Setiap ibu bapa mengharapkan dan ingin melihat anak yang dibesarkan itu sihat dan berjaya. Namun, tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada anak itu nanti. Kita sebagai ibu bapa tidak mahu sekelumit pun anak-anak rasa sakit. Kadang-kadang, sakit itu mahu dipindahkan pada kita sebagai ibu dan ayah.
Apakah daya untuk kita melawan takdir. Anak disahkan menghidap penyakit yang serius. Ada yang sakit jantung, kanser, buah pinggang dan sebagainya. Ada anak yang menghidap penyakit serius sejak dari kecil lagi. Inilah yang telah dikupaskan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi dengan topik ‘Kanser Di Kalangan Kanak-kanak’.
Menurut pakar Dr. Kogilavani, A/P Gunasagaran, Pakar Pediatrik Hemato-Onkologi Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, KKM mengulas tentang topik ini.
“Sebenarnya, kanser di kalangan kanak-kanak ini sukar untuk dikesan. Dikatakan seramai 200,000 kanak-kanak setiap tahun dikesan menghidap penyakit ini. Atau anggaran setiap tiga minit, seorang anak disahkan menghidap kanser.”
Jika dilihat, orang dewasa yang menghidap kanser adalah disebabkan gaya hidup dan faktor pemakanan. Sedangkan kanak-kanak, faktor ini bukan menjadi penyebab penyakit kanser ini.
Ibu bapa perlu sedar tentang penyakit kanser ini kerana biasanya anak-anak kecil sukar memberitahu tentang masalah yang dialami berbanding dengan orang dewasa.
Ads
• Ibu bapa perlu sedar, kanser boleh berlaku pada anak-anak.
• Kena lihat tanda-tanda dan jenis kanser. Antaranya anak kerap demam, lebam pada kulit, perut buncit, tidak aktif, pucat dan lesu.
“Perkara biasa bila anak mengalami demam kerana ini untuk membina sistem imunisasi/antibodi. Tetapi, jika demam berulang dan tidak sembuh walaupun sudah mengambil antibiotik, ibu bapa kena ambil tindakan..” Dr. Kogilavani.
Jenis penyakit kanser yang boleh menyerang kanak-kanak ialah:
a) Kanser darah – 40% boleh berlaku di kalangan kanak-kanak.
b) Diikuti kanser otak
c) Kanser Limphoma
d) Kanser Tulang, Mata, Buah Pinggang dan sebagainya.
Rawatan yang disyorkan untuk sembuhkan pesakit adalah:
a) Kemoterapi
b) Radioterapi
c) Pembedahan
Ads
Kebarangkalian untuk sembuh apabila ia dapat dikesan lebih awal dan cepat dalam melakukan rawatan.
Dalam rancangan ini juga, Jeffri Senin turut berkongsi cerita tentang anaknya, Rayyana Puteri, 9 tahun yang menghidap kanser tulang. Tiada lebih menggembirakan apabila penyanyi kesukaan Rayyana, Nabila Razali hadir memberi kejutan padanya.
Ads
Menurut Jeffri:
“Awalnya mendapat tahu tentan penyakit Rayyana, kami tidak dapat terima kenyataan. Namun, dengan kata-kata sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan, kami reda dan perlu kuat. Saya dan isteri positifkan diri dan memberi semangat untuk Rayyana dalam mendapatkan rawatan.
“Jangan ingat dengan menghidap kanser, kita perlu hanya duduk dan terlantar di rumah sahaja. Saya sendiri, layankan apa yang ingin Rayyana mahu, bawa berjalan-jalan dan kuatkan dirinya dengan memberitahu dia tidak sakit….”
Bagi mengikuti lebih lanjut tentang topik ini, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam bersama pengacara, Nurul Syuhada dan Nuafal Hatta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mingguan Wanita Talkshow bersiaran lagi hari ini dengan topik Berusia, Kekal Jelita. Sebagai seorang wanita sememangnya sangat suka untuk mengekalkan kecantikan kulit. Apatah lagi apabila sudah mencecah usia 40 tahun.
Tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow membincangkan isu ini bersama Pakar Dermatologi, Dr. Azura Mohd Affandi.
“Kulit merupakan organ terbesar yang paling penting melitupi tubuh badan. Kulit wajah paling utama dan perlu dijaga dengan baik. Banyak faktor yang boleh menampakkan kulit wajah nampak lebih tua. Antaranya faktor tekanan. Tidak dinafikan seseorang yang menghadapi tekanan akan menyebabkan kulit nampak lebih tua,” ujar Dr. Azura.
Jaga Pemakanan
Dr. Azura juga menerangkan bagi anda yang mahu mendapatkan kulit wajah yang cantik, anda perlu menjaga pemakanan.
“Apa yang kita makan akan memberi kesan pada kulit terutamanya di wajah. Jadi jaga pemakanan, minum air putih secukupnya ini kerana jika kulit kering akan sebabkan pigmentasi berlaku di wajah.
“Bila pilih satu-satu produk kecantikan tolonglah pilih yang bersesuaian kerana jika anda pakai produk yang tidak sesuai akan tumbuh jerawat dan masalah lain pada kulit wajah,” sambung Dr. Azura.
Dr. Azura juga menasihati gunalah pelembap muka dan pelindung suria sebelum keluar rumah.
“Terimalah apa yang Allah dah kurniakan pada kita. Apa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Allah yag terbaik buat kita,” ungkapnya. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
Tip:
Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
Banyakkan memakan dari sumber protien seperti ikan, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyihatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.
Elakan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mempastikan tubuh anda berfungsi dengan baik.
Kulit wajah yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.
Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Membincangkan isu yang popular di kalangan masyarat Malaysia iaitu Diabesiti (Obesiti & Diabetes), Illya Buang (Senario) atau lebih mesra dipanggil Pak Ya yang juga seorang penghidap diabetes meluahkan pendapatnya mengenai isu ini.
“Keadaan kesihatan saya boleh dikatakan terkawal buat masa sekarang. Saya mula menghidap diabetes lebih 10 tahun lalu dan pada 2014, saya mula mengambil insulin sebagai salah satu proses rawatan.
“Mula-mula saya tak tahu ada kencing manis, masa di kampung masing-masing saja test alat pengukur diabetes dan ketika itu kencing manis saya lebih dari 7. Selepas itu saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pada awalnya saya hanya mengambil ubat kemudian doktor nasihati saya untuk mendapatkan suntikan insulin,” terang Pak Ya.
Gaya Pemakanan
Pak Ya juga turut berpendapat punca dia mendapat penyakit ini kerana gaya pemakanan yang diamalkan oleh keluarga.
“Memang ada yang beritahu penyakit ini disebabkan keturunan. Pada saya lebih kepada gaya pemakanan sesebuah keluarga. Sebabnya kami biasanya makan benda manis, jadi anak-anak pun akan makan benda yang sama,” ujar Pak Ya yang akui selepas mendapat kencing manis dia mula cepat letih jika lakukan aktiviti lasak.
Pantang Makan Sangat Susah
Salah satu cara untuk mengawal kencing manis adalah dengan mengurangkan berat badan dan kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Pak Ya akui perkara itu namun bukannya senang untuk mengawal makan.
“Pada saya hendak pantang makan adalah satu perkara yang sangat susah. Saya amalkan mendaki bukit dan senaman. Saya akan pastikan saya bersenam dan mendaki. Jika saya tidak lakukan senaman sebegini saya akan dapati kandungan gula dalam badan akan naik.
“Sekarang ini saya sentiasa berhati-hati dan akan selalu tengok samaada kaki ada tak tanda-tanda yang boleh bawa kepada kudis ke. Bila tidur berselimut tapi kaki rasa pijar, hati-hatilah.
“Bagi merawat penyakit ini saya sering berjumpa dan minta nasihat doktor. Doktor selalu pesan agar saya menjaga pemakanan. Pada saya nak makan apa-apa boleh tapi biarlah berpada-pada,” ungkapnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cinta Luar Biasa, topik yang diketengahkan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi. Cinta yang cukup luar biasa, sanggup menerima pasangan walaupun keadaan fizikal yang tidak mengizinkan atau tidak seperti orang lain.
Tetamu jemputan yang berkongsi kisah cinta luar biasa ini adalah pasangan Mohd Sukur Ibrahim dan Wan Nurul Syazwani. Dalam wawancara tersebut, Wani memberitahu:
“Saya mengambil masa empat tahun untuk memujuk dan menyakinkan ibu bapa bahawa Sukur adalah pilihan saya untuk hidup bersama. Malah, saat yang paling menggembirakan saya ketika menyambut ulangtahun ke 28, akhirnya ayah bersetuju menerima pilihan saya dengan syarat perlu diorientasikan atau diberi ujian selama 4 hari bagi memastikan pilihan Sukur dapat memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Bagi Sukur pula:
“Kami rapat semasa dalam proses membina perniagaan, yang mana saya mengajak Wani untuk terlibat sama dalam perniagaan. Tempoh itulah menguatkan lagi hubungan kami dan wujud auara dalaman yang positif.
“Dengan keadaan fizikal ini, sudah tentu saya hadapi cabaran dalam menyakini mentua. Mereka tidak percaya dan ragu-ragu dengan keupayaan saya. Apa yaang saya pegang, HATI MANUSIA MILIK ALLAHdan saya kena bersabar. Saya tidak mahu wanita lain selain daripada dia.
Tip yang dikongsi oleh pasangan ini:
Walaupun kekurangan fizikal, kita kena fikir positif. Cinta itu dari hati dan bukan kerana paras rupa.
Kekurangan fizikal tidak membantutkan rasa tanggungjawab untuk menjadi seorang suami dan ayah pada anak-anak.
Kebahagiaan itu berpunca dari diri kita sendiri, bila orang sekeliling melihat kita bahagia, bahagia itu akan datang dengan sendirinya.
Bahagia yang ada bukan untuk ditunjuk tetapi untuk dirasa.
Bila kita ada sikap hormat pada pasangan, kita akan bertahan untuk kebahagiaan.
Kehidupan dan kebahagiaan seseorang itu berbeza-beza dan jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.
Kita perlu bina kebahagian itu dengan cara kita sendiri.
Mingguan Wanita Talkshow yang dihoskan oleh Nurul Syuhada dan Amin Idris ini turut menjemput Prof Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat, Pensyarah Kanan UiTM dan membincangkan topik ini. Ikuti siaran ulangan ini dengan kupasan yang lebih mendalam pada jam 8.00 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...