Mak marah anak tak adalah lama, sebab dia tak sampai hati. Sampaikan ada tahapnya anak boleh naik kepala dengan ibunya. Mula bercakap kasar dan melawan.
Sebab itulah, bila ditanya dan bandingkan mak dengan ayah, mungkin anak-anak akan cakap ayah lagi garang dan tegas. Kalau dengan mak, anak boleh buat main-main sampai naik kepala.
Begitulah mak-mak, marah atau geram sekalipun dengan anak, dia pasti akan tertewas juga. Hati seorang mak pada anak-anak, macam mana pun tetap tak sampai hati melihat anak yang ada masanya merengek nak itu dan ini.
Bagaimana pula dengan ayah? Rata-rata mesti anak takut dan anggap ayah lagi garang berbanding mak. Walhal, kalau mak di rumah anak buat hal, boleh dengar suara tarzan. Tapi tetap tak ‘jalan’.
Sebaliknya, kalau ayahnya hanya berdehem pun anak sudah takut. Sebab itulah suami jangan sesekali biarkan anak naik kepala pada ibunya. Jadilah penyokong isteri untuk terus menegur anak.
Ada cara yang boleh ayah lakukan untuk menegur anak. Cara ini mungkn akan menusuk hati dan akan diingat sampai bila-bila supaya anak hormat ibunya. Inilah antara perkongsian daripada Dr Redza Zainol tentang cara ayah ‘handle’ anak dalam menegur supaya menjadi anak yang menghormati ibu dan orang lain.
Semakin lama semakin tinggi suaranya. Tutur kata anak ni mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak.
Pada saat ibu mula membisu, pantas si ayah datang. Pendek dan ringkas saja ayat si ayah, terus anak mula menukar nada suara jadi lebih lembut dan tenang.
Sebab tu jangan dibiar bila anak mula naik suara pada ibu. Cuba elakkan isteri berseorangan pada saat ini.
Ads
Salah satu tugas ayah ialah sentiasa menjadi penyokong kepada isteri.
Caranya ialah bila anak mula ‘naik kepala’ dengan ibu, ayah kena terus tegur perbuatan anak jika dia berada di situ.
Selepas ayah menegur anak, duduk berdekatan dengan mereka untuk pastikan 2 perkara ini berlaku:
a) Anak guna nada suara yang rendah dan lembut dengan ibu.
b) Isu yang cuba diselesaikan berlaku dengan penuh rasa hormat terhadap ibu.
1. Anak ni lebih mudah dengar cakap ayah berbanding ibu. Kita cakap pendek-pendek pun anak terus faham.
2. Anak sangat mengharap pujian dari ayahnya.
3. Sebab tu dia nak dirinya nampak sempurna di mata ayah. Bila ayah dah asyik perhati saat dia naik suara dengan ibu, cepat-cepat dia akan tukar nada suaranya tu.
Ads
4. Anak ni umpama CCTV. Apa yang mereka lihat dan dengar, dia akan tiru dan itulah yang membentuk diri mereka bila semakin dewasa.
5. Jadi layanlah isterimu dengan lembut dan penuh kasih sayang.
6. Percayalah, ayah adalah hero di hati anak. Mereka bangga dengan ayah masing-masing.
Mereka nak jadi yang terbaik di depan kalian.
Gunalah kelebihan ini untuk mempengaruhi anak anda menjadi manusia yang hormat ibu dan orang lain.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang pelik juga, mak bukan main lagi marah sampai ada masa boleh keluar anak tekak, anak tak takut pun. Tapi kalau dengan ayahnya hanya berdehem dan panggil nama pun anak dah takut.
Durjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Anak Kerap Menangis
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Dalam Proses Penceraian
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Bila dah ada anak, segalanya untuk dia dan mak-mak sanggup lakukan apa saja. Selalunya masa ada anak kecil, mesti mak-mak struggle dalam menjaga anak.
Kalau jenis anak kecil yang ‘melekat’ dengan mak, mahunya stres sebab nak buat keje pun tak boleh. Asyik nak berdukung, berkepit 24 jam. Kadang-kadang, terlelap sekejap pun, mak-mak dah bersyukur sangat. Ini belum lagi dengan kerja-kerja rumah.
Rata-rata mak mesti akan lalu zaman huru hara sebegini. Tipulah kalau ada mak-mak yang mampu bersenang lenang masa anak kecil. Kecualilah ada pembantu yang menguruskan anak-anak.
Apa pun, setiap mak-mak akan lalui fasa huru hara ini semasa anak kecil. Jangan ingat, kita saja lalui struggle dalam diidk anak. Semua mak-mak pasti sama dan ini adalah normal yang perlu dilalui oleh mak-mak. Percayalah.
“Aku huru-hara weh nak buat dengan anak-anak. Sudahnya bukan mereka terlelap, makin terang biji mata. Geram aku!”
Itu luahan dari kawan saya. Dan saya hanya mampu tersenyum.
Kita Sama!
Sebab saya pun melalui fasa huru-hara tu juga.
Time kita nak doakan tulah diorang berebut sampai jatuh katil. Terus menangis menjerit bagai nak gila. Belum lagi bergaduh mulut sampai akhirnya jadi bertumbuk. Memang hangin satu badan.
Benda ni makan masa tau. Bukan sebulan dua tentunya. It takes time. So, kita slow-slow kayuh je. Tak perlu nak rigid sangat.
Time mood kita okey, mood anak-anak okey, kita doakan betul-betul, sungguh-sungguh.
Time mood kita atau mood anak-anak tak okey, buat seminit pun jadilah.
.
Kalau dah nama ada anak kecik, kau nak dapat hidup senang-lenang, tidur nyenyak, hari-hari aman je, memang tak dapatlah!
Hakikatnya, semua orang melalui fasa huru-hara tu siap pakej burn out lagi. Itu normal!
Bukan tandanya kita ni mak yang teruk. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak jerit, sikit-sikit burn out.
Kita Mak-mak Yang Normal
Bukan!
Kita mak yang normal yang ada semua perasaan yang kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak kawal.
Sebab tu, bila letih, kita kena rehat sekejap. Bila rasa tak sempat, buat ajelah mana yang boleh. Jangan paksa diri sampai anak-anak pun rasa terpaksa nak ikut cakap kita.
.
Orang lain yang kita nampak hidup dia smooth je tu, diorang pun struggle setiap hari. Struggle untuk kawal emosi sendiri. Struggle untuk buat itu ini dan Struggle untuk jadi lebih baik dari semalam.
Kita semua ada struggle masing-masing. Sebab kita ni bukan membesarkan anak-anak tapi kita sedang mendidik diorang.
Membesarkan ni senang. Bagi cukup makan, besarlah diorang nanti.
Tapi mendidik ni, kerja sepanjang hayat.
Perjalanan kita jauh lagi. Kalau penat, jalan perlahan-lahan, rehat sekejap, nanti sambung lagi.
Memang itulah prosesnya sampai kita mati. Itulah yang semua orang pun lalui.
Mingguan Wanita : Setiap mak-mak akan lalui semua ini. Pengalaman yang cukup bermakna demi membesar dan mendidik anak-anak.
Orang cakap, mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang. Pernah terfikir tak, mak-mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai. Kalau nak marah anak pun ada caranya. Sebab itu semua anak ‘menjadi’.
Berbanding dengan sekarang, ada mak-mak yang mengeluh panjang bila bercerita tentang anak yang tak dengar kata dan melawan. Itu baru seorang, bagaimana kalau anak ramai. Mahunya mak jadi tarzan marah anak masing-masing.
Kalau nak bercerita tentang kenakalan dan kedegilan anak, masing-masing ada peelnya. Cuma mak ayah saja perlu sabar dan kena tahu cara untuk tanganinya.
Bila difikirkan logik, semakin mak-mak menjerit, rasanya makin anak kuat melawan dan keras hati. Nak anak lembut hati dan dengar kata, kita sebagai mak ayah tilik dulu perangai kita. Sebab kitalah, cerminan hidup anak-anak.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakub Yusra ini boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak ini, biasanya dia selalu ikut perangai mak ayah dia.
Kalau kasar mak ayah, kasarlah anak itu. Sebab itu, depan anak tunjuklah tauladan yang baik.
Jika anak lasak dan buas, macam mana nak tegur? Tak perlulah nak jerit-jerit. Ini caranya.
Mudah-mudahan, cara ini dapat melembutkan hari anak-anak.
MW: Kalau kita tengok, cara mak ayah dulu dan sekarang didk anak cukup berbeza. Memanglah kadang-kadang perangai anak menguji kesabaran mak ayah. Cuma kita kena tahu cara nak tangani dan cara inilah boleh mendidik anak kita juga.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...