Asyraf Khalid meluahkan walaupun bergelar anak kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan anak tiri kepada penyanyi wanita tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun dia lebih selesa berdikari dan bukanlah seorang yang meminta-minta dan jauh sekali bergantung harap kepada ayahnya.
“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.
“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi seperti hari ini berkat didikannya.
“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.
Ads
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Ads
Foto: Instagram @tyaarifinnw
RM10, Pilih Makan Dikantin Atau Restoran Mamak
Asyraf mengakui sejak mendirikan rumahtangga dengan isteri tercinta Tya Arifin yang juga artis popular dari seberang, isterinya menjadi saksi jatuh bangun dirinya. Malah dia rasa sangat bertuah kerana Tya sangat memahami dan sanggup harungi hidup susah senang bersama.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
Ads
Bersyukur dengan kehidupan kini disamping isteri dan anak-anak kesayangan. Foto: Instagram @tyaarifinnw
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman, saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sehabis baik,” kata bapa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa juga optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara yang diusahakan oleh isterinya Tya Arifin.
Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.
Aktor kacak Saharul Ridzwan selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata kelihatan begitu penyayang.
Suami kepada Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir dan ayah kepada Muhammad Luth dan Fateema Azzahra ini memberi komitmen yang bersungguh-sungguh sebagai seorang bapa.
Pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Allah. Malah dia juga pernah diaju soalan daripada rakan-rakan yang menyatakan dia sudah berubah selepas berkahwin.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, Saharul akui sebagai seorang suami dan bapa dia perlu lakukan banyak pengorbanan demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.
Seperti mana yang dikongsi;
“Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?”
“Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu. Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya.
“Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta. Satu penghargaan dan ucapan terima kasih utk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada utk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. InShaaAllah..”
Beruntung sungguh Qaabila kerana memiliki suami yang baik dan bertanggungjawab.
Saharul dan Qaabila Deena telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Sebelum ini Saharul juga sering berkongsi dan meluahkan perasaan kasih dan sayangnya terhadap keluarga tersayang.
Luahnya;
“Wahai anak kesayangan Baba, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra
“Baba mungkinlah tidak semewah kawan kawan baba yang lain, tapi jangan risau, InShaaAllah akan baba usahakan supaya CUKUP semuanya.
“Baba mungkin bukan yang terbaik dikalangan kenalan baba, tapi jangan risau, Baba pasti jadi yang TERBAIK utk korang berdua. Termasuklah Mummy
“Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah. Menjadi TERBAIK buat mereka, dunia dan akhirat. InShaaAllah”.
Pagi tadi, pelakon Ashraf Muslim berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan dua isteri yang dicintai, Dayana dan Sakinah serta anak-anaknya di tanah air selama 40 hari.
Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menyahut seruannya bagi menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.
Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.
Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yang paling agung.
Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yang cukup di sana.
Doa Ashraf Muslim Untuk Isteri-isteri dan Anak-anak
Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah SWT saya dapat menunaikan haji.
Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah.
Anak-anakku Sarah , Adam, Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman untuk dimarah, teman untuk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber’spiderman’, teman untuk bersilat, teman untuk main tembak-tambak, teman untuk makan, teman bergosip, teman untuk main rumah-rumah dan masak-masak, teman untuk tidur dan teman untuk segala-segalanya.
Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jangan sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy
Dato Sarimah Ahmad pernah diuji kanser usus, PMX beri sumbangan buat legenda filem klasik. Pasti ramai mengingati lakonan berkesan seniwati negara, Dato Sarimah Ahmad.
Wajahnya yang cantik membuatkan generasi yang lahir tahun 70-an, pasti pernah menonton filem klasik lagenda terutamanya Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul dan lain lagi.
Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus
Namun dua tahun lepas, kesihatan seniwati berusia 82 tahun ini dilaporkan agak merosot apabila diuji dengan kanser usus tahap 3 dan selamat menjalani pembedahan. Terkini dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser tersebut.
Setiausaha politik PMX, Farhan Fauzi menziarahi seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan dari PMX.
Jasa seniwati lagenda ini dalam dunia perfileman tidak boleh dinafikan lagi. Dan semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi setiausaha politiknya, Farhan Fauzi telah berkesempatan seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan.
Jelasnya dalam satu kenyataan di X miliknya @anwar Ibrahim, PMX turut mendoakan agar kesihatan seniwati Sarimah dipermudahkan.
“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.
Jelasnya dalam hantaran tersebut, PMX menjelaskan anak seni ini antara yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing namun kini diuji dengan musibah penyakit yang mengesankan.
Dharma Harun Ar Rashid, 68 tahun dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Selain seniwati Dato Sarimah, antara penerima sumbangan dari PMX ialah pelakon Adik Manja, Dharma Haron Ar Rashid yang turut diuji dengan masalah kesihatan.
Berusia 68 tahun, Dharma dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...