Ayam goreng boleh dikatakan menu paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak. Makan dengan nasi lemak, nasi goreng atau nasi putih sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita goreng ayam dengan garam dan kunyit sahaja, boleh cuba resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim ini. Lebih menarik dan sedap dengan perapan bawang putih, halia dan serbuk kari yang digunakan.
Berikut perkongsian resipi tersebut.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-anak
Anggaran 1 ekor ayam:
Bahan-Bahan:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telor
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
garam secukup rasa
Ads
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan, adunan tidak terlalu pekat/cair.
2. Kalau cair tambah je tepung jagung.
3. Perapkan ayam bersama dedaunan kari.
4. Sedia untuk digoreng sehingga keperangan.
Beberapa hari lagi nak sambut raya, sempat lagi kalau mak-mak nak buat kuih lejen Biskut Mama Carey yang penuh nostalgia ni. Kena ikut resipi yang betul barulah biskutnya menjadi, malah ada tip tertentu untuk pastikan gula aisingnya cantik, kekal putih bersih dan tak kuning.
Berikut perkongsian resipi oleh Wa Fatiwa sebagai rujukan;
“Hmmm harum semerbak 1 rumah..baru keluar dari oven. Siapa suka biskut mama carey ni ??kita geng. Masa kecik-kecik dulu makcik suka makan belah atas je. Ok ni resepi dia..pasti menjadi..”
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung
Cara Membuat Biskut:
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
3.Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
4.Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150 C.
6.Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
7.Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat.
8.Terap dengan acuan pilihan dan susun di atas dulang pembakar.
9.Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak.Kemudian biarkan ia sejuk.
Sekarang kita sediakan icing
Bahan-Bahan:
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing
Cara Membuat:
1.Pukul putih telur hingga kembang.
2.Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
3.Masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan icing atas biskut tadi.
4.Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan.
5. Boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan.
6.Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi.
7.Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Tip Ekstra!
* Untuk dapatkan icing yang putih, bakar biskut sampai masak atau hanya 3/4 masak dahulu.
*Selepas letak icing bakar sekejap je.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
Lagi satu pastikan suhu oven bertepatan.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Resipi Asal: norazlitaaziz
Kredit Resepi : Wa Fatiwa via mahn
Kredit Video : lli atiqa abd wahab via mahn
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mesti ramai yang tidak tahu resipi rasam ini, katanya dari India Selatan. Mungkin bagi kita resipi ini lebih kurang sama dengan sambal ikan bilis, sambal penyet dan sebagainya untuk dimakan dengan nasi dan penambah selera.
Nak tahu macam mana nak buat resipi rasam ini, Siti Hazneza binti Abdul Hamid berkongsi resipinya. Menariknya, bukan sebarang resipi sebab ia bagus untuk ‘cuci perut’. Maklulah, kalau tak tahan pedas dan panas, laju saja ke tandas.
Paling penting resipi rasam ini sesuai juga untuk kita yang tak ada selera makan. Cukup dengan hanya nasi panas, boleh bertambah-tambah nasi.
Rasam ni bagus untuk ‘cuci perut’. Jadi kena berpada-pada menghirupnya.
Sangat sedap makan lawan ikan gelama masin dan papadom.
Tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu. Kasihan baby nanti.
Untuk musim sejuk sangatlah enak. Malah, bagi yang demam dan tak lalu makan, Insya Allah boleh kebah berpeluh dan pecah selera.
Boleh juga dijadikan pes, nak makan hanya tambah air panas atau didihkan saja.
Bahan-bahan:
2 sudu makan lada hitam biji
2 sudu makan jintan putih biji
3 – 4 labu bawang besar
3 labu bawang putih
3 biji tomato
1 sudu teh serbuk kunyit
5-6 tangkai cili kering
Segenggam daun kari
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa/ guna serbuk asam jawa
Cara Membuatnya:
Boleh blend halus semua bahan kecuali cili kering, daun kari dan asam jawa.
Boleh juga guna lada hitam serbuk dan jintan putih serbuk.
Semua bahan perlu ditumbuk.
“Jangan sampai haluih! Bekah-bekah sudah,” itu pesan ibu kandung saya dan Allahyarham mak tok saya.
Jika nak makan terus, letak air sebanyak yang sesuai. Boleh pecah telur dalam rasam jika mahu.
Jika nak jadikan pes, masak sampai pecah minyak, sejukkan dan bungkus.
1. Rasam memang panas. Bahan-bahannya mudah dan selalu ada dalam rumah.
2. Bahan-bahan di atas dapat empat bungkus begini (bahagi tak sama banyak)
3. Semua perlu ditumbuk kecuali daun kari, cili kering, kunyit dan asam jawa
4. Siap dah tumbuk bekah-bekah. Nak cepat blend saja.
5. Tumis daun kari dan cili
6. Masukkan semua sekali.
7. Letak air sikit dan kacau. Perisakan dengan garam dan asam jawa
8. Masak sampai pecah minyak. Tambah perisa garam/asam jika perlu.
Sejukkan sebelum bungkus.
Jika nak makan terus, kaup yang nak simpan. Tinggalkan baki dalam periuk.
Tambah air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan. Jika mahu, pecah telur ke dalam rasam dan biarkan telur masak bulat-bulat (jangan kucar/ godek telur)
Mingguan Wanita : Tengok pun dah meleleh air liur. Boleh cuba nanti.
Salah satu pemanis mulut untuk penggemar cheese, resepi ini adalah perkongsian dari Puan Florence Jonathan, percubaan pertama beliau membuat Souffle Cheesecake dengan hanya menggunakan 3 bahan. Sedap atau tak, anda kenalah cuba buat sendiri!
Bahan-bahan:
3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, ia tak jatuh) ketepikan.
2. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dicairkan tadi, kacau-kacau sampai sebati.
4. Setelah itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi smpai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digaris dengan oil atau butter dan dilapik dengan baking paper.
7. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
8. Bakar adunan kek dengan kaedah bain marie menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung oven masing-masing.(oven saya dah lebih 10 tahun, sebab tu ia ambil masa nak masak). Guna api atas dan bawah.
9. Bila kek sudah masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling kegemaran masing-masing.
10. Adunan agak sedikit, better guna loyang kecik supaya kek nampak montel. Boleh doublekan bahan-bahan kalau menggunakan loyang besar.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...