Geramnya bila tengok gambar-gambar anak masa kecil. Dengan debab dan keletahnya yang membuatkan kita sebagai mak ayah terus hilang rasa penat bila tengok raut wajah anak.
Itulah, masa kecil tidak akan berulang lagi. Hanya dengan gambar-gambar yang mak ayah ambil itulah dapat dikongsi kegembiraan dan tunjukkan pada mereka bila dewasa kelak.
Sebab itulah, masa kecil anak-anak mak ayah kena ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Barulah bayangan diri anak masa kecil tidak akan hilang.
Itulah yang dikongsikan Dr Redza Zainol untuk mak ayah supaya ambil gambar anak-anak sebanyak mungkin. Inilah kenangan yang cukup bahagia dan masa tidak akan berulang lagi.
“Aku dah mula lupa macam mana rupa jari anak aku.”
Ads
Entah apa yang patut saya balas.
Hanya mampu memberi kata semangat. Anaknya baru berusia beberapa bulan sebelum menemui Ilahi.
Antara kekesalan sahabat ni dia jarang ambil gambar anaknya. Dia fikir anaknya masih kecil, jadi masa masih banyak.
Selalu juga isteri beliau kata ambillah gambar anak lagi-lagi bila dia tengah buat bermacam aksi.
Sahabat ni pesan.
Ambillah gambar anak sebanyak mungkin. Dia kata dia selalu pegang telefon. Tapi dia lagi suka guna telefon tu untuk balas mesej kawan atau baca itu ini di media sosial.
Dia simpan telefon dalam poket, tapi entah kenapa berat betul dia nak keluarkan telefon untuk ambil gambar anak.
Ads
Dia kata kalau nampak anak terlelap di sofa, meja makan, ambillah gambar dia.
Ambil gambar dia masa dia tak perasan, tak perlu posing hebat-hebat. Ambil je gambar tu.
Masa dia menangis, ambil gambar dia. Begitu juga, masa dia tersenyum ambil gambar dia.
Boleh ambil gambar tapak kaki dia dan ambil gambar jari-jari dia.
Anak Makin Membesar
Masa berlalu pantas dan jika diizinkan Allah, dia akan semakin dewasa. Tanpa kita sedar, dia dah mula tinggalkan kita ke alam sekolah dan universiti.
Untuk sahabat ni, dia tak berpeluang untuk merasa semua ini.
Ads
Ambillah gambar anak, bila mereka pergi tinggalkan kita, kita ada gambar mereka bersama kita ketika merindui.
Malah, ambillah gambar anak, tunjukkan betapa comelnya mereka semasa kecil dan betapa kita sayangkan mereka sejak kecil.
Sahabat ni cuma ada beberapa gambar kenangan yang sempat diambil. Tapi tak banyak.
Itu sajalah yang tinggal.
Betul kita taklah selalu teringat nak ambil gambar anak. Tapi kalau teringat, ambil terus gambar tu.
Percayalah, anak dan pasangan kalian akan bersyukur sangat melihat gambar-gambar tu.
MW: Tak kisah telefon penuh gambar anak kita, sekurangnya kita ada momen indah untuk diingat sampai bila-bila.
Ego dan lelaki. Apabila saya ditanya mengapa lelaki selalu tinggi egonya, saya sering menjawab yang lelaki yang hebat adalah lelaki yang dapat menakluk egonya. Manakala seorang wanita yang hebat adalah mereka yang dapat menguasai emosinya.
Ikuti perkongsian daripada Dato’ Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP USA), Presiden Malaysian Academy Of NFNLP, Founder Spiritual NLP Training, juga salah seorang kolumnis di dalam Majalah MINGGUAN WANITA.
Lelaki Bijak Sembunyikan Sesuatu
Kali ini saya ingin berkongsi satu fahaman tentang lelaki yang jarang dibincangkan. Selain dari sikap ego yang sering menguasai watak seorang lelaki, ada satu watak tersembunyi yang kita sering terlepas pandang.
Kita terlepas pandang kerana seorang lelaki itu mungkin bijak dalam menyembunyikan watak tersebut atau boeh jadi ianya terlindung oleh sikap ego yang wujud dalam diri seorang lelaki.
Dalam Diri Lelaki Ada Watak ‘Budak’ Lelaki
Saya suka bercerita akan hal ini dalam beberapa program yang saya adakan. Ini kerana kita perlu memahami kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam diri kita. Pada saya dalam setiap manusia yang digelar lelaki, wujud satu watak budak lelaki dalam dirinya. Biar sehebat mana seorang lelaki itu, biar sebesar mana tubuh badannya, tetap sahaja watak seorang budak lelaki ada dalam dirinya.
Watak seorang budak lelaki ini dapat dilihat dengan sangat jelas ketika seorang yang lelaki itu berada dalam kesedihan atau dalam kesakitan. Seorang lelaki yang sedang berada dalam kesedihan akan hilang sedihnya apabila dia dibelai dan dilayan seperti mana seorang anak lelaki.
Bila Sakit Ingin Dibelai Tapi Ego Nak Bagitau
Begitu juga keadaannya apabila dia jatuh sakit. Mereka akan menjadi manja dan mahu diberi perhatian dan tanpa mereka sedari sikap mereka menjadi seperti keanak-anakan.
Menariknya semakin berumur seorang lelaki semakin besarlah sikap budak lelaki yang wujud dalam diri mereka. Meskipun begitu, ia tidak pula mengurangkan nilai kematangan diri yang terbentuk dari pengalaman dan corak berfikir mereka.
Justeru, bagi wanita usahlah pelik jika pasangan anda semakin berumur semakin kuat pula merajuknya. Layanlah mereka sebagaimana anda melayan seorang budak lelaki yang masih kecil. Mereka perlukan perhatian pada ketika itu. Biar segarang mana pun seorang lelaki, mereka tetap sahaja seorang lelaki yang manja.
Ego Boleh Ditundukkan Dengan Kasih Sayang
Mereka tetap sahaja seorang budak lelaki yang mahu dilayan dan dibelai. Mereka mungkin budak lelaki yang degil tetapi mereka sangat mudah untuk ditundukkan. Jangan pernah tundukkan mereka dengan kekerasan. Jangan pernah tundukkan mereka dengan kedegilan. Tundukkanlah mereka dengan kasih sayang kerana ada anak yang manja biarpun tidak pernah dinyatakan dengan perbuatan mahupun perkataan.
Menariknya mereka juga cukup suka kalau dipujuk. Pujukan yang betul dapat mencairkan kemarahan mereka. Pujukan yang penuh kasih sayang akan meleburkan keegoan seorang lelaki.
Jangan Layan Marah Lelaki
Usah dilayan marah seorang lelaki kerana marahnya sama seperti marahnya seorang budak kecil yang hilang apabila diberikan mainan. Kemanjaan mereka boleh menjadi emosi yang menyeksa diri apabila seseorang itu melayan kemanjaan dengan kemarahan.
Seorang lelaki yang budiman pada saya adalah lelaki yang dapat mengawal sikap budak lelaki yang ada dalam dirinya dari membesar dan mengatasi kematangan akalnya.
Sikap budak lelaki yang ada dalam diri lelaki merupakan satu kekuatan dan kelebihan jika ia dapat digunakan dengan baik dan betul serta kena pada tempatnya. Sikap budak lelaki yang ada dalam diri seseorang lelaki jika digaul dengan kematangan akal akan menjadikan seorng lelaki itu sangat istimewa kerana dapat membahagiakan dirinya serta orang di sekelilingnya.
Namun jika mereka membiarkan budak lelaki yang dalam dalam diri mengemudi kehidupan mereka maka mereka akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Kegelojohan dan kemanjaan yang ada sering membuatkan mereka tidak mencapai apa yang mereka inginkan.
Walau rumah besar, kereta bersusun, duit berkepuk tapi kalau jiwa tenang tak ada dalam diri, apalah maknanya. Biarlah kekayaan, kesenangan yang diperoleh disulami dengan rumah tangga yang bahagia. Hati yang aman dengan suami yang setia, isteri yang mendengar kata, anak-anak yang mendamaikan jiwa mak ayahnya.
Biar kecil pun harta benda kita, asalkan kaya akhlak dan keperibadian. Macam mana nak peroleh itu semua. Kasih sayang selalu ustaz mahupun ustazah berceramah akan tekankan. Pandang anak penuh kasih, tenung wajah isteri dengan sayang.
Barulah isteri dan anak akan melimpah ruah rasa cinta pada suami dan ayah. Bukannya marah-marah, serba serbi tak kena. Marahkan anak sampai didera emosi dan fizikalnya. Astaghfirullah..
Pesanan daripada Ustaz Sayuthi, Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini mak ayah amatilah betul-betul. Moga rasa kasih hadir dengan mengamalkan apa yang ustaz sarankan.
Ustaz Sayuthi
Pertama : Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan lalu membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita.
Sekaligus mesej yang mengatakan “Aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
Kedua : Fadhilat Cium Suami
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Ketiga : Fadhilat Mencium Isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Sebab Itulah
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota : Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM
Sumber / Foto : Facebook Ust Sayuthi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam urusan rumah tangga satu perkara yang suami perlu fahamkan adalah mengenai duit dan pendapatan isteri. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja. Perlu tahu bahawa duit isteri bukanlah duit suami, nak suruh isteri bayar itu dan ini kena tanya dulu. Jangan anggap pendapatan isteri, merupakan duit yang suami boleh gunakan sesuka hati.
Suami takde hak ke atas duit isteri, tapi isteri ada hak ke atas duit suami.
Sebelum nak suruh isteri bayar itu ini dalam rumahtangga, tanya dulu isteri, dia izinkan atau tidak duit dia digunakan oleh kita untuk meringankan beban kita.
Tanya dulu.
Jangan mempergunakan isteri dengan alasan dia bekerja, maka dia perlu bayar itu, perlu bayar ini. Setiap sen yang isteri gunakan untuk membayar apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, perlu dia halalkan, perlu dia redha, jika tidak ianya akan menjadi haram.
Suami tak boleh guna duit isteri jika isteri tak izinkan.
Mampu Dalam Segala Segi
Sebab tu, kalau nak kahwin, kena mampu…mampu dari segala segi. Mampu tu kuncinya…bukan setakat mampu menyediakan mas kahwin dan wang hantaran, mampu buat album perkahwinan, mampu buat pelamin 3k, 4k, mampu sewa baju pengantin, mampu ambik photographer…tapi mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila dah bergelar suami nanti.
Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan, ini antara nafkah zahir yang seorang suami perlu sediakan tanpa sebarang syarat kepada isteri.
Guna Pendapatan Isteri Sesuka Hati
Jangan sesekali menganggap pendapatan isteri itu sebagai duit yang kita boleh gunakan sesuka hati untuk membayar hutang-hutang kita, membeli barangan-baranan keperluan dan belanja rumah, bil-bil utiliti dan sebagainya. Duit dia, is duit dia…kita takde hak, kecuali dia yang izinkan, dia halalkan dan dia redha untuk kita gunakan.
Jika tidak, kita yang jadi suami ni masih perlu gunakan duit sendiri untuk menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kita hatta sampai tinggal seringgit dalam dompet.Itu lebih baik daripada menggunakan duit yang bukan hak kita.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya suami perlu faham betul-betul hukum menggunakan duit isteri ini dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga. Namun demikian dalam perkahwinan ada tolak ansurnya, isteri tidaklah begitu kejam hanya membiarkan suami menanggung segala kesempitan bersendirian. Apa yang penting suami faham, tahu tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan diatas ‘kemurahan’ hati isteri yang sudi membantu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...