Arwah pesan jika dia tiada, saya mesti kuat.” Rupanya itu petanda suami akan pergi tinggalkan dia buat selamanya.
Lebih menyayat hati, pasangan ini baru saja mendirikan rumah tangga tiga bukan yang lalu. Tentu saja, isteri ini tak sangka akan kehilangan suami secepat ini.
Arwah Pesan Jika Dia Tiada
“Arwah selalu berpesan jika dia tiada, saya mesti kuat. Saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan saya,” kata Nur Farrah Ertyka Rahmat, 31, isteri kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian yang meninggal dunia akibat serangan jantung petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suaminya, Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA) Mohamad Asyraf Zulkifli, 30, pengsan ketika Majlis Apresiasi Warga Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas), Kluang, Johor.
Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.
Ads
Menurut Nur Farrah, dia tidak menyangka kehilangan suami yang baru dinikahi pada 21 November lalu selepas empat tahun menyulam cinta, apatah lagi arwah tidak pernah mengadu sakit.
“Cuma, malam sehari sebelum kematiannya, saya lihat dia seperti mengalami sakit kaki ketika solat. Bila tanya, dia kata kaki ‘ok’.
“Dua kali saya tegur dia malam itu. Sekali lagi masa dia termenung ketika naik tangga untuk ambil kasut kerja di tingkat atas, tapi dia menafikan ada masalah.
“Paginya dia kelihatan biasa malah sempat payungkan saya ke kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan lebat,” katanya sebak.
Rupanya Itu Petanda
Tambah Pengurus stor kedai serbaneka itu, suaminya juga seorang penyabar dan antara kenangan indah mereka selalu bermaafan selepas solat. “Dia penyabar dan tidak pernah marah. Dia sentiasa ada pada masa saya susah. “Cuma saya agak terkilan apabila arwah tidak sempat datang mengambil roti yang saya beli sebelum dia ke Kluang untuk mewakili pegawainya yang kuarantin.
“Dia kata tidak sempat datang dan akan jumpa saya bila balik nanti, tapi kini dia sudah tiada,” katanya yang tidak lepas memegang pakaian seragam Allahyarham suaminya sepanjang temubual.
Ads
Suami Akan Pergi
Sementara itu, menurut ibu arwah, Salmah Baba, 62, kali terakhir dia berjumpa anaknya ketika majlis kenduri menyambut menantu pada 12 Februari lalu di rumahnya.
Katanya, Allahyarham adalah anak sulung dan satu-satunya lelaki daripada empat beradik.
“Saya tidak tahu dia ada penyakit apa, malah sejak kecil juga dia jarang sakit atau demam,” katanya.
Katanya, walaupun sedih, dia reda dengan pemergian anaknya itu.
“Dia anak yang baik, sejak kecil tidak pernah menyusahkan saya serta mendengar kata.
“Saya memang tidak sangka dia pergi dalam usia muda dan masih belum puas bermanja dengannya,” katanya.
Ads
Katanya, allahyarham suaminya meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jantung.
Mingguan Wanita : Semoga isteri arwah menghadapi takdir ini dan redha dengan pemergian suami tercinta. Al-Fatihah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Orang cakap, mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang. Pernah terfikir tak, mak-mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai. Kalau nak marah anak pun ada caranya. Sebab itu semua anak ‘menjadi’.
Berbanding dengan sekarang, ada mak-mak yang mengeluh panjang bila bercerita tentang anak yang tak dengar kata dan melawan. Itu baru seorang, bagaimana kalau anak ramai. Mahunya mak jadi tarzan marah anak masing-masing.
Kalau nak bercerita tentang kenakalan dan kedegilan anak, masing-masing ada peelnya. Cuma mak ayah saja perlu sabar dan kena tahu cara untuk tanganinya.
Bila difikirkan logik, semakin mak-mak menjerit, rasanya makin anak kuat melawan dan keras hati. Nak anak lembut hati dan dengar kata, kita sebagai mak ayah tilik dulu perangai kita. Sebab kitalah, cerminan hidup anak-anak.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakub Yusra ini boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak ini, biasanya dia selalu ikut perangai mak ayah dia.
Kalau kasar mak ayah, kasarlah anak itu. Sebab itu, depan anak tunjuklah tauladan yang baik.
Jika anak lasak dan buas, macam mana nak tegur? Tak perlulah nak jerit-jerit. Ini caranya.
Mudah-mudahan, cara ini dapat melembutkan hari anak-anak.
MW: Kalau kita tengok, cara mak ayah dulu dan sekarang didk anak cukup berbeza. Memanglah kadang-kadang perangai anak menguji kesabaran mak ayah. Cuma kita kena tahu cara nak tangani dan cara inilah boleh mendidik anak kita juga.
Betul kata orang, rezeki mendirikan rumahtangga ni sememangnya ada dan berlaku tanpa disangka-sangka! Baru- baru ini, jenama baju Melayu ternama, Bulan Bintang menaja busana pengantin terdiri daripada 20 pasangan asnaf dan kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran di salah sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini.
40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa pada 25 Mei lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi Azmi atau mesra disapa Meri, jenama itu gembira dapat menjadi sebahagian daripada detik penting 20 pasangan yang mendirikan mahligai bahagia mereka di majlis terbabit.
“Syukur Alhamdulillah, kami gembira dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan terhadap 40 pengantin ini. Semua pasangan ini menggayakan koleksi pengantin terbaharu Bulan Bintang With Love (BBWL).
“Kami difahamkan 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama Islam, jadi kami rasa bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan mereka.
“Ini hanya sumbangan kecil jenama Bulan Bintang kepada mereka yang memerlukan dan kami gembira dapat menghulurkan bantuan. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,” kata Meri.
Taja Percutian Bulan Madu
Dalam pada itu, bersempena koleksi busana pengantin BBWL, Bulan Bintang berbesar hati menaja percutian bulan madu untuk pasangan bertuah ke Bali!
Dengan pembelian pakej busana pengantin lelaki dan wanita BBWL koleksi Adeline, Alessia, Elaina dan Fionna, anda layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi percutian bulan madu 3 hari 2 malam di Nyuh Bali Villas beserta tiket penerbangan pergi dan balik!
Jangan bersedih bila hajat dan impian tak sampai, mungkin anda kena gali konsep doa sampai nampak jalan yang boleh keluar daripada segala masalah.
Ok, pernah tak hidup anda dianiaya orang yang paling anda percayai. Rasanya bagaimana, sakit sekali sampai tak nampak dah yang lain-lain melainkan mahu balas kembali perbuatannya. Betulkan?
Ketika jiwa lemah tak berdaya, kepada Allah jualah anda memohon pertolongan. Tanpa jemu anda memohon moga Allah berikan pembalasan yang setimpal pada mereka yang menganiaya itu. Biar mereka sama merasai apa yang anda alami. Baru puas hati, kosong-kosong.
Hakikatnya, nak capai hati bahagia bukan itu caranya. Master Coordinator ar iReach, Puan Lyna Noh yang dikenali sebagai Akacan berkongsi cara mencapai hati bahagia dengan mendoakan orang lain.
Hati Bahagia & Hajat Tercapai
Salah satu cara hati bahagia & tercapai hajat ialah dengan mendoakan orang lain.
Dulu saya kalau nak marah orang, saya geram, doakan yang bukan-bukan. Biar mati kena langgar lori!
Tapi sejak saya faham tentang konsep doa yang diaminkan malaikat, saya tukar.
Kepada yang melukakan hati saya, saya doakan dosa-dosanya diampunkan, hajatnya tercapai, diberi hidayah, hidupnya bahagia dan sejahtera dunia akhirat.
Kenapa?
(1) Kita akan lebih bahagia bila mendoakan orang lain. Walaupun orang tu mencederakan hati kita. Ia lebih baik daripada menanggung sakit hati mengenangkan mereka.
(2) Apa yang kita doakan pada orang, malaikat aminkan dan berdoa pula agar kita pun dapat doa yang sama yang kita pinta buat mereka. Kalau kita minta doa agar orang tu mati dilanggar lori entah-entah kita dulu yang kena langgar lori.. naudzubillahi min zalik.
(3) Syaitan suka bila kita bermusuh tapi sengsara bila kita bersilaturrahim.
(4) Bila kita doakan kebahagiaan orang yang melukakan kita, mudah-mudahan doa kita makbul, dia sibuk dengan kebahagiaannya & tak kacau kita lagi dah.
(5) Kerana kita pun bukannya tak buat salah dengan orang lain.. Mungkin banyak benda yang kita tak perasan tapi melukakan dan menggores hati orang lain. Jangan ingat kita baik/mulia sangat.
Kawan-kawan, cubalah. Doakan orang-orang yang pernah melukakan hati kita (termasuk saya la kalau ada). Doakan kebahagian mereka, diberi hidayah, kejayaan, makbul hajat… mula-mula mungkin kita rasa sukar. So unfairkan? Tapi yang pasti kita akan rasa betapa manisnya perasaan itu.
Saya doakan kawan-kawan semua tercapai segala yang dihajati. Mudah-mudahan Allah redha & suka dengan apa yang kita kerjakan.