
Penyakit jantung ternyata ‘pembunuh’ paling senyap yang tidak dijangka bila boleh berlaku serangannya. Terbaru, Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.
Suami Bunga Citra Lestari
Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Sementara itu di Instagram pelakon ini, ramai rakan artis Malaysia dan Indonesia yang turut berduka dan mengucapkan salam takziah. Antaranya seperti Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Aeril Zafrel, Laudya Cynthia Bella, Yasmin Hani, Hunny Madu, Baim Wong dan sebagainya.
MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga roh allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, semoga tabah dengan dugaan ini.
Sumber: Kompas.com, Sinar Harian, Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak Lelaki “Kami Berdoa Sungguh-Sungguh Minta Kepada Allah”

Isi Kandungan
ToggleSelepas 9 tahun kahwin Taiyuddin & Zila timang anak lelaki. Setiap pasangan yang dah berkahwin tiada satu pun yang tidak ingin zuriatnya sendiri kerana kehadiran anak amat dinanti-nantikan oleh suami isteri.
Begitu jugalah dengan pasangan pelakon dan penggiat teater, Taiyuddin Bakar dan isterinya Norzila Zulkifli, anak ketiga pelakon terkenal Allahyarham Datuk Zulkifli Zain. Selepas 9 tahun berkahwin pasangan tersebut akhirnya menimang anak sulung menerusi perkahwinan mereka.
Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak
Malah Taiyuddin juga begitu gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.
“Alhamdulillah. Isteri saya dah selamat bersalin. Bayi kami lahir awal pagi semalam.
“Kami dianugerahkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram. Proses kelahiran secara normal di Hospital Serdang kira-kira jam 12.40 pagi. Alhamdulillah…Zila okay dan stabil,” kongsi Taiyuddin.
Zila Tak Pernah Mengandung & Keguguran Sebelum Ini
Pasangan sebaya usia 41 tahun itu juga sangat bersyukur kerana akhirnya Allah makbulkan doanya.
“Segala-galanya baik sahaja.
“Cuma Zila kena jalani sop prosedur bersalin dipantau doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
“Syukur rezeki kami.
“Zila tak pernah mengandung sebelum ini, apatah lagi keguguran. Berita gembira ini disampaikan kepada saya ketika kandungannya berusia dua bulan sekitar Mei tahun lalu.
“Bukan kata kami tak berharap kerana selalunya kami berdoa sungguh-sungguh minta kepada Allah.
“Tapi bila tiada rezeki, kami dah reda. Kalau ada kami bersyukur kalau tiada pun kita terima alhamdulillah” kongsinya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online.
Sangat Suka Budak-Budak
“Allah SWT tahu segala-galanya. Kadang-kadang kita rasa kita dah sedia tapi sebenarnya kita tak sedia. Memang pasti ini aturan Allah.
“Saya sebenarnya tak pernah rasa rendah diri dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dan ada anak. Sebabnya saya suka budak-budak.
“Dalam masa yang sama pun saya ada jaga dua anak buah usia tiga dan enam tahun. Mereka duduk dengan kami dan kami jaga mereka dari umur setahun setengah dan setahun. Jadi latihan itu (jaga kanak-kanak) dah ada.
“Apapun saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. Dalam masa yang sama, ada rasa gembira, risau dan bimbang adakah saya mampu jadi seorang ayah yang betul-betul baik untuk dia?
“Untuk persiapkan persiapan akhirat dia, benda-benda inilah yang difikirkan sebab kita berada dalam hidup dan persekitaran yang mencabar sekarang.
“Syukur Allah SWT tambah seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW. Allah beri rezeki lahirkan atas muka bumi ini melalui rahim isteri saya seorang Da’i,” sambungnya.
Menarik Disini : “3 Tip Dari Mama Kalau Bergaduh Dengan Suami..” Dr. Norzizi Zulkifli Pegang Kemas Pesan Datin Normala Omar

Baca Disini : Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual
Sumber Foto Kredit : Instagram Zila Zulkifli
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Siapa Kalau Sahur Macam Ni..” Shuib Kongsi Gelagat Comel Uwais & Talita Di Meja Makan

Isi Kandungan
ToggleMak Ayah amatlah digalakkan mendidik dan melatih anak-anak berpuasa ketika mereka yang masih kecil. Salah satu perkara sunnah yang amat dituntut ketika berpuasa adalah dengan bersahur sebelum masuknya waktu Subuh. Bagi kita yang dewasa ini mungkin tak jadi masalah, namun bila melatih anak-anak yang masih kecil untuk bersahur di subuh hari mungkin pelbagai ragam dan ‘drama’ dapat disaksikan.
Alahai comelnya melihat perkongsian video gelagat comel anak-anak Shuib (Sepahtu) atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,34 di instagram baru-baru ini.Rasanya bukan Shuib dan Siti Sarah je yang alami situasi ini, ramai mak ayah lain juga yang hadapi keadaan sama sabar dalam melayan ragam anak-anak bangun makan waktu bersahur.
Didalam video tersebut, menunjukkan anak sulung pasangan ini Uwais Alqarni,7 dan Dzahira Talita Zahra,5 makan sahur dengan mata yang tertutup di meja makan. Meskipun mengantuk namun tetap kuat semangat untuk bersahur dan berpuasa. Uwais disuap oleh atuknya Raissuddin Hamzah,62 yang juga merupakan ayah kepada Siti Sarah manakala Talita pula disuap oleh Shuib sendiri.Pasangan ini turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Ariq Matin,3.
Berikut antara perkongsian video tersebut:
“Anak Siapa Kalau Sahur Macam Ni…Sahur Mata Tutup”
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on
Perkongsian video ini berjaya menarik perhatian para pengikut pasangan ini malah mereka juga berkongsi pengalaman yang sama.
sharipah78 Bukan anak-anak je sahur tutup mata kadang-kadang saya pun sama tak larat nak buka mata.hahaha.. Serius comel
juneyus Anak saya kadang-kadang je pejam mata kalau time ngantuk sangat sebab malam tidur lambat, tapi lepas sahur je terus bammm tidur.
alehnora Biasalah tu masih budak bateri belum cukup cas, tu pasal susah sangat buka mata,janji dia ada puasa dan makan sikit.Jagankan budak kecil kita orang besar ni pun susah sangat nak bangun sahur nasib baik ada alarm yang buat bising.Dahlah nak bangun sediakan makanan untuk family lagi.
aiyn_dear09 Comel je talita dengan uwais hahaha..
haizahmohd Hahaha..kalau anak saya siap tertidur balik.. makanan dalam mulut, cuit pipi, dia kunyah lagi.
leeya_asyikin Ya Allah comel-comelnya. Nasib mahu juga mengunyah.
63_ijah12 Samalah pengalaman saya masa anak-anak kecik baru nak belajar puasa. Suapkan mengunyah sambil mata pejam. Elok bagi dia orang minum susu kenyang sikit @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin.
anahazliana Anak saya pun gini juga. Nama pun sama uwaiz gak.Adoiiiila uwaiz-uwaiz.
afidahmastor Anak dah darjah 5 pun kalau sahur nasi memang kena suap, tidak nanti ada la muka tersembam dalam pinggan nasi.

fajehan Kenangan termanis buat ibu bapa, nanti bila anak-anak dah besar dah tak dapat lalui kenangan ni.
amni_zuHahaha Comel, puasa penuh dah ke anak-anak ni..baiknye la bangun sahur walaupun mata tutup lagi.
salinasanif Bukan budak je kekadang mak & bapak budak pun mata tutup makan nasi.
zaa1958 Alhmdulillah.Kecik-kecik dah diajar berpuasa, tahniah shuib & sarah juga atuknya.
Ternyata bulan Ramadan merupakan bulan merapatkan hubungan kekeluargaan serta peluang mak ayah dalam mendidik dan melatih anak-anak kewajipan Rukun Islam keempat ini. Namun mak ayah perlu ingat iya, berpuasa bagi anak-anak adalah tidak wajib, biarlah mereka dilatih mengikut kemampuan diri. Kenangan bersahur dengan anak-anak sewaktu mereka kecil ini mungkin menjadi antara kenangan terindah buat mak ayah bila mereka dah besar nanti.
Sumber: Instagram Shuib
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Meninggal Selepas 10 Jam Dalam Kereta, Sepatutnya Mangsa Dihantar Ke Rumah Nenek

Isi Kandungan
ToggleAnak meninggal dunia selepas 10 jam dalam kereta tanpa disedari bapanya. Sepatutnya mangsa dihantar ke rumah neneknya. Tak dapat bayangkan perasaan bapanya melihat tubuh anaknya yang tidak bergerak di bahagian tempat duduk belakang setelah tamat waktu kerjanya.
Ujian ini sudah tentu amat berat buat ayahnya dan juga keluarga. Bukan mudah menelan kenyataan, semoga sang ayah redha dan tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah.
Mangsa Meninggal Selepas 10 Jam Dalam Kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada petang semalam.
Kejadian disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.
Baca Juga Di Sini:
Bapa Terlupa & Terus Ke Pejabat, Anak Meninggal Dalam Kereta Selepas 4 Jam
Ibu Meninggal Dunia Dalam Kereta, Ketika Tunggu Anak Balik Sekolah
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam di dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.
“Sebelum itu bapa mangsa yang berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, pada jam 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.
Bapa Mangsa Lupa Menghantar Ke Rumah Nenek
“Bapanya terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.
“Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Adzli, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan jam 4.30 petang.
Menurutnya lagi, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

“Ketika tiba di kereta sewaktu ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.
“Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Mangsa Dihantar Ke Hospital
Di samping itu, katanya mayat mangsa dibawa ke forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
MW: MW merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak sekelip mata. Ternyata bukan mudah menelan kenyataan yang begitu pahit sebegini. Namun ternyata ayah dan ibunya insan terpilih kerana diuji sebegitu berat.
Sumber: Berita Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI