Anugerah terindah Nelydia & suami jadi tetamu Allah tunaikan ibadah haji. Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila Nelydia Senrose dan suami Mohd. Hafez Halimi sudahpun berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Nelydia sebelum ini yang mendapat perhatian ramai dengan mengenakan hijab selepas pulang menunaikan umrah tahun lalu telah berkongsi gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Mekah.
Anugerah Terindah Nelydia & Suami
Malah pasangan ini juga menyifatkan panggilan haji yang diterimanya adalah anugerah terindah buat mereka.
“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami utk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua.
“Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kpd semua yg mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yg saya sedari maupun yg tanpa sengaja terlepas pandang selama ini.
“Halalkan Makan Minum Kami”
“Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik.
Ads
“Dipermudahkan segala urusan dan dgn izin-Nya mendapat haji mabrur.
segala yang saya hajatkan…
semua yang saya impikan…
apa yang saya bayangkan…
“Tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat,” kongsi Nelydia.
Ads
“Semoga Allah Rahmati Kamu Berdua”
Menerusi ruangan komen rakan artis mendoakan agar pasangan suami isteri ini dipermudahkan ibadah mereka dan mendapat haji yang mabrur.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zizi akui tak sesal dengan perubahan diri “Allah lebih mengetahui apa yang berlaku”. Penyanyi Zizi Kirana yang begitu tekad dengan penghijrahannya menjadi Muslimah sejati boleh dicontohi wanita muda di luar sana.
Reda dengan takdir oleh Yang Maha Esa, Zizi akui adalah sangat penting untuk dirinya terus istiqamah.
Zizi Akui Tak Sesal Dengan Perubahan Diri
Malah selepas berubah dan berhijrah, tidak pernah wujud rasa sesal dalam diri. Dirinya juga sedang berusaha untuk menjadi insan lebih baik.
“Saya berasa bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini.
“Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.
“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan ALLAH.
“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,“ kongsi Zizi.
Tidak Mahu Alpa
Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, Zizi juga turut berterima kasih kerana mendapat sokongan daripada peminat.
Dirinya juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang sakinah dan mawaddah.
Bahagia Disamping Suami Tercinta
Zizi yang kini begitu bahagia disamping suami tercinta, Yusuf Bahrin rupanya sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.
“Setelah bergelar isteri, dirinya tidak lagi boleh bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.
“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing.
“Perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.
“Banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal berpanjangan dan kita ikutkan sahaja takdir yang telah diaturkanNya,” kongsi Zizi.
31 Ogos ini rakyat Malaysia akan raikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke-62. Sama seperti orang lain enam Peneraju Bernama Radio ini pun tak ketinggalan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara. Sedondon memakai tudung merdeka.
Kata Peneraju Kanan, Nazira Noran, “Kami teruja melihat ramai cikgu sekolah bergambar pakai tudung corak bendera Malaysia. Kami pun terjebak dan seronok melihat cikgu sekolah dan anak murid bersemangat memakai pakaian ala kemerdekaan.”
“Apa salahnya, jika kami semua bertudung sedondon. Memandangkan semua peneraju di Bernama Radio sekarang bertudung. Kecuali Amar Yusoff, tak dapatlah dia pakai tudung.”
Pilihan memakai tudung sedondon di konti juga berentetan dengan melihat di kebanyakan laman sosial malah instagram kebanyakan peniaga tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung. Antaranya kain bawal, shawl, kain satin, kain crepe dan sebagainya.
“Baju mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Jadi, kami memilih untuk sedondon bertudung corak bendera.”
Beli Tudung Merdeka Bawah RM10 Di Jalan TAR
Bukan peneraju saja teruja, malah pendengar radio juga teruja sama. Bertanyakan di mana, mereka membeli tudung corak bendera ini.
“Ramai tanya kami beli tudung kat mana. Termasuklah pendengar setia kami. Kami pergi cari tudung ni cuma di Jalan TAR. Harganya pun bawah RM10 sahaja.”
Dalam laporan Sinar Harian, turut menyebut trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan terbaru di pasaran sempena Hari Kebangsaan nanti.
Yang mana, warna asas Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih menjadi warna asas rekaan tudung yang dihasilkan dalam bentuk selendang mahupun bawal.
Bulan lalu, bekas pesakit Covid-19 ini ditempatkan di wad diraja (wad Covid) HKL selepas disahkan positif, malah arwah suaminya meninggal disebabkan Covid-19. Pada 6 April, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Aiza Syafinaz binti Hj Shahak negatif dari virus berkenaan.
Ikut prosedur KKM, pesakit yang disahkan negatif selepas melalui ujian saringan tidak boleh pulang ke rumah bertemu ahli keluarga. Sebaliknya mereka perlu menjalani self kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan.
Bekas pesakit ini berkongsi apa yang dilaluinya, selepas bebas daripada Covid-19
Selepas Discharge, Ke Mana Hala Tujuku
Di mana pula aku di hantar?
Selepas disahkan negative Covid pada saringan kedua dan ketiga maka aku telah pun bebas Covid-19 (pengesahan dari KKM pd 6.4.2020).
Aku pun fikir seperti kalian fikir : mungkin aku sudah boleh pulang ke pangkuan keluarga atau duduk di rumah KL.
Aku dihubungi oleh doktor Zulaikha HKL menyatakan ambulans akan uruskan aku discharge dan aku perlu menjalani self kuarantin 14 hari di pusat kuarantin pusat belia ini.
Agak terkejut juga. Tetapi aku akur. Tak banyak tanya kali ini kerana aku ingin sembuh 100% aku serah semuanya pada aturan Allah SWT.
Aku memang orangnya tidak cerewet. Malah, aku boleh sesuaikan keadaan dengan apa sahaja fenomena. Dan dengan sesiapa sahaja dalam dunia ni. Kerana aku memang ingat pesan mak Hajah Zainab Bt Mawan dan abah Haji Shahak jika kita bersyukur pada nikmat Allah.. Bersangka baik pada Allah… syukur dengan ikhlas maka Allah akan tambahkan nikmat dan rezeki kita.
Allah akan bantu kita dengan penuh kasih dan sayang. Arwah suami juga selalu pesan jangan susahkan orang. Jaga diri… Al fatihah untuk suami tercinta (di baca)
Bekas Pesakit Ini Ikut Saja Di Mana KKM Nak Hantar..
Aku ikut sahaja di mana KKM nak hantar aku. Pusat kuarantin mana pun aku redha dan terima dengan lapang hati. Aku nak sihat.. aku kena kuat.
Kini, aku di kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras selama 14 hari. Di mana? area stadium dan HUKM, Bandar Tun Razak.
Alhamdulillah aku sihat dan stabil. Meneruskan penulisan di fb dan ig. Duduk seorang diri dalam bilik dan me time dengan Allah SWT.
Ramai yang bertanya khabar, ramai yang call tanya pusat kuarantin aku macam mana. Adakah seperti pusat kuarantin kayangan atau asrama tinggal atau bgaimana. Ramai yang ingin aku kongsikan panorama lokasi kuarantin.
Ya Allah terima kasih ambil berat… alhmdulillah pusat kuarantin di sini sangat ok. Terima kasih KKM, APM, Rela dan semua yang terlibat. Petugas kat sini baik-baik.. siap ada wasap group.. semua diberi percuma..
Sepit kuku pun dapat. Selipar, towel, ubat gigi, sabun basuh kain, sabun mandi.. segalanya ok. Alhmdulillah… syukur sangat. Berkat sabar, redha… Allah bantu aku… Allah sentiasa jaga aku. Dia tahu aku jauh dari keluarga… Allah hadirkan ramai kawan-kawan yang hantar makanan dan kirim semangat. Nota kekuatan dan banyak sangat rezeki aku di sini. Terima kasih Allah.
Ya Allah… ucapan bersyukur dan sujud syukur sentiasa dibibir ini. Jadikan aku manusia yang bersyukur, tabah, redha, cekal, tabah dan kuat semangat. Pada kawan-kawan yang wasap tanya khabar, Alhamdulillah aku doakan korang semua sihat.. dilindungi.. diberkati Allah…yang kirim makanan aku ucap kan tq dan lepas ni rezeki kalian pasti mencurah-curah.
Saat di sahkan negative Covid pun aku dah syukur sangat. Sujud syukur, solat sunat 2 rakaat. Terasa macam mimpi Allah masih pinjamkan aku nyawa. Duduk dalam wad aku berlawan emosi tiap saat dan ketika. Antara hidup dan mati.. antara tewas dan kuat. Terbayang semua wajah-wajah keluarga tersayang di Simpang Renggam Johor.
Aku bersyukur sangat kerana insan yang menghantar kan aku menaiki ambulans ke Pusat Belia ini adalah rakan arwah dari kecil. Sama sama sekolah dan merangkap jiran arwah di Kampung di Kuang Rawang. Sahabat arwah yang memandu ambulans ini bernama Ku Mohd Faizal sungguh mulia tugas mu sebagai frontliner. Tidak dapat ku balas jasa mu sahabat. Terima kasih sahabat menyantuni jenazah suami ku insan yang tercinta.
Katanya lagi, beliau juga yang menguruskan jenazah di tayamum kan, disolatkan di HKL ICU. Bersama beberapa petugas KKM yang lain. Dan turut memandu ambulans terus ke kampung arwah.. tanah perkuburan Country Home Rawang untuk dikebumikan. Ya Allah terima kasih sekali lagi. Tiada ungkapan untuk dizahirkan.. laju air mata turun membasahi kelopak mata.
Terima kasih KKM semua yang bantu uruskan jenazah suami saya sehingga ke liang lahad.. mulia sungguh tugas kalian. Kau mengiringi sahabat mu hingga ke pusara di saat aku tidak berdaya membuat semua itu. Disaat aku sendiri tidak dapat keluar ke mana-mana.
Tak Dapat Berada Di Sisi Arwah Suami
Allah jaga aib arwah suami ku… Allah hadirkan insan-insan mulia yang banyak membantu kami. Tiap saat aku katakan pada diri, ya Allah berdosa nya aku sebagai seorang isteri kerana aku tiada di sisi suami tercinta saat dia menghembuskan nafas yang terakhir. Terkilannya aku… tidak dapat ku gambarkan perasaan ketika itu.
Perjalanan arwah menaiki van jenazah yang dipandu sendiri oleh sahabat arwah dengan diiringi oleh kereta Peronda Polis hingga ke pusara. (ini diceritakan oleh sahabat arwah) arwah seperti orang tidur, tenang dan redha. Terima kasih juga saudara Mohd hakim yang berada dalam wad HKL ICU untuk membantu arwah, memudahkan perjalanan akhir nya mengikut prosedur KKM.
Lalu disambut oleh ustaz Shirazi Fbnya : Abdullah Shirazi Mahmud.. aku panggil ustaz Abdullah. Tak dapat nak add fb nya, juga merupakan sahabat dan jiran arwah masa sekolah. Mandi sungai sama-sama dengan arwah. Main bola… yang paling aku ingat kawan arwah ini datang Johor ke majlis perkahwinan kami.
Rasanya juga ustaz yang sebaya dengan arwah ni jadi saksi pernikahan kami. Sungguh banyak jasa ustaz Abdullah kepada kami. Dia sambut jenazah suami ku dengan baik.. dia juga yang bacakan doa dan talkin.. 2/3 hari sebelum arwah meninggal ustaz ada menefon arwah, bertanya khabar. Ramai nya sahabat sahabat yang membantu arwah pulang ke kampung abadi..
Ya Allah terima kasih ustaz Abdullah yang merangkap imam muda di Kampung suami.. apa pun semua nya dah selesai. Ianya akan menjadi sejarah untuk diriku. Dan moga bertemu di jannah Firdaus. Semoga tenang di sana sayang. Damailah di pusaramu.
Terima kasih Semua… terima kasih sahabat fb, media dan ramai yang ambil berat. Sesungguhnya aku tidak keseorangan dalam dunia ini.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...