Air kencing, najis haiwan dan darah adalah najis mutawassitah. Nampak ringan tapi bab najis ini mak, ayah perlu ambil, berat.
Apatah lagi mak, ayah yang mempunyai anak kecil yang selalu terkencing merata, memang kena ambil peduli dan sucikan dengan cara yang betul.
Bukan apa, bila lantai bernajis kemudian kita ambil air sembahyang, bukankah batal air wudhuk kita. Jadi, bab-bab najis ini bukan perkara main-main dan main yakin sendiri sahaja. Kena periksa dan sucikan betul-betul.
Ikuti perkongsianUmmi Amni ini dan hadam baik-baik.
Terbaca status seorang sahabat fb tanya macam mana nak bersihkan air kencing yang budak dah pijak lepas itu berjalan serata rumah…
Bila baca komen ramai kata mop je tempat air kencing tu… Mop satu rumahlah… Cuci dengan air sabunlah.. Allahu..
Perlu kita tahu air kencing ini najis mutawassitah… Najis terangkat dengan cara mencuci dengan air mutlak… Mop bukan air mutlak… Air sabun bukan air mutlak… Nak hilangkan bau, warna, rasa bukan dengan air sabun tapi air mutlak.
Biarpun air sabun itu wangi, tapi ia bukan air mutlak…
Ikut Cara Ini Bersihkan Air Kencing
Cara dia lap dengan kain kering di tempat yang diyakini najis… Kalau nampak tapak kaki dia tu, situlah kena lap dengan kain kering…
‘Nak lap apanya bukan tahi seketul… Air kencingkan, itu pun sudah kering’.. Ya, memang sudah kering… Tapi ainnya masih ada walaupun kita tak nampak tapi kita tahu kan dia jalan serata rumah dengan kaki yang terpijak air kencing.. Kena jugak lap dengan kain kering sebab kita nak angkat najis itu..
Ads
Kadang otak tak boleh terima kan… Nak lap apa bila tak nampak apa-apa. Lap lantai saja ke… Hahaha.. Gunakan mata hati, situ adalah kawasan bernajis.
Selepas sudah lap kering itu, tuangkan ke atasnya air mutlak. Selepas itu sudah sucilah. Barulah boleh nak lap, atau mop dengan air sabun, dettol. Ikut masing-masing punya kemahuan.
Ikut Cara Masing-masing Nak Sucikan Najis
Kalau kamilah, kes macam ini basuh kat laluan budak tu pijak… Dari ruang tamu ke dapur, dia pijak kawasan mana. Situlah kami basuh, ainnya mungkin tak ada tapi najis hukmi nya tetap ada…
Bab najis memang kita tak boleh ambil ringan, sebab di rumah kita, kita nak solat. Bayangkan next time kita sudah ambil air sembahyang, kaki basah-basah terpijak kesan air kencing yang kita tak cuci dulu. Selepas itu kita solat dalam keadaan kaki kita ada najis… Solat kita tak sah …
Pernah sorang sahabat tanya saya. Macam mana sebelum ini dia tak tahu, dia mop saja. Sekarang dia sudah tahu cara nak sucikan najis dengan betul dan selama ni memang satu rumah dia ‘bernajis’?
Jawapan saya basuh satu rumah. Sucikan rumah, itu adalah cara paling selamat nak keluar dari keraguan… Bukan susah, lalu air mutlak saja… Sebab sifat najis sudah hilang, tinggal najis hukmi saja..
‘Ala lecehlah nak basuh satu rumah, banyak perabot lagi. Pokok bunga beratlah nak angkat. Stor banyak barang, alahai streslah.
Ikutlah, kubur asing-asing. Simple, nak susah sekarang, sucikanlah.. Nak susah kena pukul dalam kubur, buat tak tahu sajalah. Islam menitik-berat hal bersuci sebab dari bersuci itulah yang tentukan ibadat kita sah atau tak..
Jangan Ambil Ringan Bab Najis, Bersuci
‘Islam tak beratkan umatnyalah. Islam itu agama mudah, tak perlu sampai macam ini.”
Islam ajar cara bersuci dengan betul tapi kamu tak buat.. Maka perlu perbetulkan dengan cara yang betul… Susah itu sebab dari awal sudah buat dengan cara yang salah.. Sebab ilmu ini penting bukan untuk kita tahu semata…
Ads
Tapi untuk kita faham.. Bila ada masalah baru, kita boleh settle dengan basic fardhu ain sahaja..
Laki ku kata, dah sekali dengan tazkirah subuh. Kata-kata islam agama mudah itu biasanya dari orang yang jahil murakkab. Maksudnya bahasa Melayu bodoh sombong…
Sudah tak tahu, tapi sombong tak nak terima teguran. Orang sudah ajar, tapi masih nak tolak kebenaran…
Orang macam ini biasanya dia rasa dia pandai pada orang dah tapi sebenarnya ilmunya kurang dan dia merasakan orang yang berilmu lebih tu hanya berlebihan dalam berilmu..
Benda Simple, Tapi Bab Najis Memang Berat
Benda ini simple, bergantung pada sebanyak mana kamu nak Allah redha.
Simple… Tapi berat kan.
Ni baru bab air kencing. Belum bab tahi cicak, bila kemas, mop sekali tahi cicak seret satu rumah. Rumah bersih berkilat tapi tak suci.
MW: Islam memang memudahkan umatnya, tetapi sebagai hambanya jangan pula setiap perkara diambil mudah. Lagi-lagi bab najis.
Memang beruntung bila suka berbudi pada tanah dan bercucuk tanam ni. Malah lebih puas hati apabila tanaman yang disemai mengeluarkan hasil. Namun lumrah tinggal di bandar, mempunyai kawasan yang terhad. Terpaksa tanam di anjung rumah, dalam pasu, kotak polistrin dan sebagainya berbanding memiliki tanah luas, yang boleh tanam macam-macam.
Jika mak-mak berhasrat untuk tanam daun kucai atau sayuran-sayuran lain boleh cuba tanam dalam kotak polistrin. Namun ada caranya tanam menggunakan medium ini. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Ramli Ahmadsebagai panduan. Ia lebih menjimatkan, tahan lama serta senang diuruskan.
CARA MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN
Kelebihan Kotak Polistrin
Menanam kucai atau sayuran lain dalam kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dapat percuma, tahan lama, selamat, ringan dan senang diuruskan penjagaannya.
Kotak polistrin saiz besar
Di Mana Boleh Dapat?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yang menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yang masih elok dan saiz yang sesuai. Kotak yang baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yang besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yang free, banyak dipasar borong, pilih sahaja mana yang mahu.
Tebuk Lubang
Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dengan saiz sekitar 3cmx5cm.
Potong/ Buang sedikit bahagian atas dan buat lubang.
Mengisi Media Tanaman
Letakkan kotak ditempat yang sesuai yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yang banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti dan mungkin susah untuk dipindahkan.
Siap untuk diguna. Yang bawah tu dah siap diisi media tanaman.
Masukkan media tanaman yang subur dalam kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos dan baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira-kira 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa-apa sayuran.
Panduan ringkas paras menanam benih ubi kucai.Kucai yang dah tumbuh subur dalam kotak polistrin.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang ada kawasan terhad boleh cuba tanam kucai atau sayur-sayuran lain dalam bekas polistrin ini.Lebih mudah, jimat dan senang untuk diuruskan nanti. Ikut tip yang dikongsikan ini.
Ada sesetengah mak memperuntukkan dua minggu sekali untuk membersihkan bilik air. Tak kurang juga yang akan menyental setiap kali mandi. Bahan untuk bersihkan mestilah gunakan sabun buku mahu pun sabun serbuk. Baru rasa puas hati.
Sabun buku yang memang digunakan khas untuk membersihkan bilik air. Bila berbuih, senang untuk sental daki-daki yang berkerak. Nak bagi tandas lagi wangi mesti ada yang akan letakkan kiub khas untuk tandas.
Tapi masing-masing ada pilihan tersendiri bagi memastikan tanda sentiasa berbau wangi dan bersih.
Perkongsian daripada Syahirah Omar ini, boleh dijadikan panduan, memandangkan sebelum ini viral tentang membersihkan tandas dengan meletakkan sabun buku di dalam tangki flush.
Mungkin betul boleh membersihkan tapi mungkin juga boleh beri kesan pada peralatan ini mahu pun ekosistem saliran. Inilah ulasan daripada beliau yang boleh dijadikan panduan dan ingatan.
Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, dia ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan dengan memasukkan sabun buku daia dalam tangki flush,
Hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas.Hakikatnya ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.
Begini,
Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.
Hasilnya najis kekal bentuk begitu.
Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.
Kemudian,
Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Semuanya disebabkan tindakbalas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air boleh melambung tinggi.
Terpaksalah pula mengeluarkan kos nak baiki pula.
Cuci Tiap Hari
Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau tandas asing dengan bilik air, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.
Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah ambil masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas.
Mingguan Wanita : Memang nampak mudah dan senang tapi, lama-lama jadi lain pula. Nak selamat, boleh guna saja kiub yang khas untuk wangikan tandas.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
‘Bercinta’ betul kalau nak basuh toto. Saiznya boleh tahan besar dan dah tentu-tentu tak muat kalau basuh guna mesin basuh di rumah. Jawabnya, kena hantar dobi.
Rupanya, mak-mak tak perlu pening kepala nak hantar dobi basuh toto. Boleh saja guna mesin basuh di rumah. Tapi, jangan main masuk terus toto tu. Memang tak akan muat, ada caranya.
Bila nak basuh toto, jangan sesekali sumbat terus ke dalam mesin basuh. Memang tak akan muat dan mungkin cara pembersihannya pun tak sekata. Jadi, nak pastikan span toto tak rosak, kena pastikan gulung ikut cara yang betul.
Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
INFO
Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu.
Selepas itu, baru boleh masuk mesin.
Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.
1. Gulung comforter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8 kg.
2. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.
3. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Dah tahu caranya, tak perlulah nak hantar dobi lagi. Basuh sendiri kat rumah. Jimat duit.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...