Amelina kesal kecewakan arwah abah. Orang tua adalah anugerah terbesar bagi semua anak di dunia.
Malah kasih sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya juga amatlah bererti.
Menerusi perkongsian terbaru di hantaran akaun Instagram, penyanyi dangdut Amelina telah menulis surat terbuka buat arwah ayahnya.
Amelina Kesal Kecewakan Arwah Abah
Pemilik nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin yang merupakan penyanyi dangdut terkenal pada tahun 90an meluahkan rasa kekecewaan kerana meninggalkan ayah kesayangan.
Begitu sebak kandungan surat tersebut dimana Amelina memohon maaf atas segala perbuatannya selama ini sempena hari kelahiran arwah ayah pada 17 April ini.
“Surat untuk Abah,
“Abah,
“Selamat hari lahir in advance 17/4/1947 – 06/01 / 2009
“Amir sharifuddin bin abdul rauf
“Al fatihah.
Along Minta Maaf
“Abah,
“Along mintak maaf segala kesalahan Along.
“Along tau Along dah kecewakan hati Abah dan Mak.
Ads
“Along abaikan cita-cita Along dan keluarga.
“Along tinggalkan semuanya selama 15tahun.
Along Lupa Janji-Janji
“Along dah kecewakan harapan keluarga.
“Along lupa janji-janji Along pada Mak&Abah
“Tapi itu bukan kehendak Along,
“Along tau apa yang Along buat dulu itu salah
“Tapi Along TERBELENGGU dengan TAKDIR Along sendiri.
Abah Tak Pernah Lupa Doakan Along
“Abah,
“Sekarang Along dah pun terima apa yang patut Along terima dari perbuatan along.
“Dan Along redha, Along tau Abah tetap sayang Along kan?
“Mak selalu cakap Abah tak pernah lupa mendoakan Along masa Along tak ada dulu.
Berbakti Selagi Nafas Dihela
“Abah,
Ads
“Along dah balik dengan cucu-cucu Abah ke rumah kita dulu.
“Along janji Along akan jaga Mak, Angah, Adik & cucu2 Abah,
“Along janji Along akan jadi ANAK, KAKAK & IBU yang baik
“Pada keluarga kita, selagi nafas Along belum terhenti.
Doakan Along Terhindar Dari Fitnah
“Abah,
“Doakan Along semoga kuat yer , doakan rezeki Along yer abah & doakan along terhindar dari fitnah dunia.
“Along nak Abah tau Along, Mak, Angah, Adik serta cucu2 Abah tak pernah lupakan Abah.
“Segala kasih sayang & pengorbanan Abah sentiasa di hati jadi kekuatan kami
“Tenanglah Abah disana, doa kami sebagai penyambung kasih kita sekeluarga,” kongsi Amelina.
Tragedi selepas berbuka, 4 beradik berusia 3-8 tahun meninggal dalam kebakaran di rumah. Innalilahiwainliaihirojiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pergi. Satu tragedi menyayat hati berlaku di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar Johor malam tadi apabila empat beradik ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka.
Dalam kejadian menyayat hati, kesemua mangsa berusia 3, 4, 6 dan 8 tahun, dua lelaki dan dua perempuan ditemui di dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di lokasi.
Tragedi Selepas Berbuka
Dalam kejadian semalam, jam 7.49 malam, difahamkan ibu bapa kepada mangsa tiada di rumah.
Kebakaran ini mengakibatkan empat beradik lemas terhidu asap selepas ditemui dalam bilik air80 peratus rumah ini terbakar dan cubaan orang kampung membantu gagal kerana tekanan air rendah sebelum ketibaan bomba
4 Beradik Berusia 3-8 Tahun Meninggal Dalam Kebakaran Di Rumah
Dalam satu perkongsian oleh pengguna facebook, Nurliyana Aainaa Zolkipli, jiran terdekat dengan rumah arwah empat beradik ini, dirinya kebetulan berada di kampung untuk berbuka bersama adik beradik memaklumkan, orang kampung yang menyedari berlaku kebakaran cuba membantu dengan memanggil kesemua adik beradik ini namun tiada yang menyahut.
“Ada jiran yang kemudiannya memanggil mak arwah di tempat kerja dan dirinya bertanya hal anak-anaknya selepas dimaklumkan kejadian ini.
Kongsinya lagi, ada cubaan orang kampung untuk masuk ke dalam rumah namun pintu terkunci dari dalam. Bahkan usaha memadam api juga tidak berjaya kerana tekanan air tidak kuat hinggalah pihak bomba sampai.
“Selepas air dipadamkan, bomba menemui kesemua empat beradik ini dan jenazah dalam keadaan baik. Mungkin lemas kerana terhidu asap. Ya Allah sayunya, moga mak dan ayah anak syurga ini tabah,” tulisnya yang turut membuat emoji menangis.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cecair keputihan yang bercampur darah dan pendarahan yang luar biasa ketika kedatangan haid merupakan simptom awal anda perlu segera merujuk masalah itu kepada doktor bertauliah. Menurut Dr Imelda Balchin lagi dalam sesi wawancara dalam Mingguan Wanita Talk Show hari ini, beliau menggesa wanita di luar sana berhenti dari membuat carian di internet berkaitan simptom awal kanser serviks ini sebaiknya segera merujuk masalah ini kepada doktor. Jangan malu dan memencilkan diri.
Perbincangan hangat mengenai isu apa itu suntikan HPV, kanser serviks, kanser Rahim, ujian pap smear dan alternatif lain yang ada bagi wanita menapaous. Selain itu HPV boleh tersebar melalui hubungan kelamin dan ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan. Oleh itu, wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks juga berisiko terdedah kepada kanser serviks. Hadir sama berkongsi pengalaman peribadi, Diana Kamri seorang pesakit kanser serviks.
Selain perkongsian ilmiah itu, Mingguan Wanita Talk Show turut mengundang Nor “Phoenix” Diana (ahli gusti berhijab pertama Malaysia) dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian Muna Shahira. Bagi yang ketinggalan menyaksikan slot siaran langsung Mingguan Wanita Talk Show jam 11 pagi tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam dunia ini banyak tabiat pelik dan kadang-kadang tak masuk dek akal. Selain orang mengandung yang kerap dikaitkan dengan tabiat pelik, kanak-kanak kecil juga seringkali dikaitkan dengan pelbagai tabiat pelik.
Begitu juga dengan remaja ini yang dikaitkan dengan tabiat peliknya yang suka mengunyah dan menelan rambut. Bayangkan rambut pun dia makan. Perkara ini terkantoi bila doktor terjumpa 7 kilogram gulungan rambut seorang remaja di India.
Rambut Pun Dia Makan
Di New Delhi, seorang remaja perempuan di India mempunyai tabiat pelik apabila gemar mengunyah dan menelan rambutnya sejak beberapa tahun lalu.
Perkara itu terbongkar selepas doktor merawatnya mendapati sesuatu yang aneh iaitu terdapat gulungan rambut di dalam perutnya.
Sweety Kumari, 17, menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di daerah Bokaro, Jharkhand, penghujung bulan lalu.
Dalam pembedahan selama enam jam itu, doktor berjaya membuang tujuh kilogram (kg) rambut dari dalam perutnya.
Memetik laporan Daily Star, doktor yang mengetuai pembedahan GN Sahu berkata, ia adalah kali pertama dia berdepan dengan kes seperti itu selepas bertugas selama 40 tahun.
Pada awalnya, doktor mengesyaki remaja itu menghidapi ketumbuhan berdasarkan pemeriksaan pertama menggunakan kaedah ultrabunyi.
Tabiat Aneh Telan Rambut
Doktor kemudian berasa curiga selepas mendapat tahu remaja terbabit mempunyai tabiat aneh iaitu gemar menelan rambut.
Hanya selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada gumpalan rambut di dalam perut Kumari.
Dalam pada itu, media melaporkan keadaan itu dikenali sebagai Sindrom Rapunzel adalah antara masalah kesihatan yang amat jarang di dunia.
Menurut Jurnal Perubatan Britain, terdapat kira-kira 90 kes seumpama itu di seluruh dunia pada 2018.
MW: Jangan pelik ya dengan tabiat pelik manusia kerana terdapat banyak ragam manusia yang kadang-kadang kita tak terjangka dek akal.