Memang payah nak jumpa apam balik yang betul-betul ikut cita rasa tekak sendiri. Selalunya yang dijual, tepungnya terlalu tebal dan isi jagung, kacang dan gulanya sikit sangat.Buat mak-mak yang suka makan apam balik, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Letak jagung penuh meleleh, kacang tabur ikut citarasa sendiri, puas hati makan.
Boleh cuba perkongsian resipi Apam Balik oleh Puan Raihan Mahat ini;
“2 hari layan apam balik.Bila buat sendiri nak letak jagung sampai meleleh pun boleh.Nak tebal ke nak nipis ke pun bolehhhhh.Kalau yang nak buat esok lusa, ni saya edit letak resepi sekali ok.”
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan Tabur:
Kacang tanah (Saya beli yang dah siap kat pasaraya. Aritu beli sebab buat kuih makmur dengan cheese tart magnum tu)
Jagung manis dalam tin (beli kat eco murah uols RM2.10)
Gula
Marjerin
Cara Membuat:
1.Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
2.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3.Sapu margerin dipermukaan non stick pan. Buat ade-ada je sapu tu. Tak yah banyak-banyak. Tuangkan dalam 2 senduk dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita. Aggitew.
4.Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang then jagung. Masa dah angkat sapu lak majerin.
5.Masa nak potong tu lalukan pisau kat air. Ok siap. 1 adunan resepi ni ley dapat dalam 4 keping.
Makesure sape dah tengok resepi ni, buat iya esok. Hahahaa. Pastu letak gambar kat komen kat bawah.
(Kalau nak letak pulut itam pon boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia khennnn).
MW: Senang je rupanya mak-mak nak buat apam balik sendiri di rumah. Tak perlu beli kat pasar malam dah. Yang bestnya, kita boleh tentukan sendiri nak tebal atau nipis, letak inti atau bahan tabur banyak-banyak pun boleh.. ikut citarasa sendiri.
Sumber: Raihan Mahat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI