Tahniah diucapkan buat penyanyi Nora Ariffin di mana beliau antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Penyanyi yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian ini juga sebelum ini telah memperoleh pelbagai pengiktirafan.
Datuk Nora Terharu Hadiah Bermakna Buat Dirinya & Arwah Suami
Sempena kurniaan Darjah Kebesaran ini, Nora menerusi entri di akaun Facebook miliknya berasa sangat bersyukur. Tanggal 1 Februari 2021 meninggalkan momen manis buat dirinya.
“Assalamualaikum warahmatullah,
بسم الله الرحمن الرحيم
“Alhamdulillaah, Segala puji hanya bagi Allah swt ,
“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan kurniaan ini.
“Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yg diberi.
“Sejujurnya saya amat bersyukur pada Allah swt, terharu, teruja dan gembira di atas penganugerahan ini.
“Ia adalah anugerah dan hadiah yang amat bermakna untuk saya dan juga arwah suami tercinta Johan Nawawi.
Amanah, Tanggungjawab & Peniup Semangat Untuk Aktif Dalam Seni
“Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, keluarga, saudara mara, sahabat sahabat, peminat peminat, semua pihak media yg telah memberi ucapan, sokongan dan doa kepada saya.
“Ini adalah satu amanah, tanggungjawab dan peniup semangat untuk saya terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya.
“Semoga kita semua diberkati Allah swt.
“In Shaa Allah,” tulis Nora.
Tahniah Juga Buat Datuk Habsah Hasan & Datuk Yusry Abdul Halim
Selain Nora, dua karyawan lain iaitu Habsah Hasan dan Yusry Abdul Halim turut tersenarai antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan,
Mereka masing-masing menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Habsah merupakan penulis lirik dan telah menghasilkan 1,300 buah lirik lagu termasuk lagu bertemakan kenegaraan, nasyid dan korporat.
Tidak hanya berbakat dalam penghasilan lirik lagu, figura berusia 72 tahun itu juga berkebolehan menulis skrip, sajak dan kini aktif dalam dunia belakang tabir sebagai penerbit.
Yusry pula cukup dikenali bersama adik-beradiknya menerusi trio KRU dan turut aktif dalam dunia lakonan serta belakang tabir sebagai pengarah drama, filem dan juga muzik video.
Menghargai Sumbangan Besar Penggiat Seni
Seperti mana dipetik menerusi Astro Awani, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Menurut Annuar lagi, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19.
Sumber: Astro Awani
Sumber Foto: Facebook Nora Ariffin, Instagram Habsah Hassan & Instagram Yusry
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI