mengecap bahagia bersama isteri tercinta.
Namun menurut Lans Koperal (LKpl) Mohd Noh Samsudin yang dihubungi menerusi aplikasi Whatapps, ketika itu isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sebarang tanda-tanda yang dia akan pergi tinggalkan dia selama-lamanya.
“Alhamdulillah saya dapat bawa arwah bercuti di tempat yang dia hendak pergi masa selepas kahwin iatu bercuti di Cameron Highland.
“Tapi ketika itu kami tak dapat pergi, akhirnya saya dapat tunaikan masa saya cuti sebelum ini. Syukur Ya Allah, saya dapat tunaikan apa yang dia nak hajatkan.
“Walaupun dapat berjumpa buat kali terakhir dalam pakaian sut PPE, saya redha dengan keadaan semasa. Saya memang patuhi SOP, janji saya dapat melihat arwah buat kali terakhir.
“Bukan mudah untuk terima, nak atau tak nak kita kena redha dengan apa yang berlaku sebab saya tak nak arwah terseksa dekat sana jika kita yang masih hidup tak redha dengan pemegiannya. Memang makan masa tapi insyaallah saya terima.
Menerusi perkongsian MALBATT 850-7, anggota pengaman MALBATT 850-7, Lans Kopral (LKpl) Mohd Noh Samsudin sedang menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan selama setahun.
Kepulangan dia ke tanah air kali ini menjadi penghormatan terakhir seorang suami buat isteri tersayang, Norhidayah Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Semoga allahyarhan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati.
Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta dan pergi buat selamanya.
Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Redha Dengan Pemergian Isteri
Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta lagi disayangi dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 September 2020.
Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
Bukan sebarangan orang boleh melancong ke bulan. Memandangkan ia melibatkan kos yang sangat besar dan tempat terhad. Hanya yang benar-benar berkemampuan layak mendapat tempat melancong ke sana.
Iklan Teman Wanita
Bertuahnya bila kaya raya dan banyak duit, segalanya boleh diusahakan.Seorang bilionair Jepun melancarkan iklan dalam talian bagi mencari teman wanita untuk terbang ke bulan bersamanya menggunakan roket SpaceX.
Yusaku Maezawa, yang baru-baru ini memutuskan hubungan dengan seorang pelakon wanita Jepun, kini menerima permohonan wanita bujang berusia 20 tahun atau lebih, yang mahu menikmati kehidupan dengan sepenuhnya.
Usaha mencari pasangan yang sepadan itu kini dijadikan rancangan televisyen menggunakan saluran di laman sesawang.
Sunyi Usia Meningkat
Usahawan itu bersetuju dengan idea terbabit kerana kesunyian dan usianya yang meningkat.
“Saya hidup seperti mana yang diimpikan setakat ini,” katanya yang mempunyai tiga anak bersama dua wanita berbeza.
“Pada usia 44 tahun, ketika perasaan sunyi dan kekosongan mula menyelubungi diri, hanya satu yang saya fikirkan iaitu mencintai seorang wanita.
Maezawa yang turut mengiklankan pencariannya di akaun Twitter, berkata: “Kenapa tidak menjadi wanita pertama untuk melancong ke bulan?”
Pilihan Muktamad Akhir Mac
Tarikh tutup permohonan ialah 17 Januari 2020 dan beliau akan membuat pilihan muktamad menjelang akhir Mac selepas keluar bersama setiap pemohon.
Maezawa, yang juga ketua syarikat fesyen dalam talian, Zozo, sebelum ia dijual kepada Yahoo! Japan tahun lalu, terkenal kerana gemar membeli hasil seni yang mahal.
Beliau dijadualkan melancong ke bulan pada 2023 atau selepas itu sebagai penumpang swasta pertama dalam kapal angkasa SpaceX milik usahawan Elon Musk.
Maezawa juga bercadang membawa kira-kira enam karyawan bersamanya dalam penerbangan itu, yang akan mengelilingi bulan tetapi tidak mendarat di atasnya. – Agensi
MW: Ada duit, kaya semua boleh beli. Melancong ke bulan pun tak menjadi masalah. Wanita yang berminat bolehlah menghantar permohonan.Huhu
Dua kali ditipu, Wafariena bersyukur dapat kereta idaman. Pelakon cantik Wafariena Roslan berasa sangat bersyukur akhirnya kereta idaman berjaya dimiliki selepas dua kali ditipu ejen jualan kereta palsu.
Sebelum memiliki kereta pertama ini, Wafariena, 28 menggunakan kereta milik kakaknya.
Dua Kali Ditipu, Wafariena Bersyukur Dapat Kereta Idaman
Wafariena juga akui dia menjadi mangsa penipuan sebelum ini dek kerana terpengaruh dengan sebuah iklan jualan kereta yang menerima pelbagai komen positif daripada pembeli namun tidak menyangka ia palsu.
Seperti mana dilaporkan mStar Online, Wafariena akui pertama kali ditipu dua tahun lalu. Selepas menyerahkan duit sebanyak RM2,500 untuk uruskan dokumen, ejen tiba-tiba menghilangkan diri.
Kali kedua pula dia kerugian RM2,500 lagi walaupun pada awalnya mereka meminta RM10,000.
“Saya tertipu dengan iklan jualan kereta, masa baca komen semuanya yang baik-baik sahaja. Saya ada cuba hubungi mereka selepas ditipu tapi saya dah kena sekat jadi terpaksalah berlapang dada. Mungkin bukan rezeki saya,” kongsinya yang cukup teruja memiliki Honda Civic RS bernilai hampir RM170,000.
Tiga Bulan Menunggu, Rezeki Ramadan
Malah Wafariena juga menganggap kereta tersebut sebagai rezeki Ramadan.
“Pinjaman kereta saya diluluskan pada pukul 12 tengah malam semasa malam tahun baharu lalu dan saya rasa itu permulaan baru untuk saya.
“Selepas tiga bulan menunggu, kereta pertama atas nama sendiri ini dapat ditangan pada Ramadan keenam,” kata yang turut menyimpan hasrat untuk membeli lagi sebuah kereta untuk keluarganya.
“Insya Allah kalau ada rezeki saya nak beli kereta untuk keluarga pula… walaupun sudah ada, cuma mahu cari yang lebih selesa,” luahnya.
“Semoga Murah Rezeki” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Wafariena dimurahkan rezeki.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...