Dalam perniagaan sudah tentu ada turun dan naikknya. Selepas hampir sedekad berniaga, Hasmayuzi Ariffin berasa hairan apabila perniagaannya berada pada takuk yang sama. Rupanya amalan membaca Al-Quran, solat awal waktu antara rahsia rezeki makin luas.
“Saya pernah buat macam-macam dalam menaikkan jualan. Berguru dengan mentor yang hebat, tetapi lagi saya mengejar dunia selagi itu perniagaan saya sama saja. Dua tahun lalu saya dan suami menambah baik hubungan kami dengan Yang Maha Pencipta.
Baca al-Quran, Solat Awal Waktu
“Kami baca al-Quran, solat di awal waktu, solat berjemaah di masjid dan surau, mengamalkan solat-solat sunat dan alhamdulillah sejak itu rezeki kami semakin luas. Kami sedar selama ini kami menitik beratkan pendapatan syarikat hingga leka.
“Kami sangat bersyukur kerana Allah memberikan rezeki dan sekarang ini kami mempunyai banyak masa untuk ke surau.”
Beruntung Suami, Keluarga Sentiasa Sama-sama Menyokong
Dalam memulakan perniagaan, sememangnya sokongan orang disekeliling kita amat diperlukan. Semakin orang sekeliling sokong usaha kita, selagi itu kita akan bersemangat untuk mencapai kejayaan.
Begitu juga dengan personaliti yang lebih selesa dengan panggilan Ayu, 36, ini cukup beruntung kerana orang tersayang terutamanya suami, Kamaruzaman Mat Lazim, ibu, Salmah Tuan Mat dan adik beradik lain menyokong dan membantu segala usahanya dalam memajukan perniagaan.
Anak kelahiran Kelantan yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ini telah menceburkan diri dalam perniagaan cenderahati sejak 13 tahun lalu.
“Sudah 13 tahun saya usahakan perniagaan ini. Modal permulaan dari ibu saya. Syarikat yang diberi nama, Kazoku Jaya telah diwujudkan empat bulan selepas saya mendirikan rumahtangga iaitu pada bulan Oktober, 2006.
“Lokasi perniagaan pertama di Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha yang tidak pernah putus kini saya memiliki sebuah pejabat urusan di Bandar Baru Pasir Mas. Saya memiliki empat orang pekerja tetap dan empat orang pekerja sambilan.
“Awal tahun lalu kami juga telah berjaya membuka sebuah mini showroom dan pickup center yang terletak di Setia Alam,” ungkap Ayu yang terpaksa membuka pickup center memandangkan pelanggannya terdiri dari penduduk Klang dan Shah Alam.
Mulakan Dengan Produk Serendah 55 Sen
Ayu yang hadir bersama suaminya, ketika sesi temubual berlangsung, menerangkan atas usaha dan kerja keras mereka berdua, syarikat milik mereka telah dinaiktaraf menjadi Kazoku Jaya Sdn. Bhd. Malah idea cenderahati yang pelbagai juga merupakan dari dirinya dan juga gabungan permintaan pasaran semasa.
“Syukur kerana kami berjaya luaskan perniagaan. Walaupun pejabat urusan kami di Pasir Mas tapi kami berjaya buka mini showroom dan pickup center di Setia Alam. Kami akan turun ke Setia Alam jika ada permintaan yang melibatkan perkhidmatan dari team kami sebagai Master Doorgift Coordinator (pakej perkhidmatan selain daripada produk).
“Cenderahati Kazoku Jaya terhasil dari idea saya sendiri dan juga gabungan permintaan semasa. Kami memberi penekanan dengan mengamalkan konsep door gift guna semula. Di mana tetamu boleh guna semula cenderahati dari kami. Alhamdulillah cenderahati kami juga semakin mendapat perhatian terutamanya golongan selebriti. Antara produk popular uncang viral dan uncang.
“Semasa di awal berniaga kami tawarkan produk yang bernilai serendah 55sen. Kini permintaan semakin banyak dan kami juga turut sediakan cenderahati premium yang pastinya unik dan mempunyai nilai tambah pada pelanggan. Malah kami kini turut menyediakan juga cenderahati yang sesuai dengan 25 majlis termasuklah majlis korporat,” ujar Ayu.
Baca Disini Juga:
“Menjadi Langsing dan Sihat Impian Yang Tak Pernah Padam Untuk Semua Wanita!” Dzuriasikim
Jangan Bebankan Tugas Didik Anak Pada Isteri Saja, Suami Kena Bertanggungjawab
Tanggungjawab Ketua Keluarga Didik ADAB, Pastikan Anak Tahu HORMAT Ibu Sendiri
Bawa Anak Bercuti Tetap Jadi Keutamaan
Ditanya tentang dirinya yang bergelar seorang isteri dan ibu, Ayu menerangkan dia sudah terbiasa dengan keadaan yang sibuk. Akui dia bekerja tujuh hari seminggu sudah pasti jadual kerjanya cukup padat. Namun Ayu punya cara tersendiri dalam membahagikan masa antara kerja dan keluarga.
“Sememangnya cabaran sebagai seorang isteri dan ibu sangat besar. Namun saya bersyukur kerana ibu dan adik beradik banyak membantu. Bila saya berada di luar daerah ibu dan adik akan menguruskan anak-anak saya.
“Alhamdulillah setakat ini anak-anak mudah mendangar kata. Pada hujung minggu atau cuti seolah saya galak anak-anak bantu saya siapkan cenderahati. Dari segi pengurusana masa saya taka da masalah kerana keluarga memberi sokongan yang sangat tinggi.
“Walaupun sibuk bekerja saya tetap membawa anak-anak bercuti. Tapi cuti kami bukan seperti orang lain, kiranya saya dan suami akan bawa anak-anak bercuti sambil kami bekerja. Sambil menghantar barang ke ibu kota saya akan singgah ke mana-mana pusat peranginan sehari dua dan habiskan masa dengan anak-anak. Sememangnya anak-anak akan terhibur dan kami juga punya masa untuk berehat,” akur Ayu yang bijak membahagikan masa.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI