Sumber / Sumber Foto : Instagram Sheila Razlan

Anak sumbing, jangan sesekali salahkan keturunan “Allah nak bagi saham pahala pada kita untuk membesarkan anak-anak yang sumbing”.

Sumbing merupakan rekahan yang terjadi pada bahagian struktur bibir atau lelangit. Dalam sesetengah kes, masalah sumbing boleh berlaku kepada kedua-dua bahagian tersebut.

Ia berlaku apabila struktur muka tidak bercantum sepenuhnya ketika dalam proses tumbesaran janin.

Ibu bapa yang dikurniakan anak dengan masalah sumbing jangan bimbang kerana masalah ini  boleh dirawat. Malahan rawatan yang sesuai untuk bayi selepas dilahirkan juga ada dan ia disusuli dengan beberapa rawatan tertentu bergantung kepada peringkat usia.

Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan

Seperti yang umum ketahui, penyanyi Lan Solo dan isteri Sheila Hassim telah dikurniakan seorang anak yang sumbing. Kini usia Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dengan panggilan Xandra yang dilahirkan pada 24 Februari sudah berusia 4 tahun.

Menerusi perkongsian terbaru Sheila Hassim menerusi akaun Instagramnya, Shiela menasihati ibu bapa yang dikurniakan anak sumbing jangan cepat berasa rendah diri.

Malah ada beberapa tip yang dikongsikan sangat berguna terutama buat pasangan yang bakal menimang bayi yang sumbing.

InsyaAllah penerangan yang diberi cukup bermanfaat dan paling penting jangan panik dan carilah saluran info yang berguna.

“Lately ni ramai dm KY tny progress cleft bibir Xandra.. .

“Ok KY share la perjlnn spjg 4 thn sejak Xandra lahir.. .

Ads

“Video ni KY ambik mlm tadi masa dia tido supaya nmpk jelas kesan jahitan dia skrg. .

“Xandra operate bibir kat PPUM.. masa umo 3 bulan dan berat masa tu ngam2 5kg.. .

“Bil hospital yg kene byr dlm rm 700++ je x silap sbb ada subsidi masa tu drpd NGO yg mmg bantu anak2 sumbing.

Jangan Panik & Jangan Baca Info Yang Salah

“So, parent yg dah detect baby cleft, cepat2 register dgn CLAPAM ya.. hny mereka yg pakar dlm mengendalikan proses baby cleft dr lahir & akan guide kita smpi la baby selamat operation.. .

“Call 0122059140 (Pn Zuraini) bgtau je kondisi baby. .

“Jgn panik & jgn baca drpd mana2 grup yg info nya x sahih.. sbb nanti mental down.. .

“Parent yg ada anak cleft mcm Xandra ni, uols kene enjoys the moment.. bukan pk kenapa boleh sumbing & start salah menyalahkan smpi keturunan pon terkait sama.

Ads

Anak Sumbing Bukan Cacat

“Semua ni Allah nk bagi saham pahala pd kita utk membesarkan anak2 cleft.. .

“So mommy & daddy out there.. anak sumbing bukan cacat.. malah mereka akan memberikan senyuman paling cantik bila dah selesai operate nanti.. .

“Enjoy the moment okay,” kongsi Sheila.

Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan “Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita” 
Gambar terkini Xandra.
Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan “Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita” 
Gambar semasa bayi. Sebelum dan selepas pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SheiLa RazLan (@sheilarazlan)

“Kesan Jahitan Elok Bercantum” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang memanjatkan doa dan memuji kesan dari jahitan begitu sempurna dan bercantum cantik.

Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan “Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita”  Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan “Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita” 

Ads

Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan “Allah Nak Bagi Saham Pahala Pada Kita” 

Baca Disini : ‘Alhamdulillah.. Bibir Xandra Cantik Kejadiannya’ Begini Sheila Urus Parut Sumbing Anak

Isteri Lan Solo Beri Petua Cantikkan Kesan Parut Sumbing Baby Xandra

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SheiLa RazLan (@sheilarazlan)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SheiLa RazLan (@sheilarazlan)

Mingguan Wanita :  Alhamdulillah semakin besar semakin cantik anak gadis Lan Solo dan Sheila ni. 

Sumber / Sumber Foto Instagram Sheila Razlan

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI