Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.
Walaupun berhati-hati sehingga pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah dan memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Namun hati ibu muda ini begitu terkejut dan rasa takut, apabila mengetahui individu yang bertemu dengan anak kesayangan merupakan kontak rapat dan positif Covid-19.
Anak Kontak Rapat Individu Positif Covid-19, Rayyan Buat Jantung Elfira Mahu Luruh
Menerusi perkongsian di laman Instagram menggunakan nama akaun putera kesayangannya itu, Elfira, menjelaskan dia tidak membawa anaknya keluar, bagaimanapun dalam masa yang sama, dia tidak tahu orang yang datang ke rumah telah dijangkiti virus itu.
Rayyan menangis ketika menjalani ujian calitan.
“Kongsi di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu, untuk keadaan sekarang tidak mengapa untuk bertegas mengatakan tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita .
“Terutamanya bila kita tahu orang itu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.
Ads
“Rayyan tak keluar , tapi kita tak tahu orang yang datang rumah itu telah terdedah kepada virus.
Rayyan Salah Seorang Kontak Rapat Individu Positif Covid-19
“Jadi nak dijadikan cerita, dia merupakan salah seorang kontak rapat. Memang nak luruh jantung, sebab saya takut sangat dengan hospital, kalaulah jadi apa-apa mesti saya kena jaga dia, memang takut sangat,” ujarnya.
Alhamdulillah, Semuanya Baik
Tambah Elfira, dia bersyukur apabila ujian calitan yang dilakukan terhadap Rayyan, menunjukkan dia tidak dijangkiti biarpun berada beberapa jam bersama individu terbabit.
Ads
“Alhamdulillah semuanya baik. Kuat imun system anakku dan syukur kepada ALLAH SWT kerana melindungi Rayyan.
“Menakjubkan kerana dia terdedah beberapa jam tetapi tidak ada apa-apa tetapi yang terdedah satu jam dijangkiti. Memang ajaib.
“Jadi tolong jaga diri anda dan pastikan makan vitamin C,” tulisnya lagi.
Puteri Kedua, Saharul Pilih Nama KHADIJAH ALKUBRA. Allahu sedapnya nama yang diberikan oleh pelakon Saharul Ridzwan dan isteri Deena Emir untuk puteri kedua mereka.
Sebelum ini, isteri kepada Saharul selamat melahirkan bayi ketiga mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Saharul dan Deena telah memuat naik nama puteri kedua mereka.
Puteri Kedua, Saharul Pilih Nama KHADIJAH ALKUBRAA
Pasangan ini memilih KHADIJAH ALKUBRAA. Menerusi ruangan komen ramai yang memuji nama anak ketiga pasangan ini yang begitu indah;
“Sedapnya nama baby Saharul, indah dan damai sebagaimana maksudnya. Wanita yang tinggi cintanya pada rasulullah, semoga Khadijah menjadi anak yang solehah.. Aaminn” komen salah seorang warganet.
Saharul dan Deena juga mengumumkan nama puteri mereka selepas tujuh hari kelahiran.
“Semalam genap 7 hari kelahiran puteri solehah ke dua kami, telah selamat ditahniqkan dan di cukur rambutnya serta diberi nama. Alhamdulillah.
“Nama diberi,
KHADIJAH ALKUBRAA
“Sempena nama isteri Baginda Rasulullah s.a.w, Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a, ketua bidadari syurga.
“Semoga anak solehah ini, Khadijah Alkubraa membesar dengan sihat, pintar, baik ahlak serta rupa parasnya, disayangi dan disenangi ramai, menjadi hafizah Quran, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)
“MasyaAllah Nama Yang Indah” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji nama yang cukup indah.
Kakak Safee Sali tampil bela adik ipar, “Dia bukan penyondol, saya kena betulkan apa yang salah. Kisah perceraian bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Safee Salli dan bekas isteri, Fitria Elfina (Shasha) dengan talak dua semalam mengundang persepsi negetif dari netizen yang seakan “bersorak” atas perceraian tersebut.
Ramai menganggap inilah kifarah yang harus diterima Fitria atau disapa Sasha kerana dirinya adalah punca kepada perceraian Safee dengan bekas isteri pertama, Sabrina Yusof.
Kakak Safee Sali Tampil Bela Adik Ipar
Luahan hati Fitria ini terjadi ketika dirinya tampil dalam podcast Mingguan Wanita di mana dirinya bercerita amat merindui anak yang sudah hampir dua bulan tidak ditemuinya.
Kakak kepada Safee, Normalayati Mohd Salli tampil memberi penjelasan berikutan terlalu banyak fitnah yang melata mengatakan Sasha adalah penyondol kepada perkahwinan pertama Safee dan ini adalah kifarah atas perbuatan lalunya.
“Saya kena betulkan apa yang salah. Bukan nak buka aib keluarga. Tidak sama sekali. Tapi saya ingin tegaskan bahawa Sasha bukan penyondol atau penyebab kepada keruntuhan rumahtangga Safee yang lalu,” katanya yang mahu masyarakat tidak terus menuduh adik iparnya itu sedangkan mereka tidak tahu kebenaran sebenar.
“Dia Bukan Penyondol, Saya Kena Betulkan Apa Yang Salah…”
“Saya kena betulkan apa yang salah. Saya berpaksi pada kebenaran. Jadi saya perlu beritahu perkara yang benar. Kenyataan sebenarnya, insan yang mereka kata penyondol itulah yang selalu mengingatkan Safee untuk tengok anak-anak dia di Sarawak. Malah sepanjang Safee jumpa anak-anak, Sya ada ikut sama dan bersembang dengan Sabrina,” katanya Yam yang juga anak ketiga dari 12 beradik.
Jelasnya yang juga seorang perawat islam, dirinya mengetahui segalanya termasuk kebenaran yang Allah tunjukkan sebelum adiknya berkahwin di Thailand secara diam-diam dan cara bagaimana hubungan ketiga itu terjalin dengan cara yang salah.
“Saya tak akan kata adik saya betul sebab memang tindakannnya salah. Salah kerana tidak bertindak sebagai lelaki dan suami yang betul dalam rumahtangga. Keluar dari rumah tanpa beritahu isteri ke mana dan tidak menghiruakan keluarganya. Itu semua salah dan tak mustahil hati isteri akan terasa, termasuk bila isteri dapat tahu suaminya ke Thailand dan berkahwin lain secara sembunyi-sembunyi.
Lebih larat dan menyedihkan, bika pisahkan emak dengan anak-anak. Itu juga tak betul. Begitu juga Sasha diminta keluar dari rumah sewa sedangkan dirinya masih dalam edah, jadi itu tanggungjawab Safee untuk sediakan. Tapi itulah yang terjadi,”jelasnya.
Yam turut berkongsi coretan anak sulung Sasha yang menulis mengatakan dirinya merindui emaknya tapi tak dapat berjumpa.
Nota ini berbunyi, “Ayah cakap nak pergi dekat Mama. Tapi tak pun. Kakak rindu Mama. Lepas tu semua orang marah kakak kecuali Mama dan Tuhan…”. Nota inilah yang dijumpai oleh Sasha di dalam kereta sewaktu Safee meninggalkan kereta lama di hadapan rumah mereka. Saksikan video penuh di sini. Luahan hati Syasa.
Yam turut berkongsi coretan anak sulung Sasha yang menulis mengatakan dirinya merindui emaknya tapi tak dapat berjumpa.
Kata Normalayati, apa yang terjadi semasa perceraian Safee yang pertama dahulu tinggal sejarah kerana tidak perlu diperpanjangkan walau ramai tidak tahu akan kebenaran sebenarnya.
“Biarlah, ia menjadi rahsia keluarga kami. Ada kata Safee tak jenguk anak. Kami tahu kenapa hal itu terjadi. Tapi apa yang boleh saya katakan, jangan memandai beri komen mengatakan Shasa penyondol atau sebagainya kerana dirinya bukan begitu,” katanya yang berkali-kali memaklumkan tujuan dirinya bercerita bukan mahu membuka aib keluarga tapi menulis kepada kebenaran.
“Saya tengok ada artis bercerita tentang ini. Seolah-olah ini kifarah untuk Shasa dan seolah dia tahu kejadian keseluruhan. Jangan bertindak seolah kita tahu tapi sebenarnya ada kisah lain yang kita tak tahu apa terjadi.
“Saya selalu nasihatkan Sha untuk solat dan memohon pada Allah, nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya. Ya, memang Allah tunjuk satu persatu kebenaran termasuk rumahtangga mereka mula berantakan. Ia dipertunjukkan melalui mimpi-mimpi. Semua itu saya tahu kebenarannya.
“Sha sendiri kenal Safee selepas rumahtangganya bermasalah. Sha sendiri berkorban datang ke Malaysia tapi akhirnya ia begini. Saya ada cerita pada adik beradik bahawa kita kena betulkan apa yang salah kerana di hadapan Allah kelak kita yang akan menjawapnya,” kata Yam ketika dihubungi.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sutradara terkenal Erma Fatima semalam memaklumkan biar apa pun yang orang lain perkatakan tentang pelakon Iqram Dinzly, dirinya tetap tidak percaya. Bagi pengarah dan pelakon drama bersiri Mak Cun ini, Iqram hanya sedang membuat satu persembahan panggung untuk menjadi tontonan kepada siapa pun.
Sejak beberapa hari lalu, pelakon tampan Iqram Dinzly yang kelihatan semakin kurus ini membuat pelbagai aksi pelik di laman instagram miliknya. Ternyata apa yang dipersembahkan itu, mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggapnya Iqram sedang berhadapan masalah depression, tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka meminta agar Iqram dirawat segera. Iqram juga menyelar mana-mana pihak yang menuduhnya berhadapan masalah kejiwaan. Dia juga mengakui apa yang dipersembahkan itu cumalah strategi pemasaran. Ibu Iqram juga mengakui yang anaknya itu masih normal.
Kau Masih Iqram Dinzly Yang Aku Kenal Dulu
Begitu juga dengan Erma Fatima. Baginya Iqram Dinzly, pelakon yang dipanggilnya ‘Adik’ ini tetap Iqram Dinzly yang dikenali dulu. “AKU TAK PERCAYA! Biar apa pun kata mereka…aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik…akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.
“Setiap kali akak tengok video live kau…setiap kali itu hati akak yakin…kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.”
“Maki hamun..keji mengeji itulah KITA.
“Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI.
“Akak PERCAYA..akak PERCAYA…Kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu.”
Hakak suka semangat positif yang Erma Fatima kongsikan ini. Marilah kita hidupkan semangat berkasih sayang. Dan ingatlah sebelum menulis atau melemparkan komen ingatlah hati dan perasaan orang lain.
Sebab Allah sayang, kita yang menyayangi hambaNya yang lain. Iqram Dinzly juga manusia dan punya hati dan perasaan.