“Assalamualaikum Arabella Mia” seminggu bersalin, Dr Amalina perkenalkan puteri sulung. Tahniah diucapkan pada Pakar Bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang selamat melahirkan puteri sulungnya, Arabella Mia pada minggu lalu.
Dr Amalina yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) telah berkongsi wajah anaknya di Instagram.
Untuk rekod, Dr. Amalina dan suami telah berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan turut berkongsi pengumuman tentang dirinya berbadan dua pada 4 Jun tahun sama.
“Assalamualaikum Arabella Mia”
Menurut wanita yang berusia 35 tahun itu, dirinya dan suami, Alexander Charles menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata mereka itu.
Jelasnyanya lagi, Arabella dilahirkan di Hospital St. Thomas.
Ads
“Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersamanya.
“Kami teruja dengan apa akan berlaku di masa depan. Alhamdulillah,” kongsinya.
Pengikut Dr Amalina rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya.
Bayi ‘mengandungkan’ kembar sendiri mungkin satu perkara pelik namun ia benar-benar berlaku dalam dunia perubatan.Tiada apa pun yang mustahil dengan kekuasaan dan izin Nya.Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini di Barranquilla, Columbia.
Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Terpaksa Dibedah
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Lewat Pembahagian Sel
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya.
MW: Macam-macam perkara pelik dalam dunia perubatan yang tidak mustahil berlaku. Semuanya atas keizinan dan kekuasaanNya.Apa-apapun, pemeriksaan awal oleh doktor pakar pada keadaan bayi ini, wajar dipuji. Bayi tersebut selamat, dan dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berbesar hati meringankan beban keluarga mereka yang mempunyai anak kecil.
Menerusi Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd, penyanyi ini telah memperkenalkan program Bantuan Prihatin 2021 untuk golongan kanak-kanak daripada keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Bantuan tersebut sebagai tanda prihatin pihaknya untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur ketika ini.
Siti Nurhaliza Bantu Ringankan Beban Keluarga Yang Punyai Anak Kecil
Selaku Pengasas Yayasan Nurjiwa merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn. Bhd, Siti berharap agar program bantuan itu akan dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil.
“Bantuan ini memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga memerlukan di Selangor dan di Kuala Lumpur.
“Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini.
“Saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,” ungkap Siti menerusi kenyataan akhbar yang diberikan.
Terus Kuat Bersatu
Siti turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan itu.
“Sejak pandemik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan rakyat.
“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” sambungnya.
Keluarga Susah & Punya Anak Berusia Enam Tahun Ke Bawah
Permohonan Program Bantuan Prihatin 2021 itu boleh dibuat menerusi aplikasi Google Form. Keluarga susah dan mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah layak memohon, di mana ia perlu dibuat oleh salah seorang wakil suami atau isteri.
Pihak Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings iaitu SimplySiti, BeauSiti dan BeauTYRA juga mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.
Sementara itu, orang ramai boleh menyertai usaha memberikan bantuan tersebut dengan menyumbang ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK bersama Kita Fund. Untuk menyumbang, sila klik link ini https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Ibu bawa anak kecil main flying fox di KKB, denda rm20,000 & penjara 10 tahun atau keduanya jika sabit salah. Sejak semalam, tular berita seorang ibu disiasat membawa anak kecilnya menaiki flying fox di Kuala Kubu Bharu.
Ramai menyifatkan keseronokan seketika diciptanya boleh membahayakan nyawa ibu dan anak tambahan pada usianya kecil anak, menaiki flying fox adalah tidak sesuai.
Ditambah tiadanya pemakaian helmet sebagai langkah keselamatan (boleh dilihat pada banyak video di up sebelum ini melibatkan kawasan ini bahkan ibu tersebut juga tidak memakainya), bahkan hanya satu tali saja yang diikat pada badan.
Tak salah untuk mencipta keseronokan bersama anak-anak tapi satu perkara yang mak ayah harus tahu ialah kerajaan telah mengubah akta bagi keselamatan anak-anak itu sendiri.
Berdasarkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah pihaknya ada menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu. “Kita telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Apa yang mak ayah kena tahu tentang Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 ini?
Untuk pengetahuan mak ayah, kes penderaan kanak-kanak dan pengabaian di negara ini telah mendapat perhatian dari kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya.
Secara semulajadi, ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan dan memastikan anak-anak mereka dalam keadaan selamat, namun adakah mereka sedar tentang dasar-dasar kerajaan yang wujud berhubung penjagaan kanak-kanak serta hak anak-anak mereka?
Di bawah dasar ini, ibu bapa yang didapati bersalah menyalahgunakan atau mengabaikan anak-anak mereka harus menerima hukuman berat. Di mana Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Jadi untuk berseronok bersama anak-anak tak salah tapi fikirkan keselamatan mereka juga.
Ini kerana sebelum isu ini tular, sudah ramai yang bertanya tentang langkah keselamatan permainan flying fox yang merentas jambatan tertinggi di Rawang itu dan ada ramai juga individu yang mempertikaikan langkah keselamatan disediakan oleh pihak yang mengendalikan permainan ini. Namun ia sering kali dipandang sepi sebaliknya semakin banyak video keseronokan dipaparkan.
Selepas isu ini tular dan polis menjalankan siasatan seorang individu yang mencuba permainan ini mengakui mencuba permainan ini adalah berdasarkan risiko tanggung sendiri kerana tiada insuran disediakan pihak yang menyediakan perkhidmatan ini.
Dalam istilah lain, sendiri cuba sendiri tanggung kalau jadi apa-apa.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...