Anak lelaki ini, Furqan bin Mohd Ridzal baru disahkan menghidap kanser leukemia. Sebelumnya, dia sudah menunjukkan tanda-tanda selama dua minggu. Antaranya demam berulang.
“Jika anak yang demam berulang jangan tunggu lama. Terus bawa ke klinik untuk periksa darah.” Pesan ibu anak ini kepada pembaca Mingguan Wanita.
Ibunya, Siti Mariam Kamsan juga berkongsi tanda-tanda lain yang anaknya ini hadapi sebelum disahkan leukemia.
“Setelah positif kanser, ada yang perlu dijaga sepanjang tempoh 2 tahun rawatan. Mohon pembaca doakan kesembuhan Furqan.” Pinta ibunya.
Demam Berulang Selama Dua Minggu
KAU ANAKKU YANG TERPILIH
Nak taip ni air mata dah bertakung. Ikutkan pada awal aku tak nak cerita kat media social.
Tapi aku fikir mungkin kisah aku ini akan sedikit memberi manfaat pada orang lain, maka aku ambil masa untuk taip nukilan ini untuk dikongsikan.
Kalau perasan aku pernah posting Furqan demam haritu, sebenarnya demam dia on off selama dua minggu. Tapi hati aku tak tenang sebab Furqan dah setahun lebih tak demam. Bila demam berulang aku dah mula risau.
Husband pergi klinik dan dapat result darah Furqan tak macam orang normal. Semua cair. Aku fikir mungkin Furqan tak suka makan banyak, tak suka minum susu.
Then bila demam tu berulang terus refer hospital kerajaaan. Aku masih berharap Furqan demam biasa je. Tapi malam hari doc bagi result yang akan merubah hidup aku sekeluarga 360 darjah.
“Puan, kita dah cek sample darah Furqan. Kita dapati ada sel cancer dalam darah anak Puan. SEL KANSER LEUKEMIA. Saya tahu ibu akan shock. Tapi kita as doktor akan buat sehabis baik untuk anak Puan.
Ads
Secepat mungkin kita akan hantar anak Puan Ke PPUM untuk betul-betul lihat result secara tepat melalui ujian sample darah dari tulang sum-sum dan akan dapatkan rawatan segera di sana.’’ kata doktor pakar yang bertugas malam tu.
Menangis Sepuas Hati, Salahkan Diri
Terkedu. Allahuakbar! Allahuakbar! Tak mampu nak berkata-kata. Malam tu aku menangis sepuas hati aku. Aku tak boleh tidur. Aku mula menyalahkan diri aku. Adakah aku bagi Furqan makanan yang kurang berkhasiat sedangkan jajan pun aku sekat tak bagi dia makan selalu .
Aku tak nangis depan Furqan. Bila dia tidur aku nangis di tikar sejadah. Minta keampunan dari Allah. Pindahkan sakit itu kepada aku kerana aku tak nak anak aku menanggung kesakitan sebab dia masih kecil!
Furqan anak yang manja. Waima kena gigit semut pun dia menangis. Tapi aku pelan-pelan menyedari ini tanda KASIH SAYANG ALLAH kepada anakku yang HEBAT ni dan ujian untuk kami sebagai ibu bapa untuk sabar dengan ujian.
Aku katakan banyak kali pada diri aku yang dunia ini hanya sementara akhirat kekal selamanya. Sekejap je Allah bagi ujian ni. Allah nak bagi aku pahala sabar dengan ujian.
Jangan katakan kamu sudah beriman jika kamu belum diuji. Kata-kata ini mampu buatkan aku kuat dengan dugaan ini.
2 Minggu Anak Alami Tanda-tanda Ini, Antaranya Demam Berulang
Esok petangnya pihak hospital bergegas siapkan ambulance dan hantar kami ke PPUM. Keesokan harinya keputusan menunjukkan ya memang benar Furqan positive Kanser Leukemia.
Ads
Hanya air mata mengalir bila dengar result itu. Aku redha. Aku kena kuat. Aku dan suami kena kuat untuk Furqan lebih kuat hadapi ini.
Satu persatu aku imbas kembali apa tanda – tanda yang Furqan bagi kat aku selama dua minggu.
bibir pucat
dia mengadu sakit-sakit badan
kepala dia pening tiap kali kena aircond
lemah tak bermaya
demam yang berulang. 3 hari demam 4 hari baik. Lepastu demam semula.
malam berpeluh-peluh
makan kurang berselera
kuku kaki tiada warna darah. Kelihatan putih or lebam.
Kalau anak ada menghadapi simptom macam ni segera la bawak ke klinik yang boleh periksa darah. Supaya boleh tengok apa yang tak kena.
Doc terangkan pada aku yang kanser Leukemia ini tiada stage seperti kanser lain. Ia bukan berpunca dari genetik, bukan dari sebab pemakanan yang tidak sihat dan bukan dari radiasi.
Tapi sebab Allah nak bagi.
Sel darah putih tu dia terhasil lebih banyak dari yang biasa . Siapa punya kerja? Hanya Allah yang mengizinkan semua ini berlaku.
Ads
Ya. Anak umi Furqan anak yang terpilih. Anak yang kuat. Umi tahu Furqan kuat. Tiap kali sakit, dia sebut nama Allah kuat-kuat. Allah nak bagi Furqan syurga yang indah nanti. Allah sayang Furqan.
Doakan aku dan suami kuat kerana kehidupan kami selepas ini akan berubah 360 darjah. No holiday. Fokus kami hanya untuk berikan yang terbaik untuk Furqan selepas ini.
No more fast food
No makan buah tanpa dikupas kulitnya seperti strawberry
No sushi
No holiday
No makanan tanpa dimasak sepenuhnya
No kumpul ramai-ramai sebab nak elak dari jangkitan virus pada Furqan
Semua di atas untuk menjaga antibodi Furqan yang akan lemah since rawatan kimo bermula.
Leukemia juga adalah satu-satunya kanser yang berpeluang untuk sembuh paling tinggi iaitu 90% berbanding cancer lain. InsyAllah kesembuhan milik Furqan anak umi.
Ya , Furqan anak umi yang terpilih
#cancerfightersince12September2021
Mingguan Wanita : Mendoakan semoga Furqan segera sembuh. Dan ibu ayahnya dipermudahkanNya untuk menghadapi ujian hebat ini.
“Bawak 13 anak, empat isteri shopping raya bersama,” Netizen kagum lelaki ini uruskan keluarga besarnya dan mampu membeli belah bersama dalam menyediakan kelengkapan berhari raya.
Tidak semua lelaki mampu menguruskan keluarga dengan baik setelah berpoligami, lelaki ini adalah contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang terfikir untuk berpoligami.
Madukan isteri tak salah, namun biarlah adik, saksama dan mengikut syariat Islam sebaiknya. Tiada yang berkecil hati dan terasa, sebaliknya semua pihak merasa nikmat hidup berkeluarga. Betul tak?
Lelaki ini telah berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya di sebuah kompleks membeli belah.
Seorang pengguna TikTok, Fazlin memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.
Shopping Raya Bersama
Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.
“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” luahnya.
Rata-rata netizen kagum dan memuji sifat lelaki kerana mampu mengurus keluarga besar ini secara adil buktinya mereka keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.
Lelaki Ini Uruskan Keluarga
Ternyata menguruskan keluarga yang besar bukan satu tugas yang mudah apatah lagi melibatkan empat orang isteri dan 13 orang dalam satu masa. Ramai yang mendoakan keluarga ini.
Mingguan Wanita : Seronok melihat keluarga besar begini, tentu meriah. Salute sungguh!
Harga tiket RM113,801, lelaki kongsi rasa teruja bakal saksi final Piala Dunia 2022 Qatar. Sesekali bila lelaki berbelanja memang luar biasa. Malam esok akan berlangsung pertarungan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. Dua pasukan bekas juara Piala Dunia iaitu Perancis dan Argentina akan berentap menentukan juara pada jam 11 malam waktu Malaysia.
Puluhan ribu penyokong kedua pasukan sudah berada di Qatar, negara Islam pertama yang diberi peluang dan ternyata Qatar dilihat begitu cemerlang menganjurkan sukan bertaraf dunia yang diadakan empat tahun sekali ini.
Dikatakan Qatar menerima 2.45 juta pengunjung di peringat awal perlawanan yang mana ia satu angka sangat luar biasa kerana Qatar hanya menyasarkan sekitar sejuta pengunjung sahaja. Pastinya masing-masing teruja dalam debar menanti siapakah yang bakal menjulang trofi berprestij ini.
Dalam pada itu, pasti ramai yang ingin tahu berapakah nilai harga tiket Piala Dunia 2022 yang bakal berlansung di Stadium Lusail, Qatar yang bermula jam 6 petang waktu Qatar . Bukan kaleng-kaleng harga ya kerana harga tiket pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dijual pada harga yang berbeza.
Untuk makluman para isteri, minat luar biasa orang lelaki bukan murah sebaliknya mencecah RM113,801 untuk tempat duduk biasa. Dan tiket hanya dijual sebanyak 80,000 ribu tempat duduk sahaja. Dan demandnya sangat tinggi. Siapa cepat dia dapat.
Tiket ini dibeli oleh seorang individu yang sudah pun terbang ke Qatar untuk saksikan akhir Piala Dunia 2022
Harga tiket akhir ini berharga RM86,963 dan selepas dicampur cukai sebanyak RM26,811, kos keseluruhan perlu dibayar ialah RM113,801. Jika dibayar dalam euro 24,156. Namun harga tiket ini mengikut kedudukan tempat duduk dan ada mencecah sehingga RM309,304,51 untuk pearl lounge seat atau 57,000 pound sterling. Dan tiket di atas dibeli oleh seorang individu bertuah yang bakal menyaksikan akhir Piala Dunia 2022 dan beli melalui sistem online.
Rezeki bagi yang minat dan punya banyak duit untuk terbang ke Qatar menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2022 malam esok.
Jika orang perempuan membelanjakan puluhan atau ratusan ribu membeli beg tangan berjenama dan sesekali bila suami berbelanja mahal sebegini untuk tempoh empat tahun sekali, jangan marah-marah ya. Sebaliknya sokonglah. Baru dikatakan saling hormat menghormati.
Kadang kala ‘kreativiti’ memang di luar kotak pemikiran. Siapa sangka makanan yang dilihat di ‘skrin’ kini boleh dirasai sendiri dengan hanya menjilatnya.
Terbaru, seorang profesor di Jepun membangunkan prototaip skrin televisyen yang boleh mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna.
Taste The TV
Skrin yang dinamakan Taste the TV itu dihasilkan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih. Lapisan filem itu kemudiannya diletakkan atas skrin televisyen yang rata untuk dirasai oleh pengguna.
Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji berkata, teknologi itu boleh menggalakkan orang ramai berhubung dengan dunia luar, terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung.
“Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di rumah,” katanya.
Kos 100,000 Yen
Projek itu dilakukan oleh Miyashita dengan kerjasama 30 pelajar yang menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu, termasuk garfu.
Miyashita memberitahu, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.
Mingguan Wanita:Terlebih kreatif Profesor dari Jepun ni, hasilkan ciptaan prototaip skrin televisyen yang boleh dijilat untuk rasa makanan sebenar.Persoalannya, sanggup ke kita ‘jilat’ skrin semata-mata nak rasa makanan tersebut?