Mak ayah cukup lemah bila anak menangis. Nak-nak kalau ke pasar raya dan merengek-rengek nak mainan. Tak beli, habis satu ‘shopping mall’ dengr jeritan dia.
Begitulah, mesti mak ayah akan turuti dan cepat-cepat pujuk bila anak menangis. Sedangkan cara yang kita buat ini adalah salah. Seakan-akan kita akan layan apa kemahuannya. Nanti boleh naik lemak.
Siapa yang tak sayang anak. Tapi kalau asyik layan kemahuannya setiap kali anak menangis, ini dah salah cara mak ayah nak mengajar anak disiplin dan adab.
Biarlah anak menangis, nanti lama-lama dia akan tahu, tak semua kemahuannya dituruti. Bukan tak boleh tapi ada masanya. Inilah yang diajarkan oleh Mohd Fhais Salim dalam perkongsiannya.
Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Ads
Malah, ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting.Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis.
Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Selalunya nak mainan, gajet, ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni.
Ini bahaya! Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita.
Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang ulang kali sampai kita naik jelak.
Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis!
Ads
Mak Ayah Kena Tegas
Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh!
Kena tegas sikit, kalau dah kata No mean No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye.
Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ini la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti :
self control urus diri berunding tolak ansur displin minta izin, tolong hormat orang
Ads
Dan banyak lagi kemahiran penting penting.
Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!
Mingguan Wanita : Sekali sekala boleh sebagai ganjaran. Tapi kalau dah bagi umpan dengan menangis, tak boleh dilayan sangat. Nanti, esok-esok mak ayah juga yang susah.
Bilik rahsia Ozlynn persis kedai runcit, hanya mak-mak mengerti keseronokan ini. Benar tu bila di dapur penuh pelbagai barangan memasak, cukup senang hati golongan ibu. Mana tidaknya ruang dapur merupakan ruangan yang sentiasa digunakan dan paling penting dalam sesebuah rumah.
Bila barangan keperluan harian untuk sekeluarga sentiasa tak perlulah asyik nak berulang alik ke kedai atau pasaraya.
Seperti mana yang dikongsi oleh Ozlynn tentang bilik rahsianya, sememangnya menarik perhatian peminatnya. Mana tidaknya di dalam rumah mereka mempunyai ruang ‘rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.
Bilik Rahsia Ozlynn Persis Kedai Runcit
“Siapa tahu bilik rahsia aku nih, memang dorang akan selongkar. Ni baru setempat, kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam. Makanlah jangan hanya di pandang.
“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam2 pon ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni, beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada. Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi?? Ada ruang khas dalam almari.
Senang Siapa Terdesak, Memang Mereka Tahu Nak Selongkar Di Mana
“Beritahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis, senang siapa tersedak atau terdesak kawan-kawan atau adik beradik. Memang diorang tahu nak selongkar mana.
“Ni la syurga aku, hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Nak syampu ke pencuci baju ke. Memang mudah kena rembat, yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ni memang aku paksa.
“Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku doakan semoga korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” luah Ozlynn.
Ada masa mak ayah perlu tinggalkan anak di rumah. Sama ada mak ayah nak ke tempat kerja atau perlu ke kedai untuk membeli barang keperluan. Sesetengah anak pula tak boleh langsung berenggang dengan mak atau ayah. Mahu saja mengekor, tak beri pun nak juga kejar.
Macam mana cara mak ayah beritahu anak-anak yang mereka perlu duduk di rumah dan tak boleh ikut sama. Cara pujukan manjakah, kasarkah atau menyorok sampai anak pun tak perasan yang mak ayah dah pergi. Bunyinya macam remeh, tapi inilah antara situasi yang mak ayah malah datuk dan nenek akan hadapi.
Kalau mak ayah tangani dengan beremosi dan kurang sabar, lainlah yang jadi. Ada sebab sebenarnya anak-anak yang suka tantrum ini.
Dr Anayasmin Azmi,Founder Aulad Read & Play – Buku Kanak-kanak Children Books yang berkelulusan Master Early Chilhood Education (MECHE) berkongsi sebab mengapa sesetengah kanak-kanak seusia 4 ke 5 tahun mengamuk atau tantrum bila mereka tak dapat kemahuannya.
Anak Lelaki Diseret Masuk Rumah
Tergamam saya.
Ternampak seorang anak lelaki seusia 4 – 5tahun diseret masuk rumah sambil meraung terus dilempang ayahnya.
Terdengar jeritan ibu ayah berganti-ganti.
“Kau senyap atau aku lempang lagi!”
“Mak nak pergi plaza kejap la.. kau tinggal je..”
Cuba letak kita di posisi anak tu. Bayangkan pandangan dia dari ketinggian begitu. Takut, koyaknya emosi, jatuhnya keyakinan diri malah terlukanya hati.
3 Sebab Anak Meragam (Tantrum)
Ada beberapa sebab anak meragam begitu. Tantrum usia 4 – 5 tahun begitu jelas ada sebab di sebaliknya.
1. Anak Tidak Disiapkan Mindanya
Berceritalah pada anak. Beritahu apa akan berlaku lepas tu. Kalau ibu tu nak tinggalkan anaknya, tidak salah bincang dengan anak tu dulu. Jelaskan kenapa tak dapat bawa. Jangan pergi begitu je.
2. Selesaikan Keperluan Asas Anak
Mungkin anak tu letih. Dia kelihatan baru habis bermain basikal. Merah berpeluh mukanya. Tiba-tiba mak pergi naik kereta. Terkejut la dia.
3. Perlu ‘Connect’ Dulu Bukan ‘React’
Cuba masa anak tu menjerit tarik pintu kereta, mak keluar dan peluk, rendahkan posisi ke paras anak. Jelaskan dengan baik ke mana nak pergi dan apa tersedia untuk anak sepanjang mak tiada. Bukan terus seret and ayah melempang.
Kadang-kadang bila kita sangat emosi, kita tak perasan. Kita banyak ‘nak dari anak’ tapi kita tak ‘beri’ hak mereka. Sebab tu kita perlu ingat-mengingatkan.
Sumber/Foto : Facebook Anayasmin Azmi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Harap jadi doa, letak nama anak ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’.
Setiap kali kelahiran anak, nama yang dipilih bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi kehidupan anak baik-baik sahaja membuatkan mak ayah ini memilih nama yang cukup unik dan dianggap sebagai doa.
Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.
Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.
Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.
Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.
Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.
“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.
“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.
“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.
Pilih Bahasa Indonesia
Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.
Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.
“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Setiap ibu bapa pastinya mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Setiap kata-kata memang menjadi doa. Doakan yang terbaik nama pilihan mak ayah ini.