Anak dibaham buaya, sanggup berenang mencari walau bahaya menanti. Demi menyelamat anaknya seorang ayah sanggup berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti.

Ramai yang simpati dengan kejadian yang menimpa seorang lelaki. Untuk pengetahuan baru-baru ini seekor buaya besar telah membaham kanak-kanak di Lahad Datu. Bapa keturunan Bajau Laut itu telah alami kecederaan parah di kepala dan badan selepas berusaha menyelamatkan anaknya.

Paling sedih anaknya yang baru berusia 2 tahun itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya.

Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang mencari Walau Bahaya Menanti

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terbaru Ustaz Ebit sempat berkunjung ke kediaman lelaki tersebut.

Ternyata ayah kepada kanak-kanak itu begitu sedih dengan insiden yang berlaku.

Ketika kunjungan, Ustaz Ebit telah menghadiahkan sebuah bot dan enjin kepada lelaki tersebut.

“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya.

Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur 2 tahun. Teringat-ingat.

Ads

Berulang abang tu cakap “Anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik”

Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti. Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya.

Sabar ya abang. Berat ujian abang. InsyaAllah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.

Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa.

Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini”

Hargailah Apa Yang Kita Miliki 

Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.

Terima kasih NH Travel Sabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” kongsi Ustaz Ebit Lew.

Baca Disini : Gigi Masih Dipenuhi Darah, Buaya Besar Baham Kanak-Kanak Di Lahad Datu Ditangkap

Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah

Ads

Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini”

Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini”

“Tuhan Tahu Pakcik Kuat, Mampu Hadapi Ujian Ini” Netizen 

Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan kata-kata semangat buat lelaki ini.

Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini”  Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini” Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini” Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini”

Ads

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Ebit Lew

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI