
Buat mak-mak yang ada anak gatal-gatal kulit sampai risau nak keluar rumah. Cuba anda amalkan tiga petua ini untuk mengatasinya.
Parutan Kunyit
Sebagai mak-mak anda jangan cepat cemas, sepintas kilat masuk ke dapur dan dapatkan sepotong kunyit, bersihkan dan parut halus. Tambahkan sedikit air bersama kapur. Panaskan seketika di atas api, sejukkan seketika sebelum di sapa di bahagian gatal-gatal tersebut. tidak lama kemudian, rasa gatal tersebut mula menghilang.
Adunan Tepung Beras
Selain gatal kulit biasa, anak-anak juga tidak lari daripada masalah gegata atau hives atau urticaria? Kebiasaannya kulit akan berasa gatal satu badan dan buatkan anak anda tidak tentu arah. Selain mendapatkan rawatan dari klinik melalui pemberian ubat-ubatan. Barangkali cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda iaitu dengan cara mencampurkan sedikit tepung dan air. Jadikan adunan yang boleh diuli dan dikepal atau dalam erti kata lain menjadi doh. Golekkan doh tepung beras ini pada kulit yang terkena gegata.

Daun Thyme
Kadang-kadang akibat tersalah makan atau makan makanan laut berlebihan atau terkena habuk yang kotor membuatkan badan anda gatal-gatal dan kemerahan. Selain berjumpa pakar kulit, mungkin cara alami ini dapat membantu anda mengatasinya. Rebus satu sudu daun tyhme dalam periuk bersama sedikit air. Tapis airnya dan selepas itu ambil tuala kecil dan basahkan dengan air rebusan tadi. Lapkan pada kawasan yang gatal sehingga anda rasa ianya makin berkurangan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkat Rajin Orang Tua Sanggup Masak Makanan Paling Anak Suka Masa Bersahur, Ada Barokahnya

Bila tiba bulan Ramadan, mak-mak adalah orang yang paling beria-ia terutamanya masa bersahur. Sebab memikirkan masakan apa yang boleh menaikkan selera anak-anak yang berpuasa.
Bukan apa, risau kalau anak tak makan masa bersahur, nanti siang hari tak mampu nak bertahan sehingga berbuka. Menu paling anak suka makan dah tentulah nasi goreng dan air milo.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mood Lebih Ceria Bersemangat, Waktu Bersahur & Hadiah&Untuk Suami & Anak-Anak!
Rupanya Rahsia Anak-anak Makan Bertambah Semasa Bersahur
Masa Bersahur, Kenangan Mengusik Jiwa Bulan Ramadan
Inilah yang mak-mak lakukan dan boleh dikatakan turun temurun dari mak-mak kita dulu untuk anak-anaknya. Ramadan inilah membuatkan kita teringat zaman kita masa kecil. Kenangan mengusik jiwa.
Tanpa kita sedar, kerajinan dan berkat mak-mak masak untuk anak-anak masa bersahur inillah ada keberkatannya. Perkongsian dan pengajaran yang boleh kita ambil dari ceramah Ustaz Wadi Anuar ini.
Kenangan mengusik jiwa.
Masa kita kecil-kecl dulu, sampai hari ini masih ingat.
Betapa mak ayah zaman dulu walaupun belajar tak pandai tapi bila datang Ramadan, dia akan buat makanan yang anak dia lalu untuk bersahur.
Apadia paling anak suka, nasi goreng, itulah yang dia buat, bancuh air yang anak lalu, tentulah milo. Itulah paling sedap. Minum sampai habislah.
Ada juga masa kita kecil, sedar-sedar dah ada depan nasi. Rupa-rupanya ayah yang angkat.
Berkat rajin orang tua dan berkat amalan sahur yang Nabi ajar.. “Sesungguh waktu itu dan perbuatan bersahur itu ada keberkatan..”
Kalau dilihat dulu dengan sekarang, ada mak ayah berbeza dan jauh dari sunnah. Tak bangun sahur, apatah lagi anak-anak.
Sebab itu, jangan hairan dan pelik kalau ada kelaurga yang tak berkah, bergaduh setiap hari duit tak pernah cukup dan sebagainya.
Bangun sahur kerana di situ ada barakohnya.
Mingguan Wanita : Selagi belum imsak, selagi itulah mak-mak akan ingatkan anak minum air banyak-banyak supaya tak dahaga siang hari. Gitulah kan, perasaan mak-mak pada anak.
Sumber: insan_marhean (tiktok)
@insan_marhaen Ramadhan zaman dulu #ustazwadiannuar #insanmarhaen #ramadhan ♬ original sound – Insan marhaen

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bab Makan Isteri Hidangkan, Lepas Makan Pinggan Tinggal Atas Meja

Isi Kandungan
ToggleUntunglah suami, nak makan isteri hidangkan dan lepas makan pun isteri juga yang gigih kemaskan meja makan. Agak-agak suami buat apa?
Ya, kalau isteri ikhlas buat kerja rumah dan hidangkan makanan orang berpuasa dapat pahal berganda tetapi apa salahnya kalau suami tolong. Toleransi lah sikit. Nak-nak bulan puasa. Isteri pun penat juga, dari pagi sampai ke malam dia urusakan hal rumahtangga.
Itu belum bercampur dengan urusan anak-anak. Ini lagi tak best kalau jadi macam situasi yang saudara Mohd Fhais kongsikan ini, semua isteri yang buat! Hmmmm…
Makan Isteri Hidangkan, Suami Tolonglah Kemas
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!

Jadilah Contoh Yang Baik Untuk Anak
Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Lain Wangi Ke Pejabat, Suri Rumah Bau Masakan

Isi Kandungan
ToggleAda ketika emosi ‘lonely’ akan menerjah bermain-main dalam fikiran mak-mak yang bergelar suri rumah. Lagi-lagi, jika sebelum ini dia biasa bekerja di pejabat dan akhirnya ambil keputusan berhenti kerja untuk fokus famili.
Emosi ‘lonely’ itu sedikit demi sedikit memakan diri, hingga satu masa akan menarik keyakinan diri suri rumah untuk berdepan teman-teman yang pernah bekerja dengannya satu pejabat.
Inilah juga yang dialami Wawa Shauqi selepas beberapa ketika berhenti kerja. Dan akhirnya dia dapat bangkit melawan emosi ‘lonely’ itu. Begini caranya.
Sebenarnya Suri Rumah Bergelut Dengan Emosi Lonely
Kali pertama jadi surirumah, saya bergelut untuk adapt rasa lonely.
Saya sejenis manusia yang ‘extrovert’. Bersosial adalah nikmat. Dapat bercakap dengan manusia lain tu satu terapi.
Jadi, bila saya berhenti kerja dan tumpu pada tugas menjaga anak, saya jadi canggung.
Bayangkan, setiap hari kita dah biasa bersembang dan bergurau dengan rakan sekerja. Tiba-tiba kena duduk rumah bercakap dengan kuali, penyapu dan berus jamban.
Suami pula waktu tu kerja di pelantar minyak. Nak nampak muka dia, ada tempohnya.
Sampai satu masa, suami berhenti kerja. Katanya kulit Jawa. Mana boleh duduk panas berlama. Padahal saya tau, dia berhenti sebab kuasa cinta pada saya. Ewahh.
Lepas berhenti kerja, suami berniaga. Tumpang buka kiosk makan di satu restoran. Pagi dia bekerja pejabat, malam sambung berniaga.
Letihnya dia Allah yang tau.
Mana ada masa nak layan bini mengadu sunyi.
Orang Lain Bau Wangi Ke Pejabat
Nasib baik saya ada anak di sisi. Sekurang-kurangnya, dia jadi asbab saya tak lupa mana rupa manusia. Maklumlah, lama sangat tak bersosial.
Cermin pun dah lama tak tengok. Kalau terjenguk, mungkin terkejut tengok muka sendiri.
Sampailah satu masa ni. Ramai pulak yang menjemput kenduri. Satu demi satu saya tolak jemputan, dan biarkan suami pergi sendiri.
Entah kenapa, tiba-tiba jadi segan nak jumpa manusia. Confident tu dah tak ada.
Rasanya sebab banyak tengok kehidupan orang lain kat media sosial. Mereka makin bahagia, makin bergaya dan makin kaya.
Saya… Tak tergamak nak cerita. Kehidupan hanya bergelumang dengan rengek, muntah, kencing dan berak anak.
Kerja pulak tak semewah kerja rakan-rakan. Orang lain bau wangi ke pejabat. Saya ketiak lecak dek bau masakan. Rasa tak layak nak jumpa kawan.
Waktu saya belajar sakitnya lonely. Mulut tak bercakap tapi kepala bising.
Nasihat Untuk Suri Rumah
Ini nasihat saya untuk para WANITA seperti saya :
1) Berterima kasih dan puji diri sendiri.
Bila kita duduk ‘di bawah’, mudah sangat kita nampak diri kita rendah.
Tolong.
Belajar berterima kasih pada diri.
Punyalah banyak pengorbanan kita dah buat untuk jaga makhluk lain. Tapi kita selalu lupa nak puji dan berterima kasih diri sendiri.
Cakap ‘tahniah kat diri bila berjaya kawal emosi’.
Cakap ‘terima kasih sebab banyak usahakan kehendak diri’.
Cakap ‘it’s ok harini tak berjaya, sebab esok kita cuba lagi.’
Bila saya belajar buat macam ni, alhamdulillah mudah sangat berdamai dengan diri dan anak-anak.
2)Join mana-mana kelas.
Kelas memasak, kelas mengaji, kelas menjahit, kelas baking, kelas penulisan, kelas parenting.
Untuk apa kelas ni?
Supaya kita jumpa circle kita. Supaya kita ada masa untuk diri sendiri. Supaya kita jumpa kembali potensi kita. Dan paling penting, untuk kembalikan rasa ada harga diri.
Siapa sangka, dari bermulanya saya ke kelas parenting untuk ‘me time’, akhirnya terjebak berkongsi ilmu di FB. Sampai sekarang.
3) Belajarlah jadikan Allah tempat mengadu.
Bila tak ada kawan, kita tak ada tempat mengadu.
Nak mengadu kat kawan lain, dah terasa lain. Sebab kehidupan mereka pun dah tak selari dengan kita.
Maka belajarlah ‘bersembang’ dan mengadu padaNya.
Ya, memang lain. Tapi mulalah. Sampai kita jumpa sendiri nikmatnya. Sampai kita rasa tenangnya bila belajar bersandar pada Allah.

Pesanan Untuk Suami
Buat PASANGAN pula, ini pesan saya,
1) Pasanglah mata pada setiap usaha mereka. Cari kebaikan yang mereka dah lakukan.
Pasangan kita dah mengorbankan kepuasan kerjaya demi isi rumah. Rasa diri tak ada harga selalu ada.
Maka belajarlah memuji. Bantu mereka kembalikan rasa harga diri.
Jangan biar mereka mengkritik diri dalam diam. Kerana dari hati yang penuh kritik itu, akan menuturkan kata-kata yang menghiris.
Dari pujian, kata-kata sayang, dan senyum manis, akan mengisi tangki emosi isteri.
Bila tangki emosi mereka terisi, jelita dan ayu yang hilang tu akan kembali. Insya Allah.
2) Jadikan bahu tempat untuk pasangan sandar. Dan telinga tempat untuk pasangan meluah.
Kadang tu, mulut mereka sekadar nak meluah. Dia nak bercerita. Bukan nak tahu solusi pun. Saja nak bercakap dengan manusia. Itu aje hiburan. Kita aje kawan. Layankan.
3) Beri ruang untuk mereka refresh.
Mereka ini mengulangi rutin sama setiap hari. Dalam kepala recycle fikiran yang sama.
PC pun kena reboot bila sampai masa. Inikan pula manusia.
Ambil tempat mereka sekejap. Hulur duit sekeping 2 dan kunci kereta. Pesan beli aiskrim makan sorang-sorang. Biar kejap mereka lesap.
Mudah-mudahan mereka pulang bawa bahagia di hati. Dan senyum di wajah.
Buat semua para wanita. Jangan sesekali rasa diri tak ada harga. Tanpa kalian, tak tertegaknya rumah tangga.
Jangan takut orang tak pandang. Kalau kita pikul tanggungjawab sebaiknya, Allah pandang kita dengan pandangan mulia.
Mingguan Wanita : Setuju dengan pendapat join mana-mana kelas untuk tambah ilmu sekaligus bahagiakan diri sendiri.
Jadi suri rumah tak ada cuti sakit dan rehat, kadang rasa lonely
Sumber/Foto : Wawa Shauqi
8 tahun jadi surirumah professional.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI