Mereka yang mempunyai anak kecil terutama anak lelaki juga sebenarnya tidak perlu bimbang untuk menghias cantik kediaman mereka. Jika bijak memilih konsep yang bersesuaian pastinya syurga kediaman mampu memberi ketenangan kepada penghuninya.
Anak Lelaki Sedang Membesar & Lasak Bukan Halangan Hias Kediaman
Begitu juga dengan Siti Fairuz Mohd Zain dan suaminya Nasrullah Noor Badaruddin yang selesa memilih konsep minimalis Scandinavian dalam susun atur perabot di kediaman mereka. Pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata, Emir Zafran, Ersyad Zayyan dan Eshal Zaydan begitu teliti dalam menentukan konsep rumah mereka kerana kesemua anak lelaki sedang membesar dan agak lasak.
Sangat bersyukur kini sudah mampu memiliki kediaman sendiri yang terletak di Nilai Impian, Negeri Sembilan sejak Januari 2016.
“Saya sangat bersyukur kerana mampu membeli kediaman sendiri. Apabila sudah ada rumah hati menjadi lega. Tatkal inilah saya dan suami memikirkan untuk menghias rumah dengan konsep yang menjadi idaman kami.
“Kami sama-sama sepakat memilih tema Scandinavian kerana konsepnya yang minimalis. Paling penting amat bersesuaian untuk ibu yang mempunyai tiga orang anak lelaki yang dalam fasa membesar dan lasak seperti saya.
“Tema sebenar gaya Scandinavian yang ringkas dan sederhana memberikan impak kediaman kelihatan lebih aman, tenang dan lapang. Dengan sedikit barang dekorasi dan susun atur yang sesuai sahaja cukup menekankan konsep minimalis tidak perlu sarat dengan perabot.
Ads
Pilihan Perabot Cukup Teliti
Siti Fairuz juga menerangkan dia dan suami mengambil masa yang lama dalam pemilihan perabot kerana memikirkan banyak faktor.
“Saya mengambil masa yang agak lama kerana pemilihan perabot dibuat dengan begitu teliti untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Oleh kerana tema asal rumah ini lain, saya mengambil masa lama kerana perlu menjual perabot perabot dan barang yang sedia ada. Bukan itu sahaja sejujurnya pencarian untuk mengubahsuai dekorasi tidak pernah berhenti hingga saat ini.
“Saya membuat pemilihan dengan agak teliti untuk memastikan barang dekorasi yang dibeli itu diguna pakai sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran.
“Bagi pemilihan dekorasi untuk ruang tamu, tona pastel seperti kelabu dan merah jambu mampu membangkitkan suasana rumah kelihatan lebih terang dan susun atur perabot memainkan peranan agar ruang tamu kelihatan lebih luas.
“Ruang makan pula agak terhad kerana saya masih memilih warna putih dan dipadankan dengan cermin besar supaya ruang makan kelihatan luas juga. Bahagian dapur, saya memilih warna putih untuk keseluruhan tema warna dapur. Dapur basah dan dapur kering juga saya asingkan supaya ruang dapur nampak teratur dan kemas sepanjang masa.
Ads
“Bilik tidur utama, walaupun banyak elemen warna pastel diketengahkan di dalam rumah ini, saya turut selitkan warna kelabu terang sebagai dinding utama bagi memberi sedikit kelainan dan dipadankan dengan langsir dari tona warna ungu gelap. Manakala bilik tidur anak pula sangat ringkas dan keseluruhan perabot untuk bilik tidur anak adalah dari IKEA dan dari Pinterest,” ungkap Siti Fairuz.
Warna Pastel Jadi Pilihan
Wanita ini juga menerangkan kebanyakan warna teras yang digunakan adalah warna putih, pastel, dan dia juga hanya tonjolkan sedikit warna merah jambu iaitu warna kegemarannya dalam merias kediaman.
“Saya tidak menggunakan perabot yang banyak di setiap ruang. Tidak mahu ketinggalan dari segi trend kerana konsep dan kelengkapan rumah yang diinspirasikan dari Scandinavian ini kegilaan dan minat kebanyakan wanita bekerjaya mahupun suri rumah dan ibu-ibu muda masa kini.
“Kebanyakan perabot didapati dari Kmart Australia melalui khidmat personal shopper dan juga IKEA sahaja. Idea dekorasi ini sepenuhnya idea saya sendiri kerana suami telah memberikan kepercayaan kepada saya 100 peratus. Sejujurnya idea asal banyak dicedok dari hasil carian di Pinterest.
“Saya juga banyak membuat rujukan dari rakan-rakan Instagram yang mempunyai minat yang sama, kami saling bertukar tukar pandangan,” ujarnya lagi.
Sambung Siti Fairuz lagi dia berasa sangat puas hati dengan dekorasi yang dipilih.
Ads
“Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang menghabiskan masa sepenuhnya di rumah sudah tentu menjadi kepuasan buat diri sendiri. Saya percaya rumah yang kemas, bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita,” katanya.
Pembeli Online Tegar
Akui dia merupakan pembelian online yang tegar, Siti Fairuz mendapatkan personal shopper Malaysia yang menetap di luar negara untuk membeli barang.
“Saya merupakan pembeli online yang tegar jadi kebanyakan barang barang dekorasi saya dapatkan dari personal shopper Malaysia yang menetap di luar negara salah satunya ialah Adelaide Shopper yang menjual barangan yang didapati dari Kmart Austalia.
“Antara kedai Online lain menjadi pilihan boleh didapati dari instagram iaitu Ommohome, Kusyashopper dan ramai lagi. Selain itu kebanyakan barang dekorasi saya dibeli dari IKEA, SSF kerana barang yang sangat berkualiti,” sambungnya.
‘Nak cari kerja, bagi modal RM500.’ Selepas tiga bulan, isteri masih gagal kesan suami dan tidak mengetahui ke manakah suaminya pergi. Semuanya tinggal tanda tanya hingga ke hari ini.
Begitulah gundahnya hati isteri dan anak-anak mengenangkan suami yang hilang entah ke mana. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki suami yang ghaib namun masih gagal.
Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu.
Lelaki terbabit, Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu.
Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu.
Bagi Modal RM500
Menurut isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena dan dia kali terakhir bertemu suami yang mendakwa mahu ke rumah keluarganya di Gurun, Kedah.
Jelasnya, suami sebelum itu menyatakan hasrat mahu mengikut adik lelakinya bekerja di Johor selepas hari raya dan dia bersetuju dengan hasrat suami selepas mereka berbincang.
“Saya dan suami sebelum ini mencari rezeki dengan mengambil tempahan melakukan dekorasi hiasan dalaman namun kurang mendapat sambutan sejak pandemik melanda.
“Untuk menambah pendapatan suami memberitahu dia mahu melakukan kerja luar dengan mengikut adik ipar yang ketika itu pulang bercuti menyambut Aidilfitri,” katanya.
Katanya, suami kemudian memberitahu mahu ke rumah keluarganya di Gurun untuk bertemu dengan adik ipar bagi berbincang mengenai kerja seterusnya akan bertolak ke Johor beberapa hari selepas itu.
“Saya beri suami RM500 untuk dijadikan sebagai modal dan belanja namun terkejut apabila adik ipar menghubungi bertanyakan sama ada abangnya berada di rumah beberapa minggu selepas itu.
“Mendengarkan pertanyaan adik ipar itu saya mula pelik kerana selama ini menyangka suami berada di rumah keluarganya dan sudah bertolak ke Johor untuk mencari kerja,” katanya.
Isteri Masih Gagal
Malah dalam masa yang sama, jelas Nurul Hidayah, selepas itu baru mereka semua menyedari yang suaminya itu tiada di kedua-dua rumah sebelum bapa mentuanya membuat laporan polis.
“Selepas tiga bulan kehilangannya, suami masih gagal dikesan malah pelbagai usaha dilakukan termasuk kaedah perubatan Islam namun tiada sebarang petunjuk ditemui.
“Tiada masalah atau sebarang pergaduhan antara kami yang mungkin menjadi punca kehilangan suami. Itu yang membuatkan saya dan ahli keluarga lain pelik,” katanya.
Kesan Suami
Menurutnya, kehilangan suami sejak tiga bulan lalu itu turut meninggalkan kesan buat anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelaki tunggal berusia enam tahun yang terlalu merindui bapanya.
“Anak bongsu daripada empat beradik ini paling rapat dengan suami malah hampir setiap hari akan bertanyakan mengenai bapanya itu.
“Saya amat berharap suami dapat ditemui dalam keadaan selamat dan pulang segera kerana kami sekeluarga amat merinduinya,” katanya.
Menurutnya, dia berharap sesiapa yang menemui suaminya supaya menghubungi talian 01110728937.
Mingguan Wanita : Semoga suami wanita ini kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.
Buat ibu hamil yang gemar makan ikan laut masa mengandung, sila teruskan pembacaan anda. Sebab artikel ini akan menerangkan dengan mudah kenapa ikan laut boleh tinggi merkuri dan bagaimana nak menyahkan bahayanya dengan daun ketumbar.
Hadamkan perkongsian daripada Amalina Mohd Daud, Founder Toddible akan membincangkan tiga fokus yang sangat penting.
√ Pertama mengenai pencemaran laut dengan merkuri menyebabkan ikan ada merkuri.
√ Bila ikan ada merkuri, selamatkah ikan dimakan manusia?
√ Betulkah ketumbar boleh menghilangkan merkuri
“Industri yang menggunakan coal atau arang melepaskan merkuri di udara. Banyak merkuri mendap di lautan. Ikan mendapat merkuri melalui mendapan merkuri di dasar lautan. Jadi mercury deposited (tersimpan) dalam badan ikan melalui 2 cara:
I. Pernafasan : Pernafasan melalui insang.
II. Pemakanan : Pemakanan ni apabila ikan besar memakan ikan kecil.
“Malangnya, merkuri yang deposited dalam ikan ni adalah sejenis organic mercury – methylmercury. Maksudnya, merkuri organik tidak dapat disingkirkan dengan cara membuang kulit ikan, membuang organ dalaman ikan. Sebab logam berat ini terikat kuat bersama daging-daging dalam ikan.”
Bahaya Jika 2 Golongan Ini Terdedah Merkuri
Merkuri sangat bahaya pada DUA golongan.
√ Pertama, wanita yang mengandung. Merkuri boleh melepasi placenta dan mengenai bayi. Mercury merosakkan sistem saraf menyebabkan masalah kepada otak, pendengaran dan penglihatan.
√ Kedua, bayi
Namun, adakah patut kita menghalang anak kita dari memakan ikan kerana merkuri?
Ikan mengandungi omega-3 dan DHA yang membantu perkembangan otak. Kanak-kanak yang makan ikan sebenarnya mempunyai immunity yang lebih kuat dan penglihatan yang lebih jelas. Serta perkembangan otak yang lebih cepat.
Bagaimana Daun Ketumbar Bantu Nyahkan Bahaya Merkuri
Coriander/ cilantro atau daun ketumbar dikatakan mampu menghalang mercury dari diserap oleh merkuri. Kajian dari Dr Omura mengatakan bila pesakitnya makan Vietnamese soup yang mengandungi cilantro, banyak merkuri keluar daripada air kencing. (Bila sesuatu bahan heavy metal seperti merkuri ni keluar dari badan, ia akan disingkirkan melalui najis.
4 Jenis Ikan Laut Ini Perlu Dielakkan Sebab..
Sebaik-baiknya kita haruslah elakkan makan ikan yang mengandungi tinggi mercury seperti:
. 1. Shark/ jerung 2. Swordfish/ ikan todak 3. Snapper/ jenahak 4. Mackerel
Kalau tak pasti ikan ni ikan yang ada merkuri atau tidak, pilih ikan yang kecil. Ikan kecil biasanya ikan yang masih muda jadi belum lama terdedah pada merkuri. Ikan kecil juga bukan predator yang makan ikan-ikan lain. Jadi adalah lebih selamat.
Jus Daun Ketumbar
Untuk kita yang risau terdedah pada merkuri dari bahan-bahan semulajadi dan kosmetik, buatlah jus daun ketumbar. Kuantiti daun tu kena segenggam. Minum selama 10 hari.
InsyaAllah paras merkuri dalam badan akan berkurang. Dan tak jadi Mad Hatter Disease yang orang takut-takutkan. Yang penting insaf dan buat pilihan yang sihat.
Setiap pasangan berjanji akan menerima pasangan mereka seadanya tanpa memikirkan apa jua sejarah hidup pasangan mereka. Seperti seorang bayi yang baru lahir. Setiap kekecewaan dan kekhilafan dahulu biarlah disimpan pada masa lalu tanpa diungkit-ungkit lagi.
Tarikh Luput
Persoalan yang sering saya tanyakan, adakah ayat “aku terima kamu seadanya” mempunyai tarikh luput?
Ramai yang memberitahu saya, ayat tersebut tidak mempunyai tarikh luput. Memang benar, jika kita sanggup bersusah senang bersama. Memang benar, jika pasangan tersebut memang tidak pernah melihat sejarah silam pasangannya biarpun dia banyak mendengar cerita daripada orang lain. Memang benar, jika pasangan tersebut hanya melihat ke hadapan dan hanya mahu bahagia bersama dan benar-benar menjaga keluarga kecilnya tanpa membenarkan apa juga elemen negatif masuk ke dalam keluarga kecilnya.
Hakikatnya…
Tetapi hakikat ini tidak berlaku kepada semua pasangan. Lebih ramai yang suka mengungkit masa silam pasangannya. Lebih ramai yang suka mencari salah masa silam dan dijadikan kesalahan untuk masa kini. Lebih ramai pasangan yang mengungkit masalah hubungan pasangannya dengan mantan mereka untuk dijadikan senjata dalam perbalahan mereka.
Justeru, di mana benarnya ayat; “aku terima kamu seadanya” jika sejarah silam masih diungkit. Mengapa setelah bertahun berpasangan baru perkataan “padanlah dulu…” terpacul dari mulut. Bukankah itu sangat menyakitkan dan boleh merosakkan hubungan yang sedia ada.
Nampak Salah Pasangan
Seharusnya mereka yang sering mengungkit masa silam pasangan mereka bukanlah mereka yang boleh menerima pasangan mereka seadanya. Mereka juga tidak peduli perasaan pasangan mereka apabila sejarah kekecewaan diungkit.
Mereka hanya pedulikan kepuasan mereka melepaskan geram. Mereka sering nampak kesalahan pasangan mereka. Mereka sering melihat kelemahan pasangan mereka. Tetapi mereka jarang sekali bertanya apakah yang membuatkan pasangan mereka berubah. Mereka tidak cuba menilai dan menghakimi perubahan yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka hanya menilai apa dapat dilihat tanpa cuba melihat ke dalam diri.
Pastinya pasangan yang tidak pernah mengungkit tetapi diungkit akan merasa sangat terluka. Bahkan mereka mula memikirkan hal-hal negatif dalam hubungan.
Lihat diri Sendiri
Pada saya, keduanya perlu melihat ke dalam diri masing-masing. Mereka yang sudah luput ayat “aku terima kamu seadanya” perlu memikirkan apakah yang berlaku dan apakah yang dirasai seandainya pasangan mereka pula yang mengungkit masalah dan kekhilafan masa silam mereka.
Jika mereka merasakan yang mereka akan cukup kecewa maka itulah yang dirasai oleh pasangan mereka sekarang. Bagi mereka yang diungkit, ketahuilah, inilah saatnya memupuk pahala dengan memberi kemaafan tanpa diminta. Inilah waktunya duduk dan tunduk kepada Allah SWT kerana boleh jadi itu satu teguran dari Allah SWT agar kita semakin berhati-hati dalam setiap tindakan di masa akan datang.
** Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master trainer, juga penulis tetap ruangan MUNAJAT di dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...