tiga-kali-ayah-jalani-ujian-saringan

‘Ayah tidak dijangkiti Covid-19 sebenarnya..’ Berat dugaan keluarga yang diuji Covid-19 ini. Bukan sekadar sakit fizikal, malah emosi dan perasaan turut terjejas sama. Inilah juga ujian yang dilalui keluarga Khairunnisa Hamzah, bila mana ayahnya disahkan positif Covid-19.

Dalam masa yang sama, ibu pula tidak sihat tetapi negatif Covid-19. Walaupun disahkan positif Covid-19, ayahnya tidak diberikan gelang pink. Dari situlah bermulanya percaturan hati. Antara memenuhi permintaan ayah dengan memastikan kesihatan ibu terjaga.

Demi tidak mahu memanjangkan bebanan emosi ibu dan anak-anak, ayahnya sekali lagi membuat ujian saringan Covid-19 sebanyak dua kali dan disahkan negatif.

Menangis Ibu Maklumkan Ayah Positif Covid

Ayah positif Covid! ”
Ibu cerita ayah menangis-nangis masa call ibu sebaik terima keputusan dari hospital.
Ibu mula terfikir
Patutlah malam sebelum itu,
ibu tercungap-cungap hendak bernafas.

Malam itu, ayah risau dan maklumkan pada kami adik beradik melalui WhatsApp dan kirimkan gambar ibu tertidur dengan telekung selepas melawan lelah kepada kami dengan mesin oksigen terpasang.
Ayah minta kami semua doakan kesihatan ibu.

Keesokan harinya, ibu maklumkan ayah yang positif Covid.
Kami terus bertanya “Kenapa ayah pergi test Covid?”
Kata ibu, pada hari tersebut, ayah sepatutnya dijadualkan untuk ambil vaksin dose ke-2.

Tetapi, ayah juga ada regular checkup di hospital sehari sebelumnya.
Untuk checkup,
Sebelum boleh gunakan alat-alat pemeriksaan di hospital seperti menggunakan alat meniup bagi mengesan kekuatan paru-paru dan pelbagai alat lagi, ayah kena lalui prosedur hospital dahulu iaitu kena jalani ujian saringan Covid bagi mengesahkan ayah negatif dan boleh lalui prosedur checkup macam biasa.

Selepas jalani ujian Covid, ayah kena pulang rumah dahulu. Besoknya baru keputusan akan keluar. Kata ayah, jika positif, hospital akan call. Jika negatif, tidak akan call.

Tiba hari keesokan harinya, ayah tidak menerima sebarang panggilan. Jadi ayah andaikan keputusan ayah negatif.

Sebaik sampai di hospital, keputusan ayah rupanya belum sampai ke tangan doktor.
Ayah menunggu.

‘Ayah Tidak Dijangkiti Covid-19 Sebenarnya..’ 3 Kali ‘Swab Test’ Demi Ibu

Ayah Menangis Minta Maaf Pada Ibu

Tiba-tiba, sebaik keputusan sampai,
Ayah dimaklumkan POSITIF COVID-19!
Allahuakbar!!!

Ayah terus call minta maaf pada ibu.
Ibu kata, ayah menangis teresak-esak.

Sebab, ibu setiap hari marah ayah keluar rumah. Namun, ayah masih pergi berkebun menanam buluh untuk hasil rebung di tengah-tengah tanah reserve di simpang tiga sana. Kadang tu siap duduk minum berkelah dengan kawan-kawan di situ.

Ayah juga aktif ke surau, ke masjid setiap waktu tanpa miss jemaah waktu solat fardhu, 5 kali sehari.
Ya, ayahlah juga yang rajin bagi nasi lemak percuma setiap hari selepas kuliah Subuh di surau.

Tak boleh duduk diam,
Ayah juga kerap bantu kawan-kawan berniaga dengan bantu ambilkan tempahan serta buatkan delivery hasil peluh kawan-kawannya seperti hasil tanam buah nenas, durian, kuah gulai dan sebagainya.

Masa hari raya AidilAdha yang lalu,
Ayah juga sama sibuk ke tempat buat korban dan bantu agihkan daging lembu ke jiran dan saudara terdekat. Kata ayah, kesian ramai tak dapat daging korban.

Memang itu ayah,
Tak boleh duduk diam.

Ads

Siapa yang tengok drama Ayahanda, perangai ayah ni memang sebiji sama.
Ibu tegur, habis ayah tak bercakap.
Tapi, ibu sajalah yang boleh tahan dan faham ayah.

Kami anak-anak ini lagilah.
Selalu saja berselisih faham dengan ayah.
Setiap kali ditegur, dilarang, ayah akan ulang cakap yang sama, “Kunyah bunga cengkih ni
Di sisi ayah sekarang ini ada sebekas kecil bunga cengkih. Memang ayah kunyah macam kunyah kacang saja.

Ayah Persiapkan Diri Dengan Pelbagai Cara

Disebabkan ayah memang hendak keluar rumah, jadi ayah siapkan perisai untuk dirinya dengan pelbagai cara.

Kena berjemaah, nanti hati lemah. Sampai bila tak ke masjid? ”
Jom ikut atok ke kebun atok, macam mana korang ni duduk terperap saja dalam rumah?”
Ayah pula bebelkan kami dan anak-anak yang pilih untuk hidup ikut S. O. P kerajaan.

Kadang-kadang kami ke rumah ibu ayah juga untuk tunaikan hasrat ibu ayah hendak jumpa cucu-cucu.
Atok selalu keluar rumah. Bahaya. Nanti ada Covid,” kata anak yang masing-masing tak bersetuju dengan atokya yang tak lekat di rumah saat negara kritikal sebegini.

Paling kami khuatir sebenarnya ialah keadaan ibu nanti. Ibu sekarang sememangnya memakai mesin oksigen setiap masa. Di rumah, ada 2 jenis mesin dan tangki oksigen. Di hidung ibu bersambung saja dengan tiub oksigen.

Abang keluar-keluar tu nanti virus ikut balik. Zah ni dah tak kuat. Zah merayu abang janganlah keluar-keluar lagi.”

Tapi ayah tetap macam itu juga.
Memang tak tahu cara nak tahan ayah.
Ayah nak cari duit, kot. Ayah dah tak ada duit ke, bu?” tanya saya hendak pastikan keadaan ayah sekarang yang sibuk ke sana sini sama ada dengan misi bantuan, sumbangan atau tolong kawan-kawan berniaga.

Tak, ayah ada je duit. Tapi, dia tak boleh duduk di rumah. Kawan call saja, dia terus keluar. Kadang balik sampai dah malam.”

Kami adik beradik dah message ayah banyak kali.
Ayah fahamlah. Ayah tahulah jaga diri. Ayah pakai mask semua. Bukan ayah jumpa orang dekat-dekat. Ayah dalam kereta.” jawab ayah tegas.

Tapi…
Tapi hari itu ayah menangis sebaik result yang tercatat mengatakan ayah POSITIF COVID-19.
Ketika ibu call bagi tahu berita itu, terdengar telefon lagi satu berbunyi.
Atok call!” laung anak.

Ads

Kami angkat. Dengar suara ayah ceria pula. Tiada tangisan.
Tengok atok di balkoni. Atok ada bawah ni.”

Rupa-rupanya ayah mahu buat lambaian terakhir pada cucu-cucu sebelum ayah mulakan self kuarantin.
Bang, macam mana Ibu dan abang dekat rumah tu?” Risaunya kami pada ibu dan abang sulung yang duduk di rumah yang sama. Sebaik ayah dilaporkan positif, mereka terus buat ujian saringan, dan alhamdulillah, NEGATIF.

Detik Kuarantin Ayah

Macam mana orang yang POSITIF hendak duduk dalam satu rumah dengan yang NEGATIF?

Lagi-lagi ibu adalah orang yang berisiko tinggi kerana paru-paru sudah tidak boleh capai oksigen 90% lagi. Abang sulung pula, sejak badan naik, kerap batuk yang dalam bunyinya.

“Ayah, jangan dekat dengan ibu dan abang. Ayah kena berkurung di bilik atas. Ayah nak apa nanti abang hantar dekat pintu bilik” kata kami semua dalam message.

Hari pertama.
Ibu maklumkan sangat sukar.
Ayah masih di beranda luar. Ayah tak masuk rumah lagi. Ibu dan abang dah siapkan laluan untuk ayah naik berkurung ke bilik atas. Tapi lain pula jadinya. Ayah siap tidur di luar beranda. Siap cuci kereta di porch ni hah
Kami cemas betul dengan situasi. Tapi ayah tetap ayah.

Ibu laporan lagi.
Ibu tak tahu nak cakap macam mana. Ayah tetap macam biasa. Cuci pinggan mangkuk di dapur, lap lantai rumah, masuk bilik air belakang, baju dan tuala gantung di tempat biasa. Ayah belum naik bilik atas. Kitaorang pula yang kena berkurung untuk selamatkan diri.”

Ya Allah,
Kesiannya ibu dan abang.
Ayah siap jadi imam. Tak nak solat jemaah nanti kena marah. Ayah kata ayah sihat. Buat je macam biasa.” dengar suara abang di telefon ibu.

Kami message lagi di Group keluarga.
Tapi ayah tak jawab.
Kata ibu, malam itu ayah dah mula marah dan tak bercakap dengan ibu dan abang.
Ayah dah masuk bilik atas. Tapi bila ayah nak ke bilik air, ayah turun bawah juga pergi bilik air dia di dapur ini.” luah ibu yang sentiasa kena berkurung di bilik dengan memakai mesin oksigennya.
Ibu suruh abang hantar bagi makanan dekat ayah depan pintu, sampai sudah ayah tak ambil makan. Ayah marah sangat dengan kita.”
Allahuakbar.

Tapi, saya rasa pelik sangat kenapa ayah tidak digelangkan dengan gelang pink.
Mungkin sebab tidak ada gelang pink, jadi ayah rasa seperti biasa. Lagi-lagi ayah tidak bergejala dan sihat sahaja.

Jangan Seksa Ayah Macam Ni..

Hari kedua
Subuh-Subuh saya call ayah tanya khabar.
Masa sedang video call, ayah kata dengan nada tegas,
Jangan seksa ayah macam ni! Suruh ayah berkurung macam ni. Seksa tahu tak! Ayah sihat!!! Ayah tak ada apa.”

Ads

Saya beristighfar dan try cakap baik baik
Ayah, ayah memang InsyaAllah sihat. Tapi, kalau Covid tu ke ibu macam mana? Ibu tak kuat. Kita sayang ayah, kita juga sayang ibu. Kita nak cegah sebolehnya dari ibu terkena.”

Ayah ulang lagi,
Ayah sihat. Ayah rasa test tu salah. Tak betul. Ayah tak ada apa-apa. Ayah nak pergi test lagi sekali!” tegas ayah dan letak telefon kemudiannya.
Ah, sudah!

Message ibu memang ayah langsung tak jawab sebab ayah marah di layan begitu.
Ayah kata ayah sihat.

Terus saya call ibu pula.
Bu, ayah kata ayah sihat. Ayah kata, ayah tak yakin dengan keputusan semalam. Ayah nak test semula.”

Mula-mula abang risau jika ayah keluar bilik. Kemudian ibu setuju untuk ayah test balik jika ayah ragu dengan keputusan semalam.

Lalu, saya call ayah semula.
Ayah, ibu dan abang bagi ayah turun bawah. Ibu dan abang masuk bilik. Ayah boleh keluar pergi test semula. TAPI.. Tapi ayah janji tau, kalau kali ini pun positif juga, ayah kena kuarantin dekat tempat lain. Ayah kena duduk hotel yang jadi tempat kuarantin dekat dekat sini. Ayah tak boleh serumah dengan ibu dan abang sebab ayah tak boleh kuarantinkan diri sendiri.”
Ayah mendengus kuat.

‘Ayah Tidak Dijangkiti Covid-19 Sebenarnya..’ Ayah Buat Swab Test Sekali Lagi

Pagi itu ibu bagi tahu ayah sudah keluar rumah sehelai sepinggang. Apabila ditanya, sepatah ayah tak jawab.

Ayah akhirnya tidak pulang ke rumah 2 hari membawa diri ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk kuarantinkan diri demi kebaikan ibu di rumah.

Alhamdulillah,
Sikit demi sikit kami tahu ayah di mana dan status ayah terkini.
Rupanya ayah jalani lagi ujian saringan Covid untuk pastikan lagi. Ayah juga pergi ke hospital yang sahkan ayah positif.
Sebab…
Sebab kali ini ujian ayah keputusannya NEGATIF!
Kemudian ayah test lagi keesokan harinya dan ayah terus bermalam di hotel di Kuala Lumpur, tetap NEGATIF juga.
Allahuakbar.
Sujud syukur kami.

Hari ketiga
Pagi ini, ketika call, ibu maklumkan ayah ada di rumah sedang minum air.
Maka betul, virus ini ada dalam udara. Kemungkinan swab test ayah yang pertama dicemari dengan virus Covid yang ada di udara hospital.” kata ibu.
Badan ayah sihat walafiat.

Alhamdulillah…
Terima kasih ayah sebab jalani 3 swab test untuk sahkan status kesihatan ayah.
Terima kasih kerana ambil langkah menjauhi ibu berkilo-kilometer.
Terima kasih kerana menjadi penjaga dan penyelamat ibu selama ini dan masih terus lagi

Bukan kami tak sayang ayah sehingga tak bagi dekat ibu dan tak bagi balik ke rumah, tapi sebab sayang ibu dan ayah lah kami terpaksa pujuk rayu ayah jauhi ibu kerana status pertama ayah.
Alhamdulillah,
Allah nak tegur sikit sahaja.
Alhamdulillah,
AYAH TIDAK DIJANGKITI COVID-19 SEBENARNYA.
Allahuakbar

Moga jadi iktibar kepada semua.
Stay At Home
Udara Malaysia sedang tercemar dan bahaya!
Yang menulis untuk
Berkongsi bagi kebaikan semua,
Khairunnisa Hamzah

(Anak ayah)
1 OGOS 2021

Mingguan Wanita : Demi ibu, ayah sanggup buat ujian saringan 3 kali. Alangkah hebat kasih yang ayah tunjukkan pada anak-anak dan isteri untuk sekian kali.

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI