Anak obesiti atau gemuk masa kecil boleh buat kita geram dan nak cubit-cubit saja. Rasanya tidaklah menimbulkan sebarang masalah buat mak ayah. Mungkin bila dah besar, akan susutlah berat badan.
Itu pada fikiran kita sebagai mak ayah. Anak nak makan apa tak kisah, nanti bila dah besar dan lasak, akan normal balik berat badannya.
Tapi, jangan terkejut kalau anak obesiti dan susah untuk turunkan berat badan. Nak kawal pun mungkin agak terlambat. Bukan saja paling risau ia boleh buat pergerakan anak perlahan dan paling dirisaukan membantutkan fungsi otak anak.
Jadi, apa yan disarankan oleh Dr Mazliana Mazlan ini boleh membantu mak ayah untuk kurangkan berat badan anak dan elak anak obesiti.
Bila berat badan bertambah lebih dari paras normal, tisu otak anak akan makin mengecut.
Warna merah yang banyak, terang dan jelas dalam gambar sebelah kiri, itu untuk aktiviti otak yang normal. Sebaliknya pulak warna merah dalam gambar otak di sebelah kanan untuk anak yang obese.
Dopamin. Hormon yang mainkan peranan untuk kawal fungsi dan aktiviti otak. Dopamin yang cukup, sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental seorang anak.
Hormon ni akan rendah bila berat badan anak kita berlebihan. Otak tak dapat jalankan fungsi dengan baik, dan aktiviti otak akan menurun.
Ads
Anak nak kawal pergerakan pun dengan bantuan dopamin. Boleh bayangkan kalau dopamin rendah, signal lambat sampai, aktiviti anak akan jadi makin slow.
Hormon dopamin kalau rendah, boleh jugak tingkatkan risiko depression pada anak tau. Buat anak susah nak tidur pun ya jugak.
Sebab tu penting sangat kita jaga berat badan anak. Biar ideal. Tak nak overweight atau obese. Nanti akan bantutkan fungsi otak anak kita yang baru nak berkembang.
Kawan baik obesiti ada 2 je. Wajib mak ayah elakkan 2 bahan ni kalau berat anak nampak macam tak boleh nak dikawal.
1. Karbohidrat
Gula, roti, nasi, kuih, kek, makanan bertepung, tak kisah gandum mahupun gluten free, ada yang masih tinggi dengan karbo contohnya tepung beras dan tepung kentang.
Kurangkan sebanyak mungkin dari anak yang obese. Ini yang akan buat badan anak makin menaik. Nasi, bagi kuantiti yang anak perlu je, bukan selagi dia tak kenyang, kita biar anak makan. Bukan begitu tau.
Ads
2. Makanan Ultra Proses
Paling perlu kita elakkan dari anak yang obese, sebab makanan macam ni bahan ramuannya bukan dalam kawalan kita.
Biskut, roti, nugget, coklat, cereal, dan baaaaanyak lagi sampai tak tertulis kan. Kebanyakkan yang konsepnya makanan dalam pek, plastik, tin, dan disimpan pada suhu bilik hingga boleh bertahan 2 – 3 tahun, itu lah dia makanan ultra proses.
Gula tinggi, transfat, pemanis tiruan seperti High Fructose Corn Syrup (HFCS), ini yang buat anak ketagih nak makan selalu dan buatkan dia susah nak dapat berat badan ideal.
Cukup je pantang dan kurangkan 2 bahan makanan ni. Cuba je dulu, 2 minggu. Hasilnya mak ayah akan nampak sendiri. Berat badan anak confirm akan turun, dengan izinNya.
Tapi tulah, susah nak buat. Susah sangat. Kalau ada kemahuan yang jelas, kenapa nak anak dapat berat badan ideal, kenapa nak anak sihat, kenapa nak otak anak berfungi dengan baik, insya Allah korang akan kuat untuk teruskan.
Kita yang anak berat ideal pulak, tak nak lah beriya bagi anak ambil makanan ultra proses. Makanan macam tu, memang kena elakkan jugak, tak kisah berapa berat pun anak kita. Tetap kena cuba elak sedaya mungkin. Tak ada yang baik pun kan dengan makanan macam tu.
Ads
Sama-sama kita cuba. Moga Allah bantu selalu.
Mingguan Wanita : Kena usaha dari awal, takutnya bila dah makin membesar, berat pun susah nak turun. Kasihan kat anak-anak.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bila dua orang anak kecil sedang membesar, macam-macam perkara yang akan mereka lakukan. Penjelajahan itu kadang kala sampai merosakkan harta benda mak ayah.
Ini kisah benar yang terjadi pada Dr Taufiq Razif, tentang dua orang anaknya yang mencungkil keyboard laptop yang akhirnya ditemui bertaburan di atas lantai. Fahamkan perkongsian ini. Moga bermanfaat.
Pergh!
Balik je daripada solat isyak semalam saya nampak kepingan-kepingan keyboard laptop Acer Ferrari saya berterabur di sana sini.
Saya nampak juga dua budak kecik bernama Maryam Soolihah dan Muhammad Solahuddin tengah senyum gembira bersama kepingan kepingan keyboard saya!
Apa Pilihan Yang Saya Ada?
a. HERDIK
Bila saya herdik anak saya. Mereka mesti akan menangis dan terkejut sebab saya memang tak pernah herdik mereka. Lebih dasyat lagi herdik hanya memuaskan nafsu amarah saya je sedangkan emosi anak boleh terganggu buat selamanya.
b. MAKI
Saya boleh maki tapi camne kalau waktu tu Tuhan tengah buka pintu langit dan setiap perkataan saya walaupun berbentuk makian diangkat dan menjadi doa yang dimakbulkan? Saya penah tahu kes seorang ibu yang sayang sangat anak dia sampai dia update kat Facebook dia lebih kurang camni ” Please dont grow up anakku ” dan ajaibnya memang anak dia lepastu mengalami developmental delay. Anak dia memang tak besar-besar!
c. CUBIT
Saya boleh je nak cubit tapi saya kena la pastikan dulu saya dah pernah bagi peringatan sebelum ni kat anak saya. Bila berkali kali bagi peringatan baru la boleh nak mula dengan cubitan peringatan. Tu pun kena cubit dengan emosi yang stabil. Kalau cubit dengan emosi yang tak stabil dikhuatiri akan merosakkan kepercayaan anak pada diri kita yang mereka percaya sebagai pelindung mereka.
d. TEGUR
Saya akan tegur mereka tanpa mengikut amarah di hati. Tegur hanya peringatan untuk mereka tak mengulanginya lagi dan kerana mereka berdua ni pun mungkin tak tahu bahawa menghempas laptop dan mencabut kepingan keyboard adalah suatu kesalahan
e. SYUKUR
Bersyukur sebab setidaknya saya tahu anak saya sebenarnya sedang meneroka benda di sekelilingnya. Tu petanda otak, psikologi dan badan anak saya sedang berkembang dengan sihat! Dengan meneroka ni la sebenarnya mereka sedang mengasah kreativiti mereka.
Saya tarik nafas dalam-dalam dan paksa diri saya untuk kawal emosi yang tengah terkejut. Akhirnya saya berjaya pilih tindakan ‘ d & e ‘. Saya pilih untuk tegur si comel saya tu dan juga pilih untuk bersyukur dengan apa yang terjadi.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Lyini, cara membuatnya pun mudah saja.
“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Bila mana anak sulung ada adik baru, dia terpaksa belajar mengalah. Belajar jadi kakak atau abang yang diharapkan mak ayah untuk menjaga adik-beradik yang lain. Termasuklah berkorban hati dan perasaan.
Ada mak ayah sedar akan emosi yang anak sulung rasakan. Namun, mak ayah pun tidak punya pilihan. Kerana, bagi mak ayah kasih sayang untuk anak-anak tetap sama rasa. Hakikatnya, perasaan kesamarataan kasih sayang itu tak semua anak dapat fahami.
Macam mana cara mak ayah perlu tunjukkan agar setiap anak, termasuk si sulung ini dapat fahami. Tip yang dikongsikan Counsellor/Psychotherapist di Pahang Skill Development Centre (PSDC), CR Mohamad Afizan Ghazali boleh dijadikan panduan.
Anak Sulung : Dilema Kasih Sayang Bila Ada Adik Baru
‘Jangan pandang remeh soalan anak walaupun simple’
Anak sulong saya berumur 5 tahun. Dia ada adik 2 orang; umur 3 tahun dan 1 tahun.
Seperti biasa. Anak sulung antara anak yang banyak menyimpan perasaan terutama bab membahagi kasih sayang dengan adik-adik.
Apabila ibu ayah mula tidak sengaja menzahirkan tindakan kasih sayang melebihi pada adik-adik yang kecik.
Selalu dukung adik.. peluk adik.. kakak nangis dan dalam masa yang sama adik nangis, pujuk adik lebih. Tidur pun peluk yang kecik.
Si kakak walaupun tidak menunjukkan perasaan rasa tersisih atau diabaikan mula memendam perasaan.
Perasaan ini bahaya jika tidak diselesaikan terus. Lama kelamaan akan jadi lekatan dalam diri. Dengan kata lain, mengikut teori gestalt dikenali sebagai “unfinished business”.
Mak Ayah, Kenali Tindakan Anak Sulung Bila Tersinggung
Oleh yang demikian.. kadang-kadang ibu ayah kena sedar dari awal.
Tanda-tanda anak mula timbul perasaan tersinggung dengan ibu ayah.. rasa ibu ayah mengasihi adik melebihi dia.
Kemudian.. kakak tadi akan selalu mengamuk.. menangis yang melampau walaupun isu tak seberapa. Merajuk atau “tantrum”.. itu biasa luahan perasaan anak-anak lakukan pada ibu dan ayah.
Jarang anak-anak luahkan melalui pertanyaan atau kata-kata.
Kebetulan anak saya dia suka luahkan melalui kata-kata.
Semalam dia tanya,
“Baba.. kenapa baba sayang adik.. kakak baba tak sayang..”
Soalan ini nampak biasa. Tapi bahaya jika salah memberi jawapan.
Bahaya Bila Mak Ayah Salah Jawab Soalan Anak, Lagi-lagi Libatkan Perasaan
Biasa ibu ayah akan jawab soalan ini macam ni, “sebab kakak kan dah besar.. adik kecik lagi”
Jika jawab macam ni, anak akan rasa.. “kenapa aku besar dah” “Orang besar tak boleh disayangi lagi ke?” “Kenapa ada adik yang kecik rampas kasih sayang aku.” Sebab tu anak-anak yang ada adik akan meluahkan melalui tindakan yang kita tak senangi seperti di atas. Tantrum. Merajuk.. menangis melampau-lampau.
Sebenarnya kita yang menyebabkan anak-anak kita rasa tak puas hati dengan jawapan kita.
Dia dah la rasa kurang disayangi. Kita jawab menyalahkan keadaan pula iaitu Sebab dia dah besar.. lagi la dia reject jawapan kita walaupun kita nampak dia accept.
So ibu ayah. Macam mana cara nak bagi jawapan supaya anak kita rasa dia juga disayangi seperti adik-adik dia.
Mak Ayah, Ungkit Apa Kita Dah Buat Dekat Anak
Ada banyak cara. Salah satu. Kita ungkit apa yang telah kita lakukan pada dia sebelum ini.
Contoh; “Eh tak.. baba bukan sayang adik sorang. Baba juga sayang ke kakak. Sebab tu baba beli ice cream ke kakak semalam. Baba peluk kakak nak tidur malam tadi.” Dan banyak lagi kita boleh kait.
Kaitan ini akan menyebabkan anak anda terbayang di mindanya dan memberi respon senyum sampai ke telinga.
Atau jika anda tak pernah buat perkara di atas.
Anda boleh buat macam ni,
“Kakak.. sambil-sambil pergi dekat dengan dia.. peluk dia.. cium dia kat pipi. Dahi.. kepala.. gosok-gosok belakang dia. Terus ucap ke dia, “kakak.. baba sayang kakak.. anak baba baik.. cerdik.. Pandai.. sebab tu baba sayang kakak.”
Anda akan hilangkan “unfinished business” dalam diri dia dan dia akan hidup dengan penuh kefungsian sebagai manusia yang dihargai.
Kakak.. Baba sayang kakak.
Anak Sulung Banyak Berkorban.
TAHNIAH anak sulung.
MW : Itu orang kata, anak sulung ini matang.. sebab sarat tanggungjawab.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...