Sungguh berat ujian dan dugaan yang dihadapi apabila kehilangan anak tersayang. Baik yang keguguran dalam kandungan mahupun meninggal dunia ketika anak masih lagi kecil. Namun, janganlah bersedih. Banyakkanlah bersabar kerana anak-anak kecil ini sebenarnya sedang berbahagia di syurga malah akan memberi syafaat, membantu kedua ibu dan ayahnya masuk ke dalam syurga kelak.

Di dalam petikan artikel “Saat Bersendirian di Barzakh” menerusi perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani melalui slot Mau’izati di IKIMfm ada menjelaskan perkara ini seperti berikut.

Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak-anak kecil yang meninggal dunia, Rasulullah menggambarkan mereka dalam DUA kelompok:-

(1) Bagi arwah anak-anak orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan-pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapa mereka.

(2) Kelompok anak-anak orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.

Ads

Di gunung itu terdapat pokok-pokok Thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.

Anak Kecil Meninggal Dunia, Beri SYAFAAT Pada Mak Ayah Masuk Ke Syurga

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:

“Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon Thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi-bayi yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.”

Ads

Bagi anak-anak kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung-burung berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.”

Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga dan neraka, anak-anak kecil tadi belum masuk ke syurga & apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab:

“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.”

Apabila malaikat memberitahu anak-anak itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:

Ads

“Jika di dunia kami tidak sempat bersama-sama ibu & bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”

Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian
memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak-anak ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka ke dalam syurga.

Lalu setelah ibu bapa anak-anak ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT.

MW: Hebatnya gambaran syurga kedudukan anak-anak kecil ini. Semoga mak ayah yang pernah dan sedang melalui dugaan berat, kehilangan anak yang masih kecil ini beroleh SYAFAAT, hasil sikap sabar ketika melaluinya di dunia.

Sumber: Ikimfm

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI