Selalu kita dengar, anak-anak ni dengan mak langsung tak takut, apatah lagi nak dengar kata. Biasanya mak tanya sekali dua, anak buat tak tahu atau selamba saja. Tapi kalau sebut ayahnya memang cepat sangat.
Entah, kadang-kadang pelik juga, mak ni bukan tak garang, kalau dia marah terus membebel yang boleh kata kelajuan bebelan sampai 120km sejam ni. Atau mungkin sebab mak ni terlalu kerap marah sampai anak pun dah ‘lali’.
Peliknya, ada sesetengah ayah yang jenis pendiam tapi bila tegur saja, boleh anak dengar kata. Apa yang ayah suruh terus anak buat.
Itulah mak, dia garang atau bebel, anak bukan tak nak dengar kata tapi dia rasa mak garang macam mana pun dia tak akan sampai hati. Betul tak?
Apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini memang betul sekali. Mak nampak saja garang tapi dia mesti tak sampai hati, apa-apa akan teringat kat anak. Sebab itu, kalau mak dah mula membebel dan ‘mak ko hijau’ suami-suami tolonglah cover. Isteri mungkin penat dan jalan terbaik kena suami yang ambil alih.
Anak nak makan apa, cakap saja, dia mesti buatkan. Hari-hari buka mee sup pun boleh, itu favourite food anak anak.
Anak nak makan dekat mana, cakap saja mesti dia ikut. Hah, hampir setiap hari la kami sahur depan bilik tidur anak.
Kalau anak minta nak pergi jalan-jalan mana mana, memang dia akan usahakan juga. Selagi tak dapat pergi, selagi itu la dia duk sebut sebut dengan kita “Bila la boleh dapat bawa anak ke ….?”
Bab makan pakai atau apa saja yang menghibur anak-anak, dia tak pernah berkira. Bagi selagi boleh.
Jangan Bagi Mak Marah
Tapi kalau bab tak nak mandi, tak nak makan, asyik bergaduh atau sepahkan rumah, ini memang punca trigger ibu ibu menyinga!
Terutama sekali bila si ibu dah,
Ads
1. Cakap ulang ulang
2. Pesan setiap hari
3. Buat benda sama hari hari
4. Kerap berleter
5. Penat, lemau & tepu
Dalam keadaan begini, anak ada 2 pun rasa macam ada anak 10 orang. Stres bukan kepalang!
Oleh itu tugas kita la untuk pastikan isteri kita kekal ayu, lembut dan tak menyinga selalu.
Peranan Ayah
Anak anak lebih patuh dan dengar arahan ayah berbanding ibu.
Jadi hal-hal rutin seperti mandi ikut waktu, jaga kebersihan rumah, makan dan sebagainya ini kita la yang kena tegur anak selalu.
Selalu juga pesan kat anak “Ikut apa yang ibu suruh, jangan lawan”
Bila kita selalu pesan begitu, baru la anak jadi peka dengan arahan ibunya, tak ada lah si ibu penat nak berleter ulang ulang kali.
Berleter ini punca dia senang nak marah, dapat kawal berleter, nescaya dapat lah kawal asyik nak marah marah dia tu.
Ads
Lagipun, isteri kalau dah berleter bukan anak je kena, dengan kita kita sekali boleh kena leter.
#KhusyukParenting
MW: Betul sangat! Kalau mak suruh, nanti..nanti..nanti..tapi kalua ayah dia suruh terus buat. Sabar ajelah anak.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suami yang terlampau ralit dengan gajet, hubungan dengan keluarga semakin renggang. Gajet seperti telefon pintar sememangnya sangat penting dan ianya adalah keperluan dalam hidup. Tetapi jangan sampai menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Banyak kes penceraian berlaku kerana suami isteri kurang berkomunikasi, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Adik beradik kurang berkomunikasi, anak dengan ayah saling tidak bertegur sapa walau ada didepan mata. Ibu dan ayah tidak bermesra, semuanya kerana gajet.
Suami Bila Terlampau Ralit Dengan Gajet
Suami mula tidak mengendahkan isteri, setiap pertanyaan isteri tidak dihiraukan, yang dipentingkan ialah telefon bimbit. Jika anda dapat meluangkan masa berjam-jam mengadap telefon, mengapa mahu luangkan masa selama setengah jam dengan isteri terasa sangat sukar?
Sangat penting komunikasi dalam sesuatu hubungan, ada satu luahan di mana luahan itu khas buat seorang suami yang pentingkan telefon bimbit dari isterinya sendiri. Diambil dari theasianparent, mari kita hayatinya.
Apabila suami asyik dengan gajet
Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda – suami asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka ini.
Anda perasan tak bagaimana anak perempuan anda itu ternanti-nanti perhatian dari anda kerana dia sudah berjaya mengeja? Anda mungkin tak nampak momen indah ini kerana anda sibuk dengan handphone.
Anda juga mungkin tak nampak yang isteri tercinta baru saja berjaya mengajar anak lelaki anda menghirup air dengan straw, dan dalam sekelip mata, si manja anda berjaya meniru aksi ibunya! Apabila suami asyik dengan handphone, dia mungkin akan terlepas momen tertentu.
Anak Membesar Depan Mata Pun Tak Perasan
Entah berapa banyak pencapaian anak-anak yang anda terlepas? Entah berapa kali anak lelaki anda memandang anda untuk meminta perhatian, tapi anda tak menghiraukannya?
Entah berapa kali isteri anda terpaksa ulang soalan beliau kerana anda tak dengar apa dia cakap? Entah berapa kali makan malam yang disediakan si isteri sejuk kerana anda lambat nak makan, sibuk main telefon saja?
Suami asyik main handphone tertinggal momen indah yang patut dihargai. Semua ini mungkin antara momen-momen indah dan bernilai yang anda terlepas. Hubungan dengan gajet itu akan merosakkan hubungan anda dengan keluarga anda sendiri.
Ketahuilah… anak dan isteri anda hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari anda. Mereka mahu anda letak sekejap telefon itu. Jangan jadi suami yang asyik main handphone sekejap. Satu minit saja.
Pandanglah mereka. Peluk mereka. Cakap dan bersembanglah dengan mereka. Senyum dan ukir tawa di bibir mereka.
Apabila isteri anda minta sedikit me-time, itu bukan tanda mereka mahu merungut kepenatan dan ingin meninggalkan anda. Itu sebenarnya tanda mereka “meminta bantuan”.
Mereka memerlukan anda
Semua cerita di Facebook itu boleh tunggu. Daripada anda sibuk nak tahu apa yang semua orang sedang buat, apa kata anda cipta “momen” anda sendiri?
Semua permainan dan level dalam game anda itu boleh tunggu. Anda mungkin akan kalah dalam games, tapi anda akan memenangi hati anak anda. Mereka akan menyayangi bapa mereka sepenuh hati.
Malah, emel dari bos anda itu juga boleh tunggu. Bukankah anda bekerja untuk keluarga? Kenapa bawa balik kerja ketika anda bersama keluarga, pula? Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu menyesal di kemudian hari…
Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu buat keluarga anda ternanti-nanti kasih sayang dan perhatian anda. Percayalah. Kalau anda buat mereka tertungu-tunggu, anda mungkin akan kerugian besar.
Anda hanya ada satu kehidupan. Anda hanya ada satu peluang di muka bumi ini untuk bersama dengan insan yang anda sayang. Anda hanya ada satu peluang untuk jadi suami dan bapa yang terbaik.
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri dari alam maya secara sihat. Marilah kita hidup pada ‘masa sekarang’ di mana isteri, anak perempuan dan anak lelaki anda sedang ketawa riang sambil belajar menyanyi setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fizo selesai hak penjagaan anak secara baik. Itulah yang sepatutnya dilakukan jika pasangan berpisah. Sepatutnya hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik.
Terbaru selebriti Fizo Omar menyatakan dirinya dan bekas isteri, Mawar Karim telah menyelesaikan hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam secara baik.
Fizo Selesai Hak Penjagaan Anak Secara Baik
Malah Fizo juga rasa bersyukur kerana dirinya dan Mawar memahami dan ikut keputusan mahkamah yang membahagikan penggiliran.
“Daripada awal lagi kita pergi berbincang biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada pergaduhan. Kalau ikut bermasam muka, nak bergaduh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua dah faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada,” kongsi Fizo seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Dulu Ikut Emosi, Saman Menyaman
Akui Fizo lagi, memandangkan Maryam sudah berusia 7 tahun dan memahami keadaan yang berlaku dirinya bertindak lebih matang.
“Sekarang Maryam dah tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun dah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut emosi nak bergaduh, saman menyaman dan turun naik mahkamah.
“Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.
“Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank,” sambungnya.
Lakukan Demi Kebaikan Maryam
Fizo juga menjelaskan dia sangat rapat dengan Maryam namun dirinya tidak pernah menuntut hak penjagaan Maryam dek kerana anak perempuan perlukan ibu.
“Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.
“Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.
“Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran shooting atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul,” luahnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
Ada 4 petua yang dikongsikan oleh beliau.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak ayah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.