Bila berjalan-jalan, mata mesti akan tertumpu pada keluarga yang mempunyai anak ramai. Betapa bangganya lihat pasangan yang mampu ‘handle’ anak mereka. Pulak tu berderet-deret.
Rasa bangga mungkin bertukar jadi kasihan pula bila tengok anak ramai. Bagaimana perangai mereka di rumah, mak ayah uruskan rumah dan paling penting cukupkah rezeki yang mereka ada.
Mungkin ada banyak lagi tanggapan yang bermain di fikiran orang memerhati pada keluarga anak ramai ini. Belum lagi pasangan itu sendiri yang melaluinya. Boleh bayangkan huru hara dalam membesarkan anak-anak ini.
Namun, tak perlu membuat tanggapan yang bukan-bukan. Setiap anak itu ada bahagian rezeki masing-masing. Kalau sebelum ini risau tambah anak takut tak cukup duit. Tapi bila anak bertambah, boleh cukup saja dan sama seperti sebelum ini.
Bila pergi mana-mana, kadangnampak ada yang terkumat kamit mengira anak kami.
Kadang nampak muka mereka tersenyum ikhlas.
Ada juga yang tersenyum sinis.
Ramai juga yang bertanya, macam mana ‘handle’ mereka ini.
Ads
Bila cakap, hantar taska, “Cukup ke”
Insya Allah cukup, percaya saja pada Allah yang Maha Kaya.
Rezeki Bertambah
Anak ramai rezeki bertambah. Dulu boleh suap satu mulut.
Sekarang boleh suap banyak mulut.
Maka betullah setiap anak yang lahir itu Allah hadirkan dengan rezeki sekali…
Ada yang tanya juga.
“Tak penat ke urus anak ramai-ramai?
Sangat tak penat sebab ramai pembantu. Bila lahir yang kecll, kakak abang yang kat atas semakin membesar. Banyak dapat membantu.
Kadang-kafang berebut untuk jaga adik. Siap bahagiakan tugas lagi.
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan anak-anak kita. Insya Allah mereka lah yang akan bantu kita.
Ads
Anak sedikit atau ramai sama saja.
Rezeki Allah yang bagi, tak perlu pertikai atau mengeluh.
Yang belum ada anak juga pasti ada hikmah di sebaliknya…
Mingguan Wanita : Masa kecil memang mak ayah hura hara sedikit. Tapi bila besar, tak terasa pun anak ramai sebab masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Meriahnya bila dapat berkumpul ramai-ramai.
Anak lelaki ini tanggungjawabnya berat. Tapi akan jadi ringan bila mak dah terang dan didik sejak dari kecil lagi. Mereka bukan saja bakal jadi ketua keluarga, tapi menenang jiwa dan lelah untuk bakal isterinya atau menantu.
Isteri itu bukanlah orang gaji yang boleh suami arah itu dan ini. Dialah peneman hidup yang perlu dijaga dengan baik agar matlamat perkahwinan itu seiring dengan apa yang dituntut oleh agama.
Sebab itulah usaha yang dilakukan ibu ini, Fauzan N Siti bagus untuk dicontohi mak-mak yang lain.
Persiapkan Bakal Suami Untuk Menantu
Misi menghasil kan bakal suami kepada menantu saya. Yang kelak tidak kekok di dapur dan pandai siang ikan.
Nanti dah jadi suami, gunakan kudrat fizikal Allah bagi yang berganda kuat dari wanita untuk bantu isteri.
Cukup-cukuplah isteri dah mengandung, beranak, berjaga malam , didik anak-anak tanpa keluh kesah.
Takkan lah segala benda di rumah semua nak di humban ke isteri.
Buat apa kudrat hebat-hebat Allah bagi pada lelaki kalau tak digunakan.
Ini tidak..
Kudrat hebat..
Tapi guna kekuatan jari je main phone, tekan remote TV dan pad laptop bila di rumah.
Allah…
Lepas tu guna kudrat otot muka complaint bini sememeh dan bau ikan.
Usah Rajakan Anak Lelaki Sebelum Waktu
Tolong…
Ibu-ibu…
Usah “raja” kan anak-anak lelaki sebelum waktu.
Ajar lah anak lelaki semua kualiti yang perlu.
Dari empati, tolak ansur, pandai masak sampai lah sidai baju.
Kelak anak-anak kita memang akan menjadi ‘raja’ kepada menantu.
Kita mahu ‘raja’ yang baik, penyayang, ringan tulang suka membantu.
Penyakit Al-ain ini atau pandangan benci orang memang wujud. Malah, amat berbahaya sebab kita tak sedar pun yang rumah tangga kita dah terkena penyakit Al Ain hanya kerana gambar mesra suami isteri yang kita sering upload di media sosial.
Macam mana pula nak hindari dari terkena panahan penyakit Al-Ain ini. Lelaki ini, Muhammad Hassan berkongsi kisah, bagaimana rumah tangga yang bahagia boleh bercerai berai, disebabkan penyakit Al-Ain. Dan cara elakkan dari terkena bahaya penyakit ini.
Bahayanya Penyakit Al-Ain, Boleh Sebabkan Suami Isteri Bergaduh
Abang saya pesan,jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan kita suami isteri di media sosial. Takut ketika itu ada mata yang memandang dengan tidak sengaja matanya memandangan dengan pandangan dengki.
Abang saya ini bidangnya setiap hari akan mengadap orang yang nak nikah sehinggalah masalah nak cerai.
Beliau kongsi ramai sekarang anak muda kahwin awal tapi lagi 1 tahun datang jumpa semula beliau kerana selalu gaduh sehingga nak bercerai.
Banyak faktor, tapi dari pemerhatian beliau dan kajian yang beliau buat dari ratusan penceraian, apabila ditanya suka upload gambar kemesraan dimedia sosial sedangkan 10 tahun dulu perkara macam ini tak berlaku(tayang gambar kepada orang tidak dikenali)
Malam Upload Gambar Mesra Suami Isteri, Paginya Dah Gaduh
Bayangkan malam tadi upload gambar kemesraan dengan pasangan dapat ribu ‘like’ dan komen tanda pujian,tup tup pagi ini gaduh suami isteri. Allah. Inilah tanda kita dapat penyakit ‘Al-ain’.
Bagaimana cara untuk kita elak mata kita sendiri jadi ‘Al-ain’?. Ini saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari guru saya. Jika kita tengok sesuai yang cantik,tengok kemesraan,kebahagiaan rumahtangga orang lain,tengok rakan kita tayang kereta mewah,rumah besar atau ada orang pujian kita.
Bacalah: “Masyallah Allah La Quwawata illah billah” Rujuk surah Al-Kahf ayat 18/39
Moga kita dijauhkan dari Al-Ain dan moga mata kita juga bukan dari ‘Al-ain’
Bagi yang mengikuti akaun instagram Bujibu Chempel,pasti terhibur dengan keletah bersahaja, aksi mencuit hati serta mimik muka ‘sombong’ kucing paling terkenal ni Malaysia ini. Kucing dari baka ‘British Short Hair’ berasal dari Russia ini, memiliki lebih 1.1 juta pengikut akaun serta merupakan ‘anak sulung’ bagi pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Menurut Hanis yang telah membela Bujibu sejak tiga tahun lalu, kucing ini diperolehi daripada kawan baiknya Johan Eskandar yang juga merupakan pemilik studio Johan and His Cats.
Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini pada awalnya tidak pernah menyangka tujuan membuka akaun Instagram untuk kucing kesayangan mereka itu mampu meraih perhatian ramai pengikut.Mereka memuat naik gambar-gambar kucing peliharaannya itu sebagai satu perkongsian memori kepada peminat kucing.
“Tak fikir langsung Bujibu akan diminati sehingga mencatatkan sejuta pengikut di Instagram. Masa awal-awal saya dan Hairul buka akaun laman sosial tu sekadar nak berkongsi sahaja.
“Saya memang tertarik dengan wajah Bujibu dan keletah dia tu buat kami sekeluarga rasa tenang dan gembira. Malah, tak dinafikan juga ramai yang tengok video Bujibu sebab nak kurangkan tekanan.
Menurut Hanis lagi, meskipun pada mulanya, Hairul agak fobia kerana pernah dicakar kucing sebelum ini, tetapi saat pertama kali dipertemukan dengan bujibu, Hairul rasa selesa dengan karakter Bujibu, dan terus bersetuju untuk memeliharanya.
Bujibu Sebahagian Ahli Keluarga
Bujibu sememangnya bertuah, apabila pasangan Hairul dan Hanis ini sangat menyayanginya dan menganggap sebagai sebahagian ahli keluarga. Malah hubungan mereka dengan kucing ini begitu rapat, Jika tidak, masakan Yusuf sering dipanggil ‘adik’ dan Bujibu dianggap sebagai ‘Abang’, memandangkan Bujibu terlebih dahulu memeriahkan keluarga ini sebelum lahirnya Yusuf.
“Saya dan Hairul memang sukakan kucing dan sangat sayangkan Bujibu. Waktu sebelum Yusuf Iskandar lahir lagi kami dah bela Bujibu dan mengganggapnya ‘abang’ kepada Yusuf. Dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kami,”
Mewah & Manjakan Bujibu
Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi penjagaan rapi dan keperluan harian yang diperuntukan oleh Bujibu yang seberat hampir enam kilogram itu.
“Saya memang mewahkan dan manjakan dia. Dari dulu kami berikan dia makanan yang terbaik seperti Fancy Feast. Kalau kami keluar bekerja, penghawa dingin akan sentiasa dibuka khas untuk Bujibu. Dia seekor kucing yang suka menonton televisyen sebab dia suka lihat benda bergerak.
“Malah, sebulan sekali kami akan bawa Bujibu ke salun penjagaan kucing.Jika kami bercuti, Bujibu turut dihantar ke hotel.Bujibu seekor kucing yang sangat mudah dijaga dan antara pengerat hubungan saya dan keluarga,”
Hadiah Bermakna Bujibu
Sempena Ulang tahun Kelahiran Ketiga pada 13 Februari, perlantikan sebagai duta kepada Purina, Fancy Feast jenama makanan haiwan peliharaan yang terkenal dan berkualiti merupakan hadiah bermakna buat Bujibu.
“Setiap tahun kami akan meraikan ulangtahun Bujibu.Tahun yang pertama, kedua disambut secara kecil-kecilan bersama keluarga dan tahun ketiga ini sangat istimewa kerana Bujibu raikannya bersama dengan ‘kawan-kawannya’ yang lain,kata Hanis ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Jadi Bujibu yang diadakan di pusat perlindungan haiwan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA).
Didalam posting instagram Hanis pula, turut ada menzahirkan rasa gembira atas penghormatan Bujibu sebagai duta Fancy Feast ini.Malah tersentuh hati melihat gelagat Yusuf yang penyayang terhadap kucing-kucing lain kerana’didikan’ Bujibu. Hanis juga bersyukur dan menganggap Yusuf dan Bujibu merupakan rahmat dalam keluarga kecil mereka.
“I am bursting with pride and joy. Hari ini Bujibu diberi penghormatan menjadi duta untuk produk ‘gourmet food’ kucing iaitu Fancy Feast. Bujibu sedari kecil memang dimewahkan dan dimanjakan, jadi birthday Bujibu yang ketiga, kami sekeluarga ingin berkongsi buat kucing-kucing di pusat perlindungan untuk merasa ‘gourmet food’ kegemaran Bujibu. Terima kasih Fancy Feast & SPCA kerana menjadikan majlis ini amat bermakna. Paling manis sekali, melihat Yusuf semangat sangat-sangat nak bagi kucing-kucing di pusat perlindungan tuh makan. Dia siap tolak-tolak mangkuk tuh ke arah kucing sambil kata “nah, nah”. Pastu sibuk nak tuang lagi banyak-banyak. I feel like Bujibu has taught you so much, Yusuf. He has taught you love & kindness. He has made you such a caring little man. To top it off, all these are being documented in #MyLittleHeroes #YusufBujibu (Astro Ria) for us to look back together one day. You two are such blessings for our little family.