Ardell bantu mangsa terperangkap banjir, mulianya hati selebriti yang juga pelakon, usahawan dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana yang turun padang membantu mangsa banjir.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, ibu kepada seorang cahaya mata ini dilihat begitu gigih membantu mangsa yang terperangkap dalam banjir di Shah Alam.
Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir
Ardell bersama Misi Kemanusiaan My Fund Action juga berkongsi detik menyelamatkan mangsa banjir. Paling membuatkan Ardell tersentuh hati apabila melihat kerjasama rakyat Malaysia tanpa mengirabangsa dan agama yang saling bersatu hati menghulurkan bantuan buat mangsa banjir.
“Hasbunallah wanikmal wakil
“Alhamdulillah bermula jam 2 tengah hari atur perjalanan boat
“Jam 7 pagi kami selesai apa yang termampu walaupun ramai turun membantu masih tak mampu tampung dan bantu setiap tempat, sungguh saya nampak kepenatan semua semoga Allah redha pada semua yang menolong tadi, Doktor, Bomba, Askar, JPAM serta sukarelawan yang lain.
Ads
“Keadaan Gelap Gelita. Basah Kuyup Sampai Menggigil”
“Semoga Allah memberi kan kesabaran kekuatan buat semua yang melalui ujian ini. Saya nampak, masyaAllah kerjasama semua tanpa kira bangsa dan agama.
“Melayu, Cina, India, bersatu hati membantu, ada yang sedia kan makanan, ada yang turun bersama bantu keluarkan mangsa terperangkap dalam banjir.
Dengan keadaan gelap gelita, line hp tiada. Basah kuyup kami bermula jam 12 malam sehingga 6:50 pagi pun sejuk sampai mengigil ini kan mereka yang terperangkap selama beberapa hari
Syukur Dapat Bantu Warga Emas, Pesakit Strok, Anak Kecil, Wanita Mengandung
“Alhamdulillah dapat tolong warga emas ,yang strok, baby , kucing , anjing, anak2 kecil, wanita mengandung , pekerja Aeon yang terperangkap semalam (dalam AEON).
“Syukur air semakin surut subuh tadi, semoga terus surut Aamiin.
Ads
“Team kami @myfundaction berpecah di shah alam , pahang, perak .. semoga semua selamat dan dalam keadaan yang baik-baik,” luah Ardell.
Watak popeye, cerita kartun yang membuatkan sesiapa tengok pasti leka. Awal-awal ‘hero’ mesti kalah, tapi bila dah diberi makan bayam, terus bertenaga demi menyelamatkan isteri tersayang dari penjahat.
Inilah watak kartun popeye yang sentiasa menghisap paip dan mempunyai tatu sauh di lengannya. Kartun ini dicipta pada tahun 1929 oleh EC Segar. Ia adalah watak pelaut dan kartun animasi yang terkenal dengan mata kanannya yang juling, lengan yang besar dan menghisap rokok paip.
Di sebalik watak popeye ini ada lelaki yang sebenarnya.
Gambar ini adalah lelaki iaiatu watak popeye yang sebenar.
.
Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul-betul wujud. Inilah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.
Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer dekat pub gitu.
Benda ni sebab orang selalu kenal dia sebagai jenis kuat gaduh dengan orang, dan sebelah mata dia macam jadi cacat sikit. Daripada mata cacat ni lah datangnya nama ‘Pop Eye’ (mata terkeluar). Dia juga selalu djumpai dengan rokok paip yang dia letak di tepi mulutnya, dan sebelah lagi mulut dia dia guna untuk bercakap.
Bila dia jumpa budak budak, dia suka bercerita pasal perkara yang dia buat zaman semasa zaman muda dulu, terutamanya pasal kekuatan dia. Selalu cakap benda yang buat dia jadi kuat ialah sebab dia suka makan sayur bayam.
.
Dalam kalangan kanak kanak tersebut, ada seorang budak ni bernama Ezlie Crisler Segar yang bila dia dah besar, dia cipta watak kartun Popeye, sempena lelaki ni.
Mingguan Wanita : Olive, isterinya pula tak pasti macam mana kewujudannya. Mungkin ini sekadar imaginasi untuk menarik perhatian penonton melihat kartun ini.
Syatilla Melvin sematkan dalam jiwa mahu usaha khatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Begitulah perkongsian di akaun laman Instagram isteri kepada Shaheizy Sam yang juga pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin.
Syatilla juga mohon doakan agar dipermudahkan hajatnya itu.
Syatilla Melvin Usaha Khatam al-Quran, Baca 4 Muka Surat Sehari
Usaha murni Syatilla itu sememangnya perlu disokong dan pelakon ini juga berharap naskhah al-Quran yang sebelum ini menjadi hiasan atas almari akan dibuka setiap hari.
“ASAL CONTENT BACA AL QURAN KONON-KONON BAIK, KONON-KONON ALIM.
“Ya allah jahatnya aku pernah terdetik dalam hati setiap kali nampak orangg post content mengaji. Tolong lah jangan jadi manusia macam ni tolong ambil dari sudut yang baik!,” tulis Syatilla.
Zaman Sekolah 4 kali Khatam al-Quran
Ibu kepada dua cahaya mata ini akui sewaktu zaman sekolah dia sudah khatam al-Quran sebanyak empat kali.
“Malam ni tilla sendiri rasa terinspirasi dengan posting-posting yang mengundang rasa negative tadi!
“Content yang aku rasa negative tu berjaya buat aku sentuh al-quran yang selama ni jadi hiasan atas almari.
“Dulu masa zaman sekolah, dah tiga, empat kali berjaya khatam al-Quran. Semi Allah.
“Makin besar, makin kenal duit, makin banyak duit, al-Quran dah jadi jauh sangat dah. Baca pun merangkak-rangkak macam baru nak kenal huruf.
“Dan yg paling best, bila terdetik perasaan di atas automatically, scroll-scroll ig tiba-tiba nampak ceramah ustaz-ustazah cerita pasal seksa kubur, pasal macam mana al-Quran tolong kita bila mati, macam mana al-Quran jadikan kita manusia lebih sempurna.
“Sumpah tak tipu, hari-hari Tilla akan nampak ja ceramah-ceramah pasal hebatnya amalan baca alQuran kat ig. Lagi tak mula buka baca, lagi banyak ternampak. Dah terang-terang memang Allah nak tolong, dah bagi petunjuk dah pun takkan masih nak buat tak tahu?
“Insyaallah kita cuba khatam dalam masa sebulan ni,1 hari dpt baca 4 muka surat pun dah besar rahmat dah! Doakan,” tulisnya.
Cukup membimbangkan apabila ramai yang dijangkiti virus influenza. Ia mudah dijangkiti melalui titisan cecair pernafasan menerusi batuk dan bersin. Menurut kenyataan akhbar KKM, berdasarkan trend yang direkodkan kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI), terdapat peningkatan kes semenjak pertengahan bulan Disember 2019, lepas.
Seeloknya jika anak-anak mempunyai influenza, mak ayah kena lebih bersikap bertanggungjawab kuarantin mereka di rumah. Tak perlu hantar anak ke sekolah, pusat transit, nurseri mahupun berada di tempat awam.
Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat, tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya
Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.
Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.
Antara simptom-simptom Influenza A adalah;
– Demam dan menggigil
– Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
– Sakit kepala dan otot
– Sakit tekak dan batuk
– Selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom;
– Sesak Nafas
– Nafas Laju
– Demam Tinggi yang berpanjangan
– Kulit kelihatan kebiru-biruan
– Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
-Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (Lampin kering, Menangis Tiada Air Mata)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
– Sakit Dada
-Sesak Nafas
-Kebingungan
-Muntah-Muntah yang berpanjangan
-Selsema berkurang tetapi deman dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah;
Rehat di rumah.
Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap.
Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat.
Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar.
JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH
Tutup mulut ketika bersin dan batuk.
Cuci tangan dengan kerap.
Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital.
Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah.
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (Pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti;
– Bayi
– Kanak-kanak kecil
– Warga emas
– Wanita hamil
– Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .
Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mencegah jangkitan influenza serta menjaga anak-anak yang mengalami jangkitan ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...